iklan. Jangan klik hahaha...

Monday, 10 September 2012

Maksud Lirik Lagu Oppa Gangnam Style

Entah siapa yang mula-mula mengkaji dan membuat research berkenaan lagu dan maksud lirik  Oppa Gangnam style. Lalu disebarkan kat internet. Terutamanya di Facebook, lalu disuruh pakat-pakat share.


salah satunya berbunyi begini.

Ini yang dilihat di Facebook yang di share dan disebarkan


Ramai orang kita percaya membuta-tuli dan terus share tanpa mengkaji dan meneliti betul-betul. Maka jadilah orang dungu yang makan apa saja yang disuap. Terima apa sahaja yang diberi.

Orang yang pertama yang membuat maksud lirik ini dan orang pertama yang Share benda ini, entah apalah motif dia. Ingin terkenal barangkali? atau ingin menjaga maruah bangsa dan agama?

Kamonnn... takkanlah mendengar lagu tu, menyesatkan umat islam? adooyaaiiii.. siap bagi lirik lagi.

Lirik sebenar lagu Oppa Gangnam Style seperti dibawah.




Lirik Oppa Gangnam Style yang betul


Dengar lagu tidak salah selagi kita tak lalai dengan ibadat, tidak menyakiti hati jiran, housemate dengan musik yang kuat. tidak membazirkan elektrik. Tidak salah, itu hiburan semata-mata, tapi videonya memang salah, ada bontot perempuan seksi, tapi apa beza dengan muzik video kita? artis kita? tepuk dada tanya iman.

Ingat berfikir sebelum menerima sesesuatu terutama di internet, khususnya di Facebook. Dulu pasal pembukaan Olimpik sekarang gangnam pula.



Ustaz Azhar Idrus ada bagi nasihat pasal Gangnam.



6 comments:

Nuvril Syazvigne said...

aku tau la kau dah obses sangat dengan Gangnam Style tu kan? sampai kau tak sedar2 lagi.. kau tau hukum hakam Allah? kau tau maksud sebenar-benar lirik tu? kau tau maksud aksi lagu tu? kau tau benda2 tu buang masa? kau dah cukup kenal orang yg buat lagu ni? kau tau asal usul lagu ni? kau tau semua tu? tau?? tak tau kan? kau cuma tau lirik tu secara umum je.. kan? kan? jadi, jangan la nak buat andaian yang lagu tu taakde apa2 maksud tersirat.. muhasabah diri tu..

adaberada said...

Nuvril Syazvigne kena tutup telinga kalo dgr lagu ni kat radio dalam kereta, kwn pasang, dengar kat shoping mall. Kau kena standby penutup telinga. Nanti kau sesat dan cucu-cucu kau sesat bila dgr lagu ni. Kat website Jakim 250 orang dah sesat bila dgr lagu ni huhuhu.. by the way thanks singgah, baca dan bagi komen, jarang orang komen blog aku ni hehehe.. peace.

NJihe.am said...

Boleh tengok artikel ni tentang sejarah mamat dalam oppa gangnam style tu>>

http://www.ohtidak.com/oh-penjelasan-maksud-gangnam-style/

Budaya hedonisme (hiburan melampau adalah diharamkan dalam Islam). Semoga kita sama-sama bermuhasabah diri. Sekian.

Anonymous said...

Sepatutnye ko le yg muhasabah diri nuvril.islam tak prnah suruh bermusuhan antara sesama manusia.bole ke islam sebarkn benda tak betul?blogger ni cuba terangkn kebenaran aje?ko pn tak tau apa isi hati blogger ni bleh ckp lebih plak.dlm islam pn cara menegur org ada caranya dari sembunyi smpai berterang.ko sndiri dh buat dosa malukn blogger mcm tu.dosa sesama manusia takkan hapus kecuali ko mintak ampun kat die.kalau dh tu buang masa,yg ko sebok baca blog ni buat per??

Anonymous said...

Nah..nuvril kena ko sebijik!

Anonymous said...

MACAM LAH SEDAP SANGAT LAGU TU ARE-KU TAK SUKA LANGSUNG LAH DENGAR LAGU TU MUAK DAH ARE-KU DENGAR SAKIT HATI TAHU TAK ADA SETENGAH ORG SUKA DENGAR LAGU KAU TAPI ADA SETENGAH ORG TAK SUKA TAHU TAK KWN AKU TERIKUT-IKUT GAYA KAU TU KAT SEKOLAH !!!!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...