PETALING JAYA: Percubaan seorang anggota polis trafik yang ingin meminta
sogokan daripada Tyzo bakal menerima padah apabila penyampai radio
Suria FM itu telah melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris berkata, dia terpaksa
melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk menyokong usaha pihak PDRM
bagi membanteras kegiatan tersebut khususnya melibatkan anggota mereka.
"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu
dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan
perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran
kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.
"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah
memberikan respons terhadap laporan berkenaan," katanya kepada mStar
Online, di sini, Selasa.
Tyzo diminta mengulas luahannya menerusi segmen 'Citra Muzik Di Suria
FM' (8 malam hingga 11 malam) yang dikendalikannya pada malam Isnin lalu
yang antara lain turut berkongsi pengalaman apabila seorang anggota
polis cuba meminta sogokan ketika menahannya.
Bercerita mengenai kejadian itu Tyzo berkata, ia berlaku ketika dia
dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah mesyuarat dan ditahan dalam
satu sekatan jalan raya di sekitar Jalan Sunway dekat sini, kira-kura
pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu.
Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan
menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan
sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun
mengeluarkan saman.
Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis
tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah
Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan
perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.
“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut
melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya
sempat mencatat nama dan nombor badannya,” jelas Tyzo.
Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai
peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM.
Ujar Tyzo lagi, dia mendapat respons yang positif apabila seorang
pegawai kanan polis dari bahagian tatatertib, Bukit Aman telah
menelefonnya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu
manakala pihak berkuasa SPRM turut mengambil langkah serupa.
“Saya berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana memandang kes ini
dengan serius demi kebaikan anggota polis. Ini menunjukkan pihak
berkuasa benar-benar mahu membanteras kegiatan rasuah di negara ini,"
ujarnya.
Sehubungan itu Tyzo juga menyarankan kepada orang ramai agar tidak takut
untuk melaporkan salah laku penjawat awam atau sesiapa sahaja agar
perbuatan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya.
Kahkahkah.... minta rasuah salah orang,
Kahkahkahak... dia ingat semua orang boleh dia minta rasuah..
Kahkahakahkah.... dia ingat semua orang bangang macam dia..
Kahkahakahkah,.. dia lupa kerja polis jaga keselamatan dan keamanan, bukan minta rasuah.
Kahkahakahkah... sibanggang tu akan kena.
Kahkahakah... jangan jadi bangang, jangan jadi polis minta rasuah.
Kahakahakah... semua orang tahu polis suka minta rasuah..
Kahkahakaha... kalau dia minta, kita report, kahakahakah..
Jangan takut, catat nombor badan, nama, tarikh dan masa. Lapor, biar si bangang peminta rasuah tu kena.
Sila baca, kisah polis dan yang minta rasuah dari aku disini
Ps : Peminta dan pemberi rasuah, keduanya adalah berdosa. Jangan memberi dan menerima.
0 comments:
Post a Comment