Bagaimana cara untuk qada solat atau sembahyang yang tertinggal? apa hukumnya qada solat? bolehkah solat di qada? jika sengaja atau tidak sengaja meninggalkan solat atau sembahyang bolehkah di qada?
Topik kali ini, membicarakan perihal mengqada solat dan hal yang
berkaitan dengannya. Ini bertujuan agar dapat memberikan kefahaman yang
sebenar daripada ajaran syariat al-Quran dan Sunnah mengenai apa itu
qada solat dan atas sebab apa seseorang itu dibolehkan mengqada
solatnya.
Perkara mengqada solat dirasakan penting untuk diterangkan kerana ada
segelintir yang membuat fatwa peribadi bahawa solat itu boleh diqada
sahaja jikalau berhadapan dengan sebarang bentuk kesukaran atau keuzuran
tidak kira sekecil mana dua faktor penghalang tersebut.
Profesor Madya yang juga Koordinator Pusat Pemikiran dan Kefahaman
Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Nor Mamat berkata, secara
asasnya tidak timbul istilah qada solat dalam sejarah, sebagaimana yang
difahami masyarakat Muslim pada hari ini sebagai menggantikan solat yang
ditinggalkan.
Menurutnya, hukum meninggalkan solat fardu adalah berdosa dan solat
hanyalah diwajibkan untuk Muslim melaksanakannya pada waktu yang
ditentukan untuknya.
“Contohnya, tidak ada kewajipan solat Zuhur pada waktu Asar, begitu
juga tidak diwajibkan solat Maghrib pada waktu Isyak. Bagaimanapun,
konsep qada solat ini boleh terjadi dalam keadaan tertentu.
"Sebenarnya tidak timbul hukum qada solat, kerana solat adalah ibadat
khusus yang difardukan ALLAH pada waktu yang ditentukan, dan ia tidak
diwajibkan pada waktu yang bukan waktunya,” katanya kepada Sinar Harian.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah
satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu
waktunya.” (Surah An-Nisa’ : 103)
Kes tertentu
Mohd Nor berkata, hukum yang mengatakan boleh menangguhkan solat
kemudiannya qada adalah tidak wujud dalam fiqah Islam kerana
meninggalkan solat itu adalah berdosa. Bagi memudahkan untuk difahami
katanya, asalnya hukum qada solat tidak wujud. Tetapi bagi kes tertentu
seperti tertinggal solat disebabkan kelalaian yang di luar kawalan
seperti tidur dan lupa, maka solat tersebut wajib segera diganti (qada)
apabila terjaga dan teringat.
“Sementara dalam kes tertinggal solat sebab sengaja, ulama secara
sepakat mengatakan wajib qada solat yang ditinggalkan secara sengaja,
dalam keadaan tetap dikira berdosa,” jelasnya.
Selain itu, ditanya sama ada mengqada solat ini memang ada dalam Islam
ataupun tidak, Mohd Nor berkata, asalnya tidak wujud. Namun dalam
konteks untuk mudah difahami masyarakat hari ini, qada solat boleh
berlaku pada beberapa suasana iaitu:
- Apabila tertinggal solat secara tidak sengaja, maka wajib terus
ditunaikan solat tersebut apabila tersedar atau terjaga dan ia tidak
berdosa. Terdapat dalam Islam arahan segera menggantikan (qada) solat
yang tertinggal disebabkan oleh kelalaian di luar kawalan kita seperti
terlupa, tertidur dan sebagainya, walaupun waktu solat tersebut telah
pun berlalu.
- Apabila ditinggalkan solat secara sengaja, jumhur ulama sepakat
mengatakan wajib digantikan solat tersebut tetapi ia tetap juga berdosa.
Terdapat juga pendapat seperti Ibn Taimiyyah yang mengatakan tidak
perlu mengqada solat yang ditinggalkan secara sengaja.
Beliau berkata, anggapan bahawa meninggalkan solat dengan sengaja dan
boleh menggantinya pada waktu yang lain asal saja kewajipan itu tidak
terus ditinggalkan atau dilupakan adalah satu anggapan yang salah dan
bertentangan dengan fardu solat.
Waktu qada
Mengulas lanjut mengenai waktu mengqada solat, Mohd Nor menjelaskan
sebaik sahaja seseorang itu tersedar daripada lupa atau tidur, maka
hendaklah dia tunaikan solat tersebut dengan segera. Begitu juga
mengikut jumhur ulama yang mengatakan wajib bagi Muslim mengqada solat
yang ditinggalkan dengan sengaja, maka perlu disegerakan qadanya sebaik
sahaja dia sedar dan bertaubat.
“Banyak juga kes yang saya temui kalangan mereka yang tidak bersolat
sejak sekian lama, tetapi kemudiannya bertaubat dan bertanyakan mengenai
waktu yang sepatutnya mereka qada solat yang ditinggalkan.
"Dalam hal solat yang ditinggalkan sekian lama, kebanyakan ulama
mencadangkan supaya dibuat anggaran jumlah yang ditinggalkan dan diganti
(qada) secara beransur-ansur mengikut kelapangan waktu.
“Terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat tidak perlu qada solat
yang telah lama ditinggalkan, memadai dengan bertaubat dan perbanyakkan
solat sunat sebagai ganti,” katanya.
Pada zaman Rasulullah, ketika perang contohnya, alternatif yang
digunakan untuk menggantikan solat mereka jawabnya daripada sirah
Rasulullah SAW, didapati solat ditonjolkan sebagai ibadat wajib yang
tidak ada pengecualian daripada menunaikannya, walaupun dalam
peperangan, sakit atau tidak dapat bergerak sekalipun.
Amalan Rasulullah dalam perang contohnya, tentera akan bergilir
mendirikan solat dan mempertahankan pasukan daripada diserang musuh.
Pernah sekali diriwayatkan berlaku dalam suatu peperangan, tentera Islam
yang terlalu didesak musuh dan bersungguh-sungguh mempertahankan
pasukan tentera mereka dilupakan daripada menunaikan solat sehinggalah
mereka berhenti berperang pada malamnya.
Sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai solat tersebut (yang
mereka terlupa sejak siang tadi), lalu Rasulullah SAW mengarahkan semua
tenteranya berwuduk lalu didirikan (qada) solat yang tertinggal sejak
siang satu demi satu solat sehinggalah diakhiri dengan solat Isyak.
Kisah pengajaran orang yang meninggalkan solat
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, terjadi terhadap satu mayat yang salah
satu sebab ia terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang. Setelah
dimandikan dan dikafan dan ketika hendak disembahyangkan oleh penduduk,
terjadi benda aneh apabila tiba-tiba kafan si mati bergerak-gerak
sehingga mereka yang berada di samping mayat kehairanan melihatnya.
Mereka semua menyangka mayat hidup kembali. Setelah diuraikan ikatan
kafannya, semua terperanjat melihat seekor ular melingkar tubuh mayat
sambil menggigit seluruh tubuh si mayat. Serentak mereka mahu memukul
ular tersebut.
Belum sempat mereka mendapatkan kayu, sang ular bertanya sebabnya
mereka hendak membunuhnya. Padahal si ular hanya menjalankan perintah
ALLAH untuk menyeksa mayat tersebut hingga ke hari kiamat. Orang ramai
bertanyakan sebab mayat tersebut diseksa sedemikian dan apa dosanya.
Jawab ular itu ketika hayat si mayat telah berbuat tiga macam kesalahan
yang menyebabkannya diseksa termasuk mendengar azan tetapi tidak segera
menunaikan sembahyang.
Nabi masa berperang pun jaga solat, kita tengok wayang, shoping, tengok bola, tengok konsert, sambut tahun baru, jom heboh pun selalu kantoi. Jaga solat, ingat Allah. InsyaAllah Allah akan menjaga kita. Solat yang sempurna dapat mencegah perkara keji dan mungkar.
Dipetik dari Sinar Harian Online sumber KLIK SINI
2 comments:
insyaallah sama2 jaga solat...
Jaga solat, Solat akan jaga kita :)
Post a Comment