iklan. Jangan klik hahaha...

Demi Cinta Sanggup Buat Apa Saja

Ini petikan paper hari ini, jangan jadi bodoh kerana cinta. Cinta ada dimana-mana sahaja. Memang sakit hati kalau terluka, memang susah nak lupakan cinta. Lagi-lagi cinta pertama. Jangan jadi bodoh kerana cinta.

Percayalah satu cinta pergi, berduyun-duyun yang datang, tapi kalau yang berduyun-duyun yang datang tua nak mampos nak buat apa, hahahaha.. ini P.Ramlee kata.




Lelaki bangsat dan perempuan bangang terlalu ramai diluar sana. Kita cuma perlu hati-hati semasa mencari cinta. Cinta perlu juga dicari, ia takkan datang sendiri. Jika datang sendiri masuk dalam kotak, kunci. Letak dalam hutan. Tengok ada tak Tarzan yang tolong buka kotak tu, kalau yang perempuan dalam kotak tu.

Cuma, dalam pencarian cinta ini. Terlalu pelik, semakin dicari ia jadi semakin susah. Biarkan ia datang sendiri tapi hati perlu dibuka untuk itu. Dan kalau gagal, silalah bersedia untuk terluka sekali lagi.

Tapi, jangan jadi bodoh macam berita hari ini. Ini contoh kebodohan dalam bercinta. Sanggup buat apa sahaja.


TAPAH – Gara-gara tidak berpuas hati selepas cintanya ditolak gadis kilang, seorang lelaki bersama empat rakannya bertindak ganas dengan membakar sebuah kereta dan tiga buah motosikal milik ahli keluarga bekas kekasihnya di Highland Park di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, cermin kereta Proton Persona milik bapa gadis berkenaan dipecah sebelum kenderaan itu dicurahkan minyak petrol dan dibakar.
Turut dikhianati tiga buah motosikal milik keluarga bekas kekasihnya itu.
Salah sebuah motosikal tersebut baru dibeli beberapa bulan lalu.
Semasa kejadian, kereta Persona dan tiga buah motosikal tersebut berada di depan rumah teres setingkat milik mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superitendan Abdullah Arshad berkata, suspek pertama berusia 22 tahun yang merupakan bekas kekasih pekerja kilang itu diberkas beberapa jam selepas kejadian.
“Gadis berusia 19 tahun itu pernah berpacaran selama dua tahun dengan suspek utama tetapi hubungan mereka terputus enam bulan lalu.
“Pasangan kekasih itu merupakan sepupu dan perpisahan tersebut turut menyebabkan keluarga masing-masing saling bergaduh,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

1 comments:

JR said...

Cinta itu buta atau mata manusia yg selalu ter buta???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...