iklan. Jangan klik hahaha...

PENTOGO

Pentogo sebuah movie kisah cinta yang aku suka. Kekadang buat aku benci. Tapi yang benci itulah buat aku rindu.

Pentogo sebuah filem bajet rendah. Sebuah filem second hand. Ada terjual di Mudah.my. Filem dari seberang. Filem diangkut dari seberang. Ada kesan kotoran minyak dijilbab ketika mengangkut.

Idea filem Pentogo terhasil bila idea pertama dicuri. Filem pertama yang ideanya dicuri ketika bulan Ramadhan tahun 2009. Untuk mendapat idea, pengarah telah berjalan kaki dari Taman Utara ke Pusat Sains setiap hari.

Tidak berapa lama selepas itu. Idea Pentogo terhasil. Namun, idea Pentogo dilepaskan pada kawan karib untuk realisasikan pada filem. Peruntukan kewangan yang kurang dan pengarahan yang tidak teliti, menyebabkan naskah Pentogo rosak teruk.

Namun, naskah asal movie ini. Kisah cinta suci. Kisah pasangan muda yang jatuh cinta tanpa disedari. Jatuh cinta ketika diatas kapal laut. Ketika pelayaran menuju ke tanah air. Ketika ini, mereka berutus surat.

Cinta seperti biasa ada pasang surut. Ada halangan yang tidak terjaga. Cinta yang putus kerna salah faham. Cinta yang semacam tidak bertaut kembali.

Penulis tidak menjangka akan ada episod susulan movie Pentogo ini. Lantaran watak kekasih antara keduanya, walau masih ada sisa cinta. Namun dibaluti, benci, ego, salah menyalahkan antara satu sama lain.

Pengarah menamatkan jalan cerita dengan seribu tanda tanya. Tanpa klu dan tanpa petunjuk. Pentogo yang diambil sempena nama kapal yang tempat pertemuan mereka.

Pentogo sebuah kisah cinta seperti kebanyakan pasangan dalam movie "The Ghost Town". Pasangan yang pergi tanpa menyelesaikan urusan antara mereka. The unfinish bisnes.

-7090

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...