iklan. Jangan klik hahaha...

I - City, I - Tertipu.

Aku marah dan aku tak boleh tidur.
Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan
aku pulang pukul 11.30 malam. Selama
2 jam setengah, adalah masa masa
yang aku menyirap, aku menggeleng,
aku merenung tajam, dam aku luka
jiwa raga.
Aku kena main dan aku kena tipu.
Pakcik dan makcik dari kampung juga
ditindas, dan ditipu secara
professional. Dirompak duit poket
mereka secara 'as per term and
condition', juga yang paling
memilukan..dibunuh harapan dan
kegembiraan mereka dengan begitu
saja.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga
yang tidak patut untuk secebis
keseronokan keluarga yang tak setara
mana. Lagi pedih, bila kumpulan
manusia yang ramai berpusu ke situ
terdiri dari kumpulan pakcik makcik
dari Kokdiang, Gua Musang, Felda
Chenor, Padang Melangit dan Mersing.
Mereka ini membawa ahli keluarga,
anak anak kecil, sanak saudara dan
mungkin anak anak jiran yang teringin
menumpang bercuti ke kota. Mereka
ini, dari riaknya..bukanlah semuanya
berpangkat pegawai, jauh sekali
memiliki harta berjuta, mereka ini
semuanya rakyat marhein, yang bercita
nak mengembirakan keluarga dengan
membawa mereka berjalan ke sini, ke
I-City.
Sebelum aku teruskan, mungkin aku
boleh katakan yang i-City ni dibuat
untuk pelancongan domestik. I-City
pada telahan awal aku adalah tempat
rakyat jelata menikmati keseronokan,
dengan maksud, kerajaan (samada
pusat atau negeri) atau syarikat yang
menyelenggara mengenakan caj yang
berpatutan dan tidak misleading.
Sebaliknya aku salah, pakcik makcik
juga salah. i-City rupanya bercita cita
besar untuk memebelikan kereta
Ferrari spider untuk setiap ahli
lembaga pengarahnya.
Mari aku ceritakan celakanya.
Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini
aku boleh terima. Normal dan tiada
yang aneh.
Ok sekarang, tempat paling attractive di
I-City, namaya SNOWALK. Idea
SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia
merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam
RM35-40 dewasa. Aku masuk ber
empat semua sekali RM120. Ini pun,
aku boleh terima lagi masa bayar
sebab aku syak mestila SNOWALK ni
power betul, boleh imitate almost
exactly Iceland, atau Alps setidaknya.
So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya
kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini
masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai
selipar, kena sewa kasut, beli stoking,
beli sarung tangan (sewa ke beli atau
dah tak peduli sebab masa ni aku mula
menyirap). Aku cakap pada fateem,
faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan
kasut yang sedia ada. Walaupun
subconscious mind aku tahu yang
kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh
bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati
aku yang memberontak ni menghalang
dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab
aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku
fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung
tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni
adalah dresscode sewajarnya, kenapa
kau tak caj aku RM200 awal awal tadi?
lepastu kau bagi aku kasut, stoking
dengan sarung tangan terus, nampak
tak sekarang? kalau aku dah bayar
sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan
lagi, itu pada aku adalah perangkap
dan penipuan.
Denga berat hati, aku dan ahli keluarga
melangkah masuk, elok gaya nak
masuk, brader jaga pintu spund cikgu,
"handbeg tak boleh bawak masuk".
Aku balas balik dengan
sabar,"handbeg nak kena letak
mana?". "Dalam locker kat sana",
brader ni balas tenang. Aku suruh
cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan
teruskan bersabar. Selang beberapa
minit, cikgu datang balik pada aku, lalu
dia tanyakan benda yang bikin aku lagi
menyirap, "ada duit kecik? locker tu
kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng
kepala. Aku dah tahu semua yang akan
aku lalui lepas ni dalah mengkaya
rayakan pemilik I-City, secara langsung
membunuh jiwa aku dan pakcik makcik
yang mengharapkan secebis gembira
berjalan ke sini.
Dalam kabin SNOWALK, boleh aku
simpulkan, macam kau duduk dalam
peti ais tempat beku. Ada igloo, ada
lampu lampu, ada sedikit gelongsor
ais. Aku tak nak komen apa yang dia
sajikan sebab mungkin itu idea
sebenar I-City, tapi aku fikir they can
do much more better. Dan bila aku
marah, aku akan jadi detail, "is this the
best they can offer?". Aku mula
nampak hal hal yang kacau fkiran aku,
kenapa takde salji? kenapa takde
paramedik standby kat luar kalau anak
anak aku kena frostbite? kenapa kabin
ni takde seni, kompressor aircond
merata rata, beam beam dan structure
bangunan obviously there, sebijik
macam kau jalan kat carpark cuma
bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang
dia bagi ni zip rosak, butang rosak?
kenapa tak banyak variety? kenapa
tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang,
tapi bila aku dah mula kacau bilau dari
awal, semua aku tengok salah. dan
yess memang overall SNOWALK sucks
big time.
Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh
menangis sebab tak tahan sejuk ais
banyak masuk dalam kasut dia. Bila
aku sampai kat luar, aku tengok ramai
yang menggigil sejuk, kasut yang sewa
tadi semua bukak. kaki mereka aku
tengok merah. Temperature terlebih
sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah
pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah
pegi, aku tak tahu sejuknya macam
mana. Lantaklah!
Aku cuba bertenang, dan melepak
dekat patung zirafah. fateem dengan
faseeh nak main keretapi, kapal dan
wheel apa benda entah. Aku tengok
kawasan permainan ni semua
berkumpul di satu port. Dalam kepala
aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali
masuk, say RM20 sorang, atau berapa
berapa lah, lepastu boleh main
freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku,
I-City lagi pandai korek duit dengan
menggadai perasaan kesian mak ayah
pada anak anak.
Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/
person untuk satu game. Ada 2-3 game
yang RM10/person. Beli tiket pakai
macam smartcard. Kiranya kalau baar
RM50, pakaila kad tu sampai habis.
Bodo anak aku 2 orang sekali naik
keretapi yang pusing tak sampai 5
round, tak sampai 5 minit in fact, aku
kena bayar RM10. (RM5/person). Itu
yang RM5, yang game RM10 pulak,
baraaii!. Setengah jam, RM50 gone.
Come on what kind of pleasure the
kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear
standpoint aku. Aku tak bercakap
untuk aku saja. Aku bercakap untuk
orang lain, yang mungkin bajet mereka
lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa
yang terperangkap? Kau bagitau anak
anak kau nak datang I-City, mereka
happy, bila dah sampai..pehh ambik
beratus nak kena keluar. Takkan dah
kat situ kau nak cakap kat anak anak
kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak
sampai tu apply pada semua game.
Aku rakam fateem dan faseeh naik
keretapi tu exactly less than 4 minit.
Kau orang sabar. Aku belum habis lagi
ni.
Berbalik pada hal permainan. Masa di
kaunter, dekat depan kaunter, clearly
stated "RM5/person" untuk game
game yang disenaraikan. Macam aku
bgtau tadi, ada setengah game" RM10/
person". Isu kedua timbul bila faseeh
dinafikan hak untuk bermain kapal apa
benda entah sebab tinggi dia tak lepas
benchmark. Ohhhh yang ini aku betul
betul fak!. Aku tarik faseeh keluar,
sambil kepala aku cuba rasionalkan
situasi. Exactly belakang faseeh, ada
sorang budak perempuan, tinggi dia
siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark,
terus budak lepas SPM yang jaga
entrance reject suruh keluar. WOW! for
God sake faseeh dan budak
perempuan dah beratur 15 minit
semata mata nak main, when they turn
come, kau just suruh keluar sebab tak
lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk
dengan budak jaga entrance, kesian
aku tengok orang kampung sorang
sini, kesian lagi aku tengok anak dia
yang terkebil kebil tak dapat main.
Sabar aku hilang bila budak yang jaga
tadi jawab endah tak endah dengan
ayah budak perempuan tu. Sabar aku
diakhiri dengan makian orang putih
ditengah khalayak orang ramai. Aku tak
boleh kontrol sebab aku kesian betul
dekat faseeh, lagi aku kesian dekat
budak perempuan yang terkecil kebil
kecewa tu.
Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter.
Sampai di kaunter aku bagitau yang
"kenapa masa beli tiket you tak cakap
budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan
bijak,"Kat atas kan ada beritahu"
sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau
kena dongak kalau nak baca satu satu)
ada A4 beberapa keping yang beritahu
game game yang ada height limit, dan
Yes, font dia aku tengok macam font
14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa
dekat depan kaunter ni tak tulis pulak?
dan kenapa kau, sebagai penjual tiket
yang tahu permainan ni semuanya
untuk budak budak tak beritahu awal
awal "encik, untuk game ni game game
ni, budak bawah 120cm tak boleh
main", kenapa kau tak buat? kau harap
orang baca benda info yang
berselerak, dalam keadaan orang
ramai, nak cepat, nak bagi budak
budak seronok. Ni sama la macam jual
buah Strawberry kat petaling street
letak sigboard besar RM5. Mindtrick,
sebab by default orang ingat sekilo
RM5, orang tak banyak tanya terus
mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya
RM5 ni untuk 100gram. Tulisan
100gram ni kecik halus je dia letak tepi
RM5. Memang ada point yang ko salah
sebab tak teliti, tapi dalam masa yang
sama, kau rasa kena tipu tak? sebab
dalam keadaan sibuk, orang ramai
berpusu, berapa kerat manusia je
boleh bagi attention to detail?. Ini
nama dia manipulation.
Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau
tak habis main, duit dalam tu banyak
lagi, kau boleh refund RM5 sahaja.
Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi
RM30, tapi anak kau dah mengamuk
nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut
kena bawak ke hospital. Burnlah duit
tu. Unless kalau kad tu boleh bawak
balik dan esok kau datang lagi
sambung pakai, itu aku tak tahu lah
boleh ke tidak. Tapi berapa ramai
pakcik makcik Kokdiang nak datang
balik esoknya semata mata nak
habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang
kampung kena main?
Aku dah tak larat nak menulis. Lama
dah aku tak menulis panja SEMBANG
KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah
menjadi kebun kelapa sawit

Sumber : Facebook.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...