iklan. Jangan klik hahaha...

Azam Di Tahun Baru ?

Agak lama tidak update blog. Kali
terakhir update adalah pada tahun
lepas. (hehehe..) Ini status pertama pada tahun
ini.
Ramai orang yang update pasal azam
pada permulaan tahun baru ini.
Ada azam pada setiap permulaan
tahun baru, baik dan molek.
Semacam kita meletakan sasaran
dalam hidup.
Tapi,azam itu kenalah ada
perancangan yang baik sebaik azam
yang ditanam itu. Berazam tanpa
melakukan apa-apa samalah seperti
topup kredit tapi tidak
menggunakannya. Bila habis tempoh
akan top up lg. Setiap tahun
berazam, tapi hujung tahun tiada
apa-apa. Tahun baru pasang azam
lagi.
Ada seorang kawan namanya Azam,
katanya dia tidak perlu pasang azam
kerana namanya sudah Azam. Dan
dia berazam setiap tahun.
Garisan tahun lepas dan tahun ini,
adalah segaris nipis sahaja. Tapi
segaris nipis itu tidak mungkin kita
tembusi kerana ia sudah melepasi
kita. Tidak mungkin berulang kembali.
"Demi Masa, sesungguhnya manusia
itu dalam kerugian. Kecuali orang
yang berpesan.-pesan ke arah
kebaikan"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...