iklan. Jangan klik hahaha...

Tunangan Orang :)

Raya ke empat ini, 11 Ogos 2013 tarikh dipilih untuk langsungkan pertunangan. Kedua belah keluarga sudah diberitahu. Cuma tarikh langsungkan nikah samada tahun ini juga atau pun tunda tahun depan. Semoga niat yang baik ini diberkati oleh Allah.. Amin..

Bukan senang untuk berjumpa dengan pasangan yang sanggup sehidup semati dengan kita sepanjang hayatnya. Berkongsi apa sahaja, suka duka, nikmat perit, susah senang.

Si Dia ada saudara kembar. Kembarnya merancang untuk melangsung perkahwinan hujung tahun ini. Bermakna bulan November atau Disember ini. Lagi berbaki 5 bulan. Kalau ikutkan hati, siapa yang tidak mahu kahwin cepat-cepat dengan buah hati tersayang. Cuma tuntutan masa, ekonomi, komitmen pada kerjaya menjadi halangan kecil untuk dilangsungkan nikah dan kahwin bersama si kembarnya. Menumpang majlisnya, banyak benda dapat dijimatkan dari segala segi. Apatah lagi majlis dan kenduri bukan keutamaan, yang penting cukup syarat nikah dan sah sebagai suami isteri.

Dalam bercinta, proses mengenali banyak halangan yang datang. Tidak banyak pun tetap ada. Melalui pengalaman sebelum ini, aku tahu cinta ada dimana-mana dalam diri setiap manusia.

Ada insan yang masih belum sedar akan ini. Menangisi dan mendendami cinta lama yang kecundang dengan menutup pintu hati untuk cinta baru. Bila cinta baru hadir,cinta lama akan hilang. Umpama air hujan yang membersihkan sisa-sisa kotoran dengan titisnya yang lebat.

Aku raikan cinta terakhirku dengan bertunang dan nikah. Moga maut sahaja memisahkan nanti. Moga insan yang dalam hatinya ada kasih,cinta dan sayang akan berjumpa cinta terakhir.

Gambar Dato K tidak berbaju dimuatnaik Siti.

Kecoh 2,3 hari ini bila Dato Siti memuatnaik gambar suaminya Dato K tidak berbaju. Dato K bukan separuh bogel pun.

Dalam Islam aurat lelaki dari pusat hingga lutut. Bukan macam perempuan, seluruh badan aurat kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Makanya, Dato K tidak salah bergambar begitu, apatah lagi badannya mantap. Atau ada kaum hawa ghairah dan bernafsu tengok gambar Dato sebegitu.

Rata-rata yang kritik Siti berpakaian pun tidak betul. Bertudung tapi nampak bentuk buah dada dua ketul. Perempuan yang tidak bertudung langsung malah kritik gambar Dato K lagi teruk.

Dibulan Ramadan dan tengah berpuasa ni, mulut, jari yang menaip harus dijaga. Seluruh anggota kena dijaga. Hati kena sentiasa bersih. Itulah sebenarnya kenapa kita perlu berpuasa, bukan setakat tidak makan dan minum sahaja.

Tahun ini berpuasa, bersahur dan berbuka masih berseorang. Moga tahun depan tidak keseorangan lagi. Bini tak bangun masak sahur, buat-buat tak sedar pun tidak mengapa kikihkihkih...

SELAMAT BERPUASA..

Ps: Post nak naikkan trafik. Pengunjung unik dibawah 100 sudah huhu..

Dari Penang Ke Kuala Lumpur

Hari ini genap sebulan penulis berada di ibukota Kuala Lumpur. Ketika di Penang mendapat tawaran sebagai Pensyarah di Kuala Lumpur, keadaan agak kelam kabut dengan persiapan dokumen, urusan pindah rumah. Segalanya cukup memenatkan. Dalam seminggu 2 , 3 kali berulang alik dari Penang ke Kuala Lumpur.

Kerana kengkangan masa yang terhad. Rumah untuk disewa yang sesuai yang berdekatan dengan tempat kerja. Mempunyai ruang parkir yang elok cukup susah untuk ditemukan. Akhirnya dengan pilihan yang terhad dapat juga sebuah tidak jauh dari tempat kerja.

Barang-barang dirumah sewa lama di Penang yang mana muat kereta semua diangkut masuk sebab memang tidak akan kembali ke Penang. Benda yang seperti tidak masuk akal yang diisi ialah meja komputer, meja kopi disumbat masuk huhuhuhu..

Dirumah sewa baru, rakan serumah terkejut dengan barang yang banyak yang diisi dalam kereta. Nasib hari tu tidak terbeli Myvi atau kereta kecil seangkatan dengannya. Kereta yang mempunyai ruang yang besar cukup berguna ketika ini. Rasanya yang ada ruang masa itu ialah tempat memandu sahaja. Ruang lain penuh dengan barang-barang termasuk di kerusi penumpang sebelah kiri.

Malam sebelum kerja, cuba kaji dan cari jalan dari rumah sewa ke tempat kerja. Jaraknya dalam lingkungan 10km sahaja. Mengambil masa selama 10 minit sahaja. Namun, keesokan harinya kesesakan trafik cukup teruk. Nasib baik diberitahu awal-awal oleh rakan serumah. Perjalanan 10 minit malam tadi, kini menjadi hampir sejam.

Rumah penulis berada di Ampang, sedang tempat kerja pula di Setiawangsa. Jalan yang diambil adalah menuju ke ibukota. Jalan yang dipenuhi segenap kereta untuk ke ibukota. Walaupun tempat kerja penulis bukan disitu, jalan ke tempat kerja terpaksa separuh melalui jalan tersebut sebelum masuk ke simpang yang agak lancar trafiknya.

Agak sukar untuk membiasakan diri disini, mungkin agak baru dan sudah terbiasa dengan kedamaian Pulau Pinang. Walaupun trafik disana teruk juga. Namun tempat riadahnya banyak kerana dikelilingi lautan. Lebih-lebih lagi bersendirian tanpa kawan dan keluarga. Atau mungkin juga Kuala L:umpur belum mengenali aku hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...