iklan. Jangan klik hahaha...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang Bulan November 2012

Jom kita ramai-ramai pergi.


Wanita Yang Mendapat Kepuasan Seks Lebih Jelita Dan Sihat

DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.







Wajah berseri

Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?

Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.

Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.

Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.

Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.

Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.

Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.

Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler,  pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.


Dipetik dari Majalah mingguan Wanita Edisi Terbaru

Melukakan Hati

Kekadang tanpa sedar kita melukakan hati orang kita sayang. Tanpa sedar atau dengan sedar. Bila orang yang disayang melukakan hati orang disayangi, sakitnya cukup terkesan dihati.

Kita melukakan hati mak ayah tanpa sedar. Kita melukakan hati suami atau isteri kita. Kita melukakan hati guru, cikgu dan lecturer kita. Kita melukakan hati pasangan kita, kekasih kita. Balak,awek,marka,gewe.

Bila ada cinta, akan ada luka. Cinta datang dengan pakej. Cinta datang dengan pakej rindu, sayang, cemburu, prasangka dan juga luka. Jika bercinta terimalah pakej-pakej yang diterima bersama cinta ini. Itu lumrah bercinta.

Jika bercinta, halangan, dugaan akan datang silih berganti. Akan ada hati terluka. Akan ada rindu dan benci. Akan ada sakit hati yang membawa kepada kebencian. Dari sayang sepenuh hati membawa ke benci sepenuh hati. Pelik, tapi itulah cinta. Cinta dari kontek kekasih kepada kekasih.

Blog ini kekadang, ditujukan kepada 'bekas kekasih hati'. Tanpa sedar tulisan disini, tidak jujur. Lebih kepada melepaskan perasaan tidak puas hati kepada bekas kekasih. Lantaran akses untuk menghubungi disekata.

Penulis cuba ingin menerangkan letak perkara sebenar. Namun, bila mesej dan telefon tidak berjawab. Malah terus ditukar nombor. Facebook diblock. Medium untuk berbincang tiada dan terhad.

Blog ini dikunjungi 'bekas kekasih hati'. Mengambil kesempatan ini blog ini cuba menyampaikan mesej kepadanya. Tulisan dari akal akan baik dan elok bahasanya.

Tapi,jika tulisan berlandaskan emosi, amarah dan ketidakpuashati. Blog ini menjadi medan untuk 'menjahanamkan' hati orang. Itu jika si dia membacanya, maksud tersirat akan difahami. Jika orang biasa, anonymous yang membacanya tidak mengapa.

Bertambah parah, blog ini juga dibaca kekasih hati sekarang. Tulisan yang penuh emosi menjadi serampang dua mata. Meluka dan menyakiti keduanya. Blog tidak elok untuk menyuarakan ketidakpuashati, jika jalan bahasanya tidak betul.

Elok kiranya, blog jadi sumber ilmu dan tempat perkongsian ilmu. Bukan tempat berkongsi rasa hati. Kerana rasa hati kekadang akan disalah tafsir.

Moga blog ini yang umurnya belum mencapai setahun akan elok dan makin elok pengisiannya. Opss..blog ini ada membuat tajuk murahan untuk meningkatkan trafik. Cara yang difikirkan agak murahan dan mudah.

Apa guna berblog jika trafiknya kurang. Alhamdulillah, pernah mencapai pelawat yang unik mencecah 2000 sehari. Purata harian cuma 100 lebih pelawat unik sehari sahaja.

Pelawat yang ramai menjadi motivasi untuk menulis dan menulis. Cuma, malas untuk berusaha menambah follower. Biarlah pembaca dari blog lain memfollow dgn ikhlas.

"Follower setia" blog ini tentunya yang banyak terasa dengan tulisan disini. Moleknya, hentikan membaca blog ini. Namun, keinginan untuk membaca sukar dibendung. Jangan risau, entry mendatang tiada lagi "kejahatan" sebegitu.

Hidup tiada guna berdendam dan sakit hati antara satu sama lain. Orang kata, kemaafan adalah dendam terindah. Orang yang pemaaf juga akan tenang hatinya berbanding yang menyimpan dendam.


Aidiladha Yang Terindah.

Rasanya Hari Raya Aidiladha kali ini, raya yang terindah selepas hari raya zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak adalah yang paling terindah. Esok nak raya, malam tu tak boleh nak tidur,terlalu gembira dizaman kanak-kanak.

Walaupun, pagi raya tahun ni disambut diatas Banjaran Titiwangsa. Tapi, yang jadi terindah mungkin bersama orang tersayang.

Kisahnya, bas orang yang tersayang lambat sampai dari Kuala Lumpur. Kesesakan lalu lintas katanya.

Raya kedua juga bersamanya. Sehari suntuk sampai ke malam. Alasan, jalan sesak. Esok pagi, bertolak balik ke Penang bersama. Nanti, dia akan ke Kuala Lumpur naik bas.


Sebuah Pengorbanan Sehari Sebelum Raya Korban

Apa yang nak aku ceritakan sebuah kisah benar berlaku sehari sebelum Raya Korban. Ini bukan kisah aku, bukan..
----------------------------------------------

"Kawan-kawan abang semua dah kawin, abang je yang belum kahwin"! Kata Alisa perlahan, tapi keras menusuk kedalam sanubari Budin.

"Bukan Abg tak nak Lisa, Abg nak..."

Belum habis Budin bersuara, Alisa memotong laju cakap Budin.

"Habis tu, kalau nak, masuklah meminang Lisa, dah banyak tahun kita kapel. Mak ayah selalu tanya pasal kita"

"Abg kesiankan Lisa nanti, abg betul-betul sayangkan Lisa. Abg tak nak Lisa kecewa nanti" Kata Budin sambil mengunyah makanan macam acuh tak acuh dengan apa yang Alisa perkatakan.

Kali ni, Alisa makin panas. Emosi perempuan cepat terusik.

"Kenapa, kenapa.. apa yang buat Lisa kecewa nanti? Lisa tak faham, cuba fahamkan Lisa..."!!!

"Hidup abg tak lama Lisa, tapi abg redha. Lisa carilah orang lain sebagai teman pengganti abg" Kali ini, air mata Budin menitis, pun masih mengunyah makanan.

"Kenapa abg nak mati ke? sihat walafiat je Lisa tengok. Jangan buat alasan macam lembu" Alisa makin marah bila dilihat budin jawab acuh tak acuh dan bagi alasan tidak masuk akal.

"Memang kita Lembu Lisa, esok pagi-pagi abg akan disembelih sempena Hari Raya Korban esok, tapi abg redha. Ini perngorban paling besar untuk umat Islam berbanding dengan cinta kita Lisa"

Alisa diam, kali ini dia pula mengunyah rumput rumput yang baru disabit oeh Pak Ali tuannya.

"Nasib baik aku masih kurus dan jaga badan tidak seperti Budin yang gemuk asyik makan 24 jam mengunyah" Getus hati kecil Alisa. Dia redha sekira itu pengorbanan Budin, dia terima dan yang penting dia masih dapat mengunyah rumput esok pagi.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN... Adakah pengorbanan kita setara 'Budin' untuk Agama Islam, bangsa, dan negara?

Aku Masuk Border, Tidak Mencuri Buku. Tapi...

.


Kan ? manalah tahu dia berbunyi dan pakgad tangkap depan-depan orang ramai, hehehe.... Biasanya, aku akan lepak lama kat Borders membaca buku-buku disana secara percuma. Itu jika, tengok wayang dan waktu tayangan masih berbaki satu atau dua jam. Dari merayau-rayau tidak tentu hala. Elok tambah ilmu dengan percuma huhhuhu..

Apple Memperkenalkan iPad Mini

Berapakah harga iPad Mini ? Harga di Amerika ialah US Dollar 329, ditukar kepada ringgit Malaysia menjadi RM1000, ditambah cukai menjadi RM2000. Lebih atau kurang.

SAN JOSE - Apple memperkenalkan tablet yang dinamakan, iPad Mini, yang dinanti-nantikan peminatnya di sini, semalam.
Pengenalan iPad Mini ini mengakhiri penantian hampir setahun.
Produk terbaru ini seberat 300 gram dan ketebalannya 7.2mm. Ia berada di pasaran kira-kira enam bulan selepas iPad generasi ketiga diperkenalkan.
Harga pengenalan dianggarkan AS$329 (sekitar RM1,000).
Keluaran skrin iPad Mini 7.9 inci (20.1 sentimeter).
Berbanding penggunaan plastik untuk menghasilkan Google Nexus 7, iPad Mini menggunakan aluminium.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Apple, Phil Schiller berkata, berdasarkan sambutan sebelum ini, pihaknya yakin dapat menjual lebih daripada 100 juta set.

Untuk info lanjut sila ke Website Apple.





Ini bukan iPad, ini perempuan punya Pad.






Ps : Golongan kapitalis akan sedaya upaya ingin 'merobekkan' poket kita. Bagi yang bernafsu akan gajet begini berhati-hati, pentingkan yang lebih penting. Bila duit bertimbun, beli je apa yang disuka. Kekadang, sekarang cinta pun boleh dibeli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...