iklan. Jangan klik hahaha...

Gambar Anak Dato' Fadzilah Kamsah Tersebar Diinternet ?

Sekarang heboh diinternet terutamanya laman sosial Facebook gambar yang kononnya gambar anak Dato' Fadzilah Kamsah (DFK).

Penulis ternampak share dari teman Facebook yang menunjukkan gambar seorang lelaki bergambar dengan dua orang wanita yang tidak menutup aurat dan memakai baju seperti tidak cukup kain, nampak bahu. Maknanya pakaian itu tidak sesuai untuk seorang muslimah.

Belum terbukti itu gambar anak DFK, hanya desas-desus di Facebook menyatakan begitu. Kalau benar pun, anak DFK hanya bergambar sahaja.

Tapi, jadi isu bila DFK bukan orang biasa-biasa beliau seorang pakar motivasi. Nasihat dan kata-katanya diterima pakai oleh masyarakat. Masuk TV ada rancangan sendiri. Menulis buku dan di Majalah. Bersiaran di radio. Malah sebut sahaja Dato' Fadzilah Kamsah semua orang kenal.

Bila dia selalu memberi motivasi membina anak cemerlang, membina anak gemilang. Bagaimana menjadi ayah dan anak yang baik. DFK nampak gagal disini. Seperti penjual ubat jerawat yang mewar-warkan ubat jerawatnya mujarab dan berkesan tapi tanpa sedar muka penjual itu sendiri penuh jerawat.

Bayaran untuk sesi motivasi yang berbekalkan air liur dan mikrofon mencecah ribuan ringgit. Tidak mengapa jika anak orang lain dapat dimotivasikan tapi anak sendiri tidak termotivasi. Moga penyebaran gambar anak DFK dapat memberi beliau satu pengajaran bila ada nama. Setiap gerak geri kita diperhatikan. Apatah lagi jika orang yang menyeru kearah kebaikan dan cara hidup yang positif.

Penyebaran gambar anak DFK juga ada unsur politik. Bila DFK mengkritik parti PAS. Berpunca dari itu pihak yang terbabit menyebarkan gambar anak DFK bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baik DFK.

Maksud hadis, anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencoraknya menjadi Majusi, Nasrani dan sebagainya.

Penyebaran gambar itu merupakan satu fitnah jika gambar itu palsu. Dan menjadi satu umpatan jika ianya benar. Fitnah dan umpat ialah dua perkara yang dilarang dalam Islam dan berdosa jika melakukannya.

Oleh itu, sesuatu berita di Facebook jika ada unsur-unsur fitnah dan umpat. Jangan kita LIKE, SHARE atau komen kerana ia akan terpapar di wall kita dan kita akan menjadi sebahagian tukang pembawa cerita fitnah dan umpat.

Jika tulisan ini ada unsur fitnah dan umpat maka itu kesilapan penulis. Tapi rasanya tulisan ini lebih kepada perbincangan dan teguran untuk DFK, diri sendiri dan pembaca.

1 comments:

aRe AyN... said...

klu betul pon tu ank dia, x dak kesalahan bg dato...ingt , iman x boleh diwarisi..dari seorg ayah yg bertaqwa.... bkn salah dato, tp salah diri sndri.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...