iklan. Jangan klik hahaha...

Without You ( Tanpa Mu ) :(

I can't win, I can't reign
I will never win this game
Without you, without you
I am lost, I am vain,
I will never be the same
Without you, without you
I won't run, I won't fly
I will never make it by
Without you, without you
I can't rest, I can't fight
All I need is you and I,
Without you, without you
Oh oh oh!
You! You! You!
Without...
You! You! You!
Without...you
Can't erase, so I'll take blame
But I can't accept that we're
estranged
Without you, without you
I can't quit now, this can't be right
I can't take one more sleepless
night
Without you, without you
I won't soar, I won't climb
If you're not here, I'm paralyzed
Without you, without you
I can't look, I'm so blind
I lost my heart, I lost my mind
Without you, without you
Oh oh oh!
You! You! You!
Without...
You! You! You!
Without...you
I am lost, I am vain,
I will never be the same
Without you, without you
Without...you

Awek Penjual Top Up

Semalam duit dalam dompet tidak berapa banyak. Selepas bayar harga makanan tengah hari, ada lagi baki. Tapi tidak diperiksa. Kebetulan kredit telefon bimbit tidak berapa hendak ada, oppsss.. tak ada langsung sebenarnya.

Lepas makan tengah hari di kafe yang penuh dengan pelajar-pelajar USM yang bermacam-macam fesyen. Bukan Melayu ada yang berpakaian seperti hendak ke toilet atau hendak tidur. Tidak sesuai untuk tatapan umum. Tidak manis dan tidak sopan.

Di tepi kafe itu ada wujud kedai runcit, kedai koperasi asrama pelajar USM lebih tepatnya. Entah bila ada koperasi ini. Agak lama tidak menjenguk dan menjamu selera di kafe sebelah atas Desasiswa Indah Kembara ini.

Dalam kedai itu, pintu yang berkaca telus nampak ke dalam, tidak ramai pelanggan. Ada dua, tiga orang pelanggan - pelajar tengah memilih barang. Ada gadis, mungkin pelajar juga, yang menjaga kaunter jualan. Rancak bersembang dengan dua orang rakannya.

"Top up maxis ada?"
"Hendak berapa?"
"Sepuluh ada?"
"Ada"











Dia membuka laci, keluarkan seketul kertas top up yang berikat, bila dibelek-belek, dicabutnya satu yang bernilai sepuluh ringgit. Gadis penjual tu letak atas meja kaunter.

Aku seluk poket seluar, keluarkan dompet duit. Bila dibuka ada sekeping duit lima ringgit dan tiga keping duit satu ringgit. Tidak cukup lagi dua ringgit. Aku seluk poket seluar yang lain, cuba-cuba mencari ada sekeping dua yang mungkin tersesat. Hampa.

"Err...takpe la, duit saya tak cukup"

Gadis penjual top up itu sepontan menjuihkan mulutnya seakan mencemuh aku yang tidak cukup duit. Reaksinya tidak aku senangi. Paling tidak tunggulah aku keluar dari kedai, lalu kutuklah sepuas hati bersama rakan-rakan sembang yang lain.

Aku pun satu, hendak beli barang tapi duit tidak diperiksa. Dalam hidup pun kita selalunya begitu. Kita tidak tahu kemampuan kita, kita buat benda tanpa berfikir dan memeriksa terlebih dahulu. Kekadang benda yang kita buat dan bertindak menyakitkan hati orang lain. Tanpa fikir kesan pada orang lain, kesan pada diri sendiri juga.

Balik kerja aku singgah bank, aku penuhkan dompet. Nanti aku berkira-kira, hendak beli top up berharga sepuluh lagi dan beri duit RM100 sekeping pada gadis penjual top up tadi, itu pun kalau dia masih ingat aku hehehe...



Gambar ini tiada kaitan.





Ps : Cerita ringan-ringan, sekadar memenuhi entry :)

150 Juta

150 juta lirik dari Fynn Jamal.

Buka Fb, tengok ada isu kat FB macam biasa, politik,politik. Panas updates dari Fynn Jamal berkenaan politik,politik,politik. Semacam tiada isu lain.

Siapa Fynn Jamal ini, aku tak kenal tak pula pernah dengar. Lalu aku google. Dia rupanya penulis lagu ni. Sedap juga. Anda dengar je di Youtube ye, kalau tidak berkesempatan dengar dicorong radio :)
Lantak dia nak sokong parti mana, janji aku happy dengar lagu ini.

150 juta

Untuk kali ke seratus lima puluh
juta
Mereka tanyakan engkau soalan
yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan
dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura
suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik
tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak
ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu
per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita
Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh
juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal
jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak
serasi
Engkau sangat manis aku ini pula
dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak
percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan
saja
Terus kau cubit dagu aku sambil
berkata
“Sayang mungkin baran tak kira
masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah
saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita
berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-
ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu
buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh
rasa
Rahsia kita berdua

Selamat Hari Lahir





ps : Ucapan hari lahir untuk diri sendiri pada hari ini kikikikihkih... :)
      Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan kesempatan panjang umur sehingga saat ini, 
......bersyukur  padaMu Ya Allah...

Maaf


Pertempuran di Lahad Datu

Dimana Wartawan kita ye, pihak TV3, RTM, Surat Khabar tidak bertugas menyampaikan berita yang berlaku ke? atau ada udang disebalik batu ?
..........................................................
Ini berita yang tidak rasmi dan yang belum disahkan.
 
Updated :
Dua orang anggota keselamatan kita terbunuh,
Al-fatihah kepada Insp G/17984 Zulkifli Mamat skuad 2/2006 dan Sarjan Sabaruddin dri Unit Komando 69 PDRM telah terkorban semasa pertempuran di Lahad Datu.
 
 
 
Dua komando polis dikhuatiri terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini pada Jumaat.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada pukul 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
 
 
Setakat waktu ini 10 terbunuh, 4 cedera. Antara yang cedera termasuk anak perempuan Sultan Jamalul Kiram III Sendiri Puteri Jacel Kiram.

Serangan hendap dari Tentera Malaysia seramai 30 orang yang lengkap bersenjata pada pukul 6.00 pagi, ke kawasan tentera Sulu dan berlaku berbalas tembakan..

Tiada laporan kecederaan atau kematian, tentera Malaysia / Polis Malaysia

 
"Lahad Datu :keadaan masih terkawal sepenuhnya. Mereka masih D kepung-pihak berkuasa belum melepaskan apa2 timbakan balas. Sama kita berdoa!"

-Hishammuddin Hussein
 
Entah benar atau tidak berita ini, tunggu berita lanjutan dari media rasmi kerajaan.
 
Dipetik dari Sinar Harian :
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.

Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan.
"Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi ini!" katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu.
Sementara itu, Hishammuddin memberitahu sidang media di sini bahawa Malaysia telah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150 penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka.
Malah, beliau berkata Malaysia sudah banyak berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.
"Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada mereka untuk berundur dari negara ini.
"Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam.
Menurut sumber pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.
Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Feb dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.

Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.

Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.

Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.

Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.

Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu.

Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan
itu. - Bernama

 
Sebelumnya :
 
LAHAD DATU: PENCEROBOH SEPATUTNYA TERIMA TAWARAN MALAYSIA

Pekan, 1 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.

"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang
mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius.

"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib mengulas insiden tembakan di kawasan itu hari ini setelah kumpulan penceroboh yang diketuai adik kepada 'Sultan Jamalul Kiram III' Agbimuddin Kiram enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan itu lebih tiga minggu
dengan membuat beberapa tuntutan. Bagaimanapun beliau bertegas bahawa kerajaan memandang serius apa yang sedang berlaku di Lahad Datu itu.

"Kita tidak akan biarkan perkara ini berlanjutan tanpa sesuatu tindakan yang dilakukan pihak pasukan keselamatan, saya beri jaminan, kita pandang serius dan kita akan lakukan apa saja yang perlu dan menjamin kedaulatan negara kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan untuk mengambil langkah sewajarnya memperketat keselamatan Sabah. Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III baru-baru ini bahawa kumpulan penceroboh itu agar jangan menguji kesabaran Malaysia.

"Apa yang dikatakan Presiden Aquino memang tepat dengan pendirian kita. Jangan menguji kesabaran kita, kesabaran kita ada had, kita ada perancangan untuk mengusir mereka keluar, sebaik-baiknya mereka menyerah diri dan keluar dengan baik," katanya.
- BERNAMA
 

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...