iklan. Jangan klik hahaha...

Zaidi Buluh Perindu Meninggal Dunia

Pendikir terkenal Kelantan, Zaidi Buluh Perindu meninggal dunia pagi ini ketika membuat persembahan di LKIM, beliau tiba-tiba jatuh semasa membuat persembahan. Itu berita yang penulis dengar-dengar. Al-Fatihah diucapkan kepada beliau.


Zaidi buluh Perindu (kanan) bersama dengan Mat Glamour semasa merakam album



Bagaimana pun cerita sebenar perlu pengesahan dari pihak berkuasa dan keluarga beliau. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Amin...

Beliau mengeluarkan album dikir barat ‘The Red Warrior Kelate Juara' yang menyemarakan semangat penyokong bola sepak Kelantan. Lagu-lagunya yang lain juga sedap didengar dan menjadi siulan orang Kelantan.

Gadis Malang.

Beberapa tahun yang lalu semasa menyewa bersama dua orang kawan. Seorang adik dan abang. Terjadi pertenglingkahan antara keduanya disebabkan seorang gadis.

Puncanya si adik membawa pulang seorang gadis ke rumah. Abangnya mengamuk bila mendapat tahu adiknya membawa pulang gadis tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Aku pun terkejut bila balik ke rumah ada seorang gadis muda mungil bergetah. Rasanya umurnya awal 20an.

Rupanya gadis itu lari dari rumah dan menumpang dirumah kami disebabkan ajakan si adik tadi. Jauh dia naik bas kesini. Sampai lewat malam.

Menurutnya, dia selalu dipukul oleh ayahnya. Aku tengok ada kesan luka dan parut pada badannya. Bila ditanya, dia menjelaskan parut dan luka itu sebab jatuh motor. Badannya pun masih sakit-sakit.

Kebetulan, pada masa gadis itu ada dirumah. Kawan aku yang pandai mengurut ada dirumah. Bila berborak dan makin mesra. Kawan aku ni, menawarkan diri untuk mengurut gadis ini.

Ades, kau biar betul. Gadis tu pula, dengan selamba membiarkan tangannya dipegang dan diurut oleh kawan aku. Aku tengok tanpa melarang. Makin lama, makin naik tempat urutannya. Nasib baik ketika tu bukan berdua. Dalam hati aku, ni nak mengurut atau ambil kesempatan? tapi tak dinafikan kawan aku ni pandai mengurut. Urutan memang sedap, keluar semua angin dalam badan. Yang penting dia baik, sudah.

Ada masanya, selamanya seminggu dia tinggal dirumah sewa kami tu. Dia tetiba je masuk bilik aku berborak. Seram sejuk terasa bila gadis masuk bilik huhu...

Lepas itu, yang aku tahu dia menuju ke Kuala Lumpur. Entah apa nasibnya disana. Kalau berjumpa dengan orang yang ingin mengambil kesempatan dan berniat tidak baik. Punah ranahlah dia.

Pergolakan dalam rumah tangga, ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak. Anak yang melawan ibu bapa dan tidak mendengar kata. Punca anak lari rumah. Rumah bukan syurga lagi.

Kisah ini mungkin banyak berlaku diluar sana. Gadis yang lari dari rumah tiada tempat untuk menuju. Moga gadis malang ini sudah berjumpa jalan bahgia. Sudah kembali kepangkuan keluarga atau sudah disamping suami tercinta.

Penanda Aras Kebahgiaan.

Kebahgiaan kekadang subjektif dan berbeza mengikut seseorang, suasana, latar belakang, taraf hidup, comel cantik lawa gemuk kurus gelap putih. Kebahgiaan boleh dimiliki sesiapa sahaja.

Si Polan dan si Polan mungkin akan berkata. "Ahh..dia itu tidak bahgia berbanding dengan aku. Aku lebih bahgia". Dari mana pendapat seseorang untuk menyatakan seseorang itu tidak bahgia.

Mungkin jika seseorang yang berjawatan idaman bergaji lumayan. Melihat seorang buruh berkeringat membanting tulang demi gaji yang tidak seberapa. Si bergaji besar mungkin berbisik dalam hati "aku lebih bahgia berbanding dia".

Tetapi keadaan ini berubah bila si bergaji besar ada bermacam masalah dan krisis. Krisis dengan pihak atasan, kerenah rakan sekerja kaki mengampu. Geng makan gaji buta bercakap pandai. Geng goyang kaki dan bermacam kerenah lagi. Krisis keluarga suami atau isteri curang. Atau hubungan cinta yang hancur berkecai.

Jika si bergaji besar tadi menghadapi masalah seperti dinyatakan. Berbeza pula dengan buruh bergaji kecil yang tidak menghadapi masalah dengan rakan sekerja dan tiada masalah peribadi. Kebahgiaan mungkin milik si buruh bergaji besar tadi.

Situasi lain, seorang yang single yang tiada kekasih melihat pasangan kapel yang mesra bercinta. Mungkin dalam hati berbisik "Bahgianya aku jika ada pasangan seperti mereka".

Tapi si single tidak tahu, pasangan kapel itu pun ada masalah sendiri. Mungkin nampak bahgia. Tapi,bila bergaduh, Masya Allah segala mak nenek bentuk cacian keluar dimulut. Ditambah dengan perangai pasangan yang menyakitkan hati. Bukan semua pasangan kapel yang tidak bahgia, ada juga yang bahgia hingga ke jinjang pelamin.

Jadi apa aras kebahgiaan? dua situasi diatas sebagai contoh. Banyak lagi contoh-contoh yang lain.

Bagi diri penulis, kesihatan adalah kebahgiaan. Sihat mental dan fizikal. Cuba kalau mental tak sihat walau ada duit banyak. Sakit hati dengan sesiapa. Marah kat seseorang. Dengki, iri hati. Hati jadi tidak tenang dan bahgia.

Gambar Anak Dato' Fadzilah Kamsah Tersebar Diinternet ?

Sekarang heboh diinternet terutamanya laman sosial Facebook gambar yang kononnya gambar anak Dato' Fadzilah Kamsah (DFK).

Penulis ternampak share dari teman Facebook yang menunjukkan gambar seorang lelaki bergambar dengan dua orang wanita yang tidak menutup aurat dan memakai baju seperti tidak cukup kain, nampak bahu. Maknanya pakaian itu tidak sesuai untuk seorang muslimah.

Belum terbukti itu gambar anak DFK, hanya desas-desus di Facebook menyatakan begitu. Kalau benar pun, anak DFK hanya bergambar sahaja.

Tapi, jadi isu bila DFK bukan orang biasa-biasa beliau seorang pakar motivasi. Nasihat dan kata-katanya diterima pakai oleh masyarakat. Masuk TV ada rancangan sendiri. Menulis buku dan di Majalah. Bersiaran di radio. Malah sebut sahaja Dato' Fadzilah Kamsah semua orang kenal.

Bila dia selalu memberi motivasi membina anak cemerlang, membina anak gemilang. Bagaimana menjadi ayah dan anak yang baik. DFK nampak gagal disini. Seperti penjual ubat jerawat yang mewar-warkan ubat jerawatnya mujarab dan berkesan tapi tanpa sedar muka penjual itu sendiri penuh jerawat.

Bayaran untuk sesi motivasi yang berbekalkan air liur dan mikrofon mencecah ribuan ringgit. Tidak mengapa jika anak orang lain dapat dimotivasikan tapi anak sendiri tidak termotivasi. Moga penyebaran gambar anak DFK dapat memberi beliau satu pengajaran bila ada nama. Setiap gerak geri kita diperhatikan. Apatah lagi jika orang yang menyeru kearah kebaikan dan cara hidup yang positif.

Penyebaran gambar anak DFK juga ada unsur politik. Bila DFK mengkritik parti PAS. Berpunca dari itu pihak yang terbabit menyebarkan gambar anak DFK bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baik DFK.

Maksud hadis, anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencoraknya menjadi Majusi, Nasrani dan sebagainya.

Penyebaran gambar itu merupakan satu fitnah jika gambar itu palsu. Dan menjadi satu umpatan jika ianya benar. Fitnah dan umpat ialah dua perkara yang dilarang dalam Islam dan berdosa jika melakukannya.

Oleh itu, sesuatu berita di Facebook jika ada unsur-unsur fitnah dan umpat. Jangan kita LIKE, SHARE atau komen kerana ia akan terpapar di wall kita dan kita akan menjadi sebahagian tukang pembawa cerita fitnah dan umpat.

Jika tulisan ini ada unsur fitnah dan umpat maka itu kesilapan penulis. Tapi rasanya tulisan ini lebih kepada perbincangan dan teguran untuk DFK, diri sendiri dan pembaca.

Selamat Hari Lahir

Ini post peribadi, biasanya post peribadi orang tak berapa gemar hendak mengadap baca. Lebih-lebih lagi pasal cinta cintun huhuhu... Ini untuk simpanan bacaan dimasa depan :)

------------------------------------------------------

Hari Lahir kedua bersama, bermakna tahun kedua juga bersama. Rasa macam sekejap dan sebentar sahaja berlalu. Rasa macam sekejap dan sebentar juga, cinta datang dan pergi. Pergi cinta lama datang cinta baru.

Orang tuanya ada bertanya pasal kami, bila mahu bertunang dan bila mahu kawin. Tarikh diberi bertunang dan berkahwin tahun ini juga. Hari Lahir ni mungkin hari lahir terakhir berstatus kapel. Hari lahir tahun ke-3 bersama, kalau ada jodoh, tiada aral melintang. Mungkin sambut sebagai suami isteri, InsyaAllah.

Selamat Hari Lahir buat kamu, moga hubungan kita kekal sampai ke mati. Ada hadiah besar gedabak menanti kamu. Tunggu je Encik Posmen hantarkan.

Tahun ni kena ada rumah baru, kalau pun tidak sempat membeli rumah sendiri kena cari rumah sewa baru yang selesa untuk anak orang. Kena beli mesin basuh, peti sejuk, televisyen, perabot : almari, kabinet televisyen, katil, meja solek, almari pakaian, seterika. Alatan dapur dan memasak, kuali, periuk, sudip, sudu, pisau, pinggan, mangkuk hayun, pengisar, lesung batu dan pelbagai lagi barangan untuk hidup dengan anak orang.

Lepas setahun, kalau ada rezki kena beli barangan baby plak kuikuikui.... ini bukan berangan, ini perancangan untuk masa depan untuk hidup bahgia dengan anak orang. "Pakcik, saya sayang anak Pakcik. izinkan saya kahwin dengan dia, InsyaAllah saya akan bahgiakan dan jaga dia seperti Pakcik jaga dia"

Ps : Hubungan ini baik-baik sahaja, 6 bulan sekali bergaduh dan luahkan apa yang tidak puas dihati. Katanya, bila bergaduh sahaja dapat luahkan apa yang terpendam dan apa yang tidak puas hati. Tapi hati-hati, jangan melampui batas bila sesi meluah perasaan berjalan, takut terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata bukan kecil akibatnya.

Presenter, host, Pengacara Enchanting Escape TV2

Dia memang lawa, body lawa. Mengacara dan mengendalikan rancangan yang menarik tapi...

Tapi rata-rata penonton lelaki suka tengok Tamara berpakaian seksi atau separuh bogel. Adegan rentas halangan, tonggeng bontot, kangkang melompat halangan. Dan aktiviti Flying Fox yang jelas menampakan lurah dan gunungnya.

Sudahlah berpakaian ketat dan seksi, aktiviti juga macam nak promote body. Bila dia naik Sarawak Cruise (betul ke nama bot ni) apa yang dia bagitau pasal bot ini seperti yang diceritakan rakan yang pernah menaikinya.

Seeloknya, rancangan yang menarik ini tidak perlu guna keseksian Tamara. But, I admit it, kerana Tamara yang comel dan seksilah terdetik nak tengok. I know what you did there producer...

Lupa lokasi satu chalet tempat Tamara pergi. Agak menarik untuk berbulan madu, suasana hutan tepi laut. Chalet pun atas pokok, kalau tidak silap namanya pun Enchanting Escapes seperti rancangan yang Tamara kendalikan.

Tadi,episode review di Kuching, Sarawak. One day, I will go there. Nice place. My memory left there already.

ps: Kucing ditayangkan ikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...