iklan. Jangan klik hahaha...

Forgive And Forget Or Forgive And Comeback?

Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya


Rindu

Satu perasaan indah, yang menjadi teramat kejam jika rindu itu tidak kesampaian kepada orang yang dirindui. Orang yang kita rindu semakin jauh, tidak mempedulikan kita dan bahgia dengan dunianya.


Namun,jika rindu ini akan lebih indah. Jika rindu, perasaan ini kepada Rasulullah dan rindu kepada Allah. Satu perasaan yang tidak akan dapat dirasa bagi manusia yang lemah dan tipis imannya. Rindu pada Rasul dan Allah adalah rindu darjat yang maha agung dan suci. Aku tiada rasa rindu itu, hanya ada pada manusia yang tak setia. Pada Rasul dan Allah yang pasti setia dengan kita tiada akan rasa rindu itu.


Ingat pada Rasul dan Allah, tapi belum mencapai tahap rindu, andai ada rasa rindu suci itu. Pasti aku di RumahNya, berjemaah dengan tetamu yang lain. Atau jika iman penuh didada, pasti aku dijemputNya. Bila Allah rindu dengan kita lalu dijemput dengan MAUT.


Aku rindu kamu seperti semalam aku bersamamu. Pasti aku akan bersamamu jua, andai itu ditakdirkan dari Azali, dari mula terciptanya alam ini. Dari mula, ditiupkan roh ke jasad kita. Moga cinta milik kita.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sihat Dan Sakit

Sihat satu nikmat untuk disyukuri dan bila kita alpa dan tidak bersyukur. Sakit datang untuk mengingatkan kita akan syukur terhadap sihat yang diberi. Sakit juga kifarah penghapus dosa.

Stay happy and healty dear :)


Sebut pasal healty and happy, berat aku dah bertambah 3kg, satu kejayaan bagi orang kering macam aku :)

Dan kaum hawa diluar sana mesti tak ingin dengan penambahan berat badan ni.




Published with Blogger-droid v2.0.4

Gadis Kelantan Tidak Setia

Entah betul entah tidak satu kenyataan mengatakan gadis Kelantan bukan gadis yang setia dalam percintaan. Dikhabarkan juga gadis Kelantan bermata duitan atau materialistik. Kenyataan mungkin bukan dari statistik yang sah dan mungkin ada udang disebalik batu dari orang yang mengeluarkan kenyataan ini.

Dan buat para jejaka yang pernah 'terkena' dengan gadis Kelantan ini, mungkin tahu kebenaran disebalik kenyataan ini. Adakah bawaan genetik para gadis dari Kelantan membuatkan mereka tidak setia? atau dari budu / sos bilis yang bau yang agak kurang menyenangkan menyebabkan mereka menjadi tidak setia?

Bagi penulis, gadis semua sama sahaja samada dari Kelantan atau dari negeri mana-mana. Namun, kenyataan yang mengatakan gadis Kelantan tidak setia membuat penulis lebih berhati-hati jika ingin berkomitmen dengan gadis dari  Kelantan nanti.

Buat para gadis dari Kelantan atau dari mana-mana negeri yang tidak setia dengan janji dan cinta sila ke longkang kuikuikui...


Gambar sekadar hiasan ihsan Google












Kemalangan Drag Racing Himpunan Jutaan Belia Di Putrajaya - Gambar dan video

Malam tadi, di himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Berlaku kemalangan ngeri di litar Drag kereta yang diadakan, sebuah kereta yang menyertai acara drag tersebut terbabas di kanan jalan dan merempuh penonton yang menyaksikan acara itu dibahu jalan.

Kereta jenis Mitshubishi Lancer Turbo yang gagal dikawal itu terbabas lalu merempuh Jutaan Belia yang menonton. Dari sumber menyatakan hanya dua orang penonton yang cedera, ada pula yang menyatakan seorang maut. Untuk pengesahan lebih lanjut dengar je hebahan rasmi dari pihak berkuasa nanti.

Drag Racing ialah satu perlumbaan kereta pada jarak tertentu, di satu jalan yang lurus. Kereta yang paling pantas sampai ke garisan penamat dikira pemenang. Jika dua buah kereta mempunyai kuasa yang sama, berlumba. Pemandu yang cekap mengawal minyak,kluc dan menukar gear akan menentukan kemenangannya.

Aku selalu juga terbabit dalam Drag Racing ni, susah nak dikawal. Biasanya enjin kereta aku akan pecah kerana gagal mengawal pertukaran gear yang betul. Ini yang paling mencabar, timing kena betul. Nasib baik aku hanya berlumba dalam game Need For Speed, The Most Wanted je, takdelah nak melanggar penonton kalau terbabas huhuhuh... dan kereta automatik jangan gelenya (gatal) nak try drag racing ni ye, ofkos kau akan ditinggalkan dibelakang.

Updated : 17 cedera, 3 cedera parah.








iPhone 5 Dilancar

iPhone 5 sudah dilancarkan. Negara pertama yang dilancar ialah di China. Platform terbaru Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Tidak mengecewakan dengan harga yang di tawarkan agak murah. Mampu milik oleh dewasa mahu pun kanak-kanak.












Only in China. Ice Cream Sandwich terbaik!!! non-halal, tak boleh rasalah kita iPhone 5 Ice Cream Sandwich ni ye, kalau pun ia dipasarkan di Malaysia. Tak dapat iPhone 5 yang betul, dapat makan dan menjilat Iphone 5 Ice Cream Sandwich ni pun dah berbaloi-baloi kan.


The Red Warriors Juara !

Hasrat untuk hendak menonton secara langsung perlawanan bola sepak Final Kelantan vs Sime Darby dibelum Stadium Bukit Jalil tidak kesampaian. Sabtu pagi ada kerja perlu dibuat. Sample Kajian perlu dibuka pada hari sabtu. Dimasa mendatang jika Kelantan menempah tiket ke final lagi, hasrat untuk pergi kena dilunaskan.

apatah lagi bila melihat rakan-rakan memuat naik gambar-gambar semasa di stadium di Facebook masing-masing. Ini salah seorangnya.. Cik Azie rakan se USM yang berkerja di Kuala Lumpur.


Menurut Azie (bertudung putih) lelaki yang berwarna putih tu tidak memakai baju hanya di cat putih sahaja. Aku terfikir macam mana dia nak solat maghrib ye huhuhuh....





KELANTAN muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Penyerang import, Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.
Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti.
Ghaddar yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti itu mudah menolak masuk bola ke gawang Sime Darby yang dikemudi penjaga gol, Mohd. Redzuan Harun.
Jaringan tunggal penyerang kelahiran Lebanon itu sudah cukup buat Kelantan memadam kekecewaan sebelum ini apabila tewas dalam aksi final Piala FA edisi 2009 dan 2011.
Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Musim lalu, Kelantan terus kempunan mendakap Piala FA apabila tewas 1-2 kepada jiran tetangga, Terengganu pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA yang baharu itu malam tadi diraikan bersama kira-kira 67,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium.
Pada aksi itu, rentak permainan seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama berlangsung.
Bagaimanapun, Sime Darby terlebih dahulu menguji benteng Kelantan apabila percubaan Azmirul Azmi seawal minit kesembilan berjaya dinafikan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan menerima tamparan apabila tonggak pertahanan, S. Subramaniam terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas bertembung dengan penyerang Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-28.
Peluang terbaik Kelantan untuk mencipta jaringan hadir menerusi kapten, Mohd. Badhri Radzi, namun bola tandukannya pada minit ke-36 gagal menerjah gawang Sime Darby.
Bersambung babak kedua perlawanan, Kelantan terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Sime Darby bagi memburu gol.
Akhirnya gol yang dicari-cari menjelma pada minit ke-59 hasil sepakan penalti Ghaddar.
Tersentak dengan gol tersebut, Sime Darby mula mengatur rentak lebih kemas bagi mencari gol penyamaan.
Bagaimanapun, beberapa peluang yang terhidang gagal diterjemahkan dengan baik.
Kelantan hampir menggandakan jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin, namun percubaannya pada minit ke-85 dinafikan Mohd. Redzuan.

Blogger-droid

Mee Udang


Published with Blogger-droid v2.0.4

Blogger-droid

Laa.. baru tahu akan kewujudan blogger-droid ni. Satu aplikasi blogger untuk platform Android. muat turun aplikasi ini di Google Play, cari blogger-droid dikotak carian. Simple yet easy, jadi bagi yang busy dan blognya yang prestasinya menurun bukan alasan lagi. Anda boleh berblog semasa kesesakan lalulintas, menunggu giliran untuk membeli tiket wayang, dan dimana sahaja. Anda boleh muat naik gambar, video. Pendek kata, apa yang pc atau laptop anda boleh buat, blogger-droid pun mampu! Tapi,ada kekurangannya. Sila cuba hari ini ye. Ni entry pertama semasa menunggu order Mee Udang yang lazat :)

Cara Untuk Dapatkan Follower Yang Banyak Di Blog

Tajuk diatas adalah amat Bulls**t bagi blog yang tak ramai follower macam aku hahahaha... setakat ni ada 15 blogger je yang follow secara ikhlas dan jujur dan dengan baik hati sekali. Tentunya blog yang menarik dan kebaboomm dengan sendirinya akan menarik follower yang ramai.





Bagaimana untuk menarik follower yang ramai, tentunya masa dan tenaga diperlukan juga. Tenaga tak lah sangat kot. Main petik-petik dan gerak-gerak mouse je. Masa je yang diperlukan. Masa untuk menerjah blog orang dan suruh orang follow kita balik... " aku ada disini, dan aku follow kau, follow aku balik" tu biasa ayat yang biasa ditinggalkan.

Dan dengan kengkangan masa, tiadalah sempat untuk menerjah blog-blog orang lain diluar sana. Ada seorang kawan blognya hampir mencecah seribu follower dari 14 orang follower. Caranya ialah dengan membuat target. Dalam sehari katakan menerjah dan follow blog orang dan suruh orang tu follow blog kita balik. Atau dengan meninggalkan komen-komen tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kalau nasib baik orang tu akan follow kita.

Bayangkan jika dalam sehari kita dapat mencari 10 orang follower, kalau sebulan? setahun? banyak jugakan. Dan tentunya banyak blog kita kena singgah. Tanpa baca, terus tinggalkan pesanan di kotak chat atau di ruangan komen menyatakan sudah follow blog tersebut dan menyuruh mereka follow balik.

Aku jarang dan kurang usaha kearah itu, tapi ada beberapa blog yang aku follow tanpa jadi follower blogger tu, antaranya Ohtidak, blogserius, Casablander, KancilBiru dan Abyrad sekadar menyebut beberapa nama. Mereka juga kadang-kala singgah dan baca blog ini. Itu dikira follower yang betul-betul follow.

Apa guna jika ada follower yang beribu tapi yang betul-betul follow beberapa kerat je (nak sedapkan hati aku yang tak ramai follower hahahaha..). Nak dapatkan follower senang, tapi nak dapatkan follower yang betul-betul mengikuti blog kita agak sukar.

....Bersambung nak gi solat jumaat :)

iPhone, iPad and.. iPoo?

What is iPoo..? here it is.

iPoo one of Apple product.



Sangat best untuk buang air kecil dan besar huhuhu...

Model Iron Man Yang Cool Habis!! (Baby)

Cool gila action figure Iron Man ni, manalah ada jual ni. Versi baby comel dan hebat!




Kenapa filem Avenger Berjaya?

Semestinya filem ini berjaya kerana best. Penuh dengan aksi-aksi dan ada unsur komedi, dan penuh dengan hero-hero yang cool habis tahap dewa (hanya Thor je dewa). Tapi kejayaan filem ini sebenarnnya ada kaitan dengan penemuan 3000 tahun dahulu.

Sepasukan Arkeologi telah menemui satu lukisan penuh misteri di Mesir, disebalik runtuhan piramid. Lukisan ini dipercayai dilukis 3000 tahun yang lampau oleh satu kaum purba. dibawah ialah lukisan ini.
























Dapatkah anda teka bayang siapakah yang sedang memerhatikan lukisan ini, siapa yang sudah menonton filem ini pasti tahu. Chill.. jangan marah ye, saja suka-suki buat fakta auta sejarah mengarut.

Robot Jahat Muncul Juga Akhirnya.

Zaman aku kecik-kecik dulu, aku terlalu minat dan taksub dengan satu siri kartun animasi yang canggih dan sofistikated gitu. Animasi Jepun memang cool. Banyak animasi jepun yang menarik, diantara yang menarik ialah Patlabor mobile Police.





Patlabor ni mengisahkan anggota polis jepun yang memandu robot-robot untuk melawan penjenayah dan yang kool habisnya penjenayah juga menggunakan robot canggih. Kiranya robot polis lawan robot jahat. Latar belakang kisah Patlabor ni negara Jepun di Masa depan, diantara tahun 1998 - 2002, huh! sekarang dah 2012, robot polis tu belum ada pun lagi.

Hero cerita ni ialah seorang awek cun lagi seksi nama Noa Izumi ( i love u, i really love you :P ) dia pandu dan kawal robot seperti gambar diatas, Noa Izumi ni dalam cawangan unit robot. Cara dia kawal dan lawan memang terer giler tak padan ngan kecomelannya.

Dalam, banyak-banyak robot penjenayah tu, ada satu robot yang agak susah nak ditewaskan, robot berbentuk bulat dan berkaki. Lincah, bertukar jadi bola. Kebal. Tapi biasala, my darling Noa Izumi dapat tewaskan robot tu ;).

Dan setelah bertahun-tahun kisah ni hampir aku lupakan bila dah menginjak dewasa dan tiada siri atau filem yang dikeluarkan lagi. Memori berkenaan robot Patlabor dan Noa Izumi ni muncuk kembali setelah, Penyelidik di Amerika telah cipta satu robot bulat macam robot penjenayah yang hebat dan susah nak ditewaskan tu.





Ini di peringkat penyelidikan dan prototaip berskala kecil sahaja, kalau dah jadi besar dan jadi penjenayah macam dalam Patlabor tu, harapnya Noa Izumi ada bersama Patlabornya huhuhu...

Tunggak utama disebalik pencipta robot-robot ni ialah Yutaka Izubuchi, designer segala mekanikal dalam cerita ni. Gundam pun dia design juga :)

Ada sesiapa nak bagi Model Patlabor ni for me, ada kat kedai Queensbay Mall tapi mahal yang amat huhuhu..

P/s : Dan untuk ingatan kamu, kenangan itu bukan umpama gambar. Kenangan itu adalah diri kita, sebahagian dari diri kita. Jika cuba melupakan kenangan itu seperti juga melupakan sebahagian diri kita. Cuma hanya masa dapat buat kita lupa memori itu samada pahit atau manis.

Blog Femes Penyebar Berita Palsu

Agaknya diorang jadi femes sebab dok sebar berita palsu kot. Terbaru berkenaan kes video dera bayi. Ramai blogger dan Facebooker upload gambar bayi yang konon-konon di dera tu. Ramai akan percaya tanpa usul periksa.

Itu pasal kes video bayi kena dera, kalau berkaitan benda lain, benda yang berkaitan akidah macam mana ye. Gambar bayi yang di upload tu sebenarnya gambar bayi mat salleh yang kena penyakit otak.

Ni lah gambar yang diupload tu.




Bila ada orang yang upload gambar bayi yang didera tu. Lalu aku buat sedikit pencarian kat internet. Aku cakap kat Facebook itu bukan gambar bayi yang didera tu, siap boleh kata kawan dia yang bagi dia baru tengok bayi tu kat hospital.

ewah,ewah... kawan kau tengok di hospital ye.. lalu aku bagi link gambar sebenar. Terus diam, bisu senyap... nak femes pun agak-agak la kakak-kakak, abang-abang blogger femes oooiiii...

Boleh tengok gambar dan cerita bayi mat salleh disini http://4chan.livejournal.com/1853675.html

Itulah kelemahan orang kita, suka terima dan telan apa saja yang disuap. Belum tentu berita tu betul atau tidak. Yang buat cerita palsu satu, yang tukang sebar satu.

Peluk Isteri Jadi Lebih Sihat : Fakta

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 SAAT SETIAP PAGI akan panjang umurnya LIMA TAHUN.

Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.






“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk ENDORFIN yang baik untuk kesihatan tubuh"

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.....

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan lebih menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri”

Perempuan Dijanjikan Syurga (versi Gganu)

ooo orang puang ...

mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ...

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...




*hebak mung orang ppuang ... :)

1 Mei

1 Mei datang lagi, seperti biasa seperti tahun-tahun sudah. Pagi tu, khamis 30hb april 2009. Aku dengan boss dalam lif.
" Encik Boss, esok aku balik kampung cuti"
"Baliklah memang cuti pun"
"aku nak extra cuti boss"
"kenapa?"
"lama tak balik kampung, dari Selangor hingga ke Penang ni belum balik lagi"
"ok"

1 mei 2009 malam, aku bersiap ke stesen bas. Bas sedia menunggu. Cari-cari seat. Emm...dok sebelah awek pula. Kalau boleh dan kalau aku tahu, aku nak tidur sampai ke destinasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...