iklan. Jangan klik hahaha...

Handbag Raya Untuk Elak Budak Minta Duit

Raya akan menjelma tidak lama lagi, pasti yang paling sibuk untuk membuat persiapan ialah kaum hawa. Mereka lah yang paling banyak menggunakan aksesori dari tudung, baju kurung, kasut dan tidak lupa juga handbag. Kepada mereka yang berjiwa kental bolehlah menggunakan handbag ini untuk digayakan semasa beraya.

Handbag ini khusus didesign untuk menakutkan budak-budak yang ingin meminta duit raya dari anda. Pastinya mereka sekadar tengok dari jauh jika melihat anda memjinjing handbag ini. Lady this is for you...




Ps : Aku sendiri tengok pun seram, apa lagi budak-budak huhuhu...

Syukur

Syukur tu kita berterima kasih kepada Allah atas limpah kurnianya. Sama ada rezeki atau dalam bentuk lain-lain. Cara bersyukur ialah kita berkongsi apa yang kita dapat dengan orang lain.

Kalau kita banyak duit kita belanja orang tu, sedekah padanya. Beli barang-barang kepada seseorang. Bagi pinjam duit kepada orang yang memerlukan. Bina Surau atau Masjid kepada penduduk untuk beribadat. Kalau pakwe takde duit, boleh je belanja dia, kira sedekah juga tu hehehe.. Atau menolong untuk kemudahan seseorang. Pinjam motor atau pinjam kereta.

Bagaimana bersyukur bagi orang yang tiada duit, bagaimana nak berkongsi? mungkin yang tiada duit, dia diberi kelebihan lain. Tenaga dan masa. Bersyukur dengan tenaga dan masa ialah meluangkan masa atau tenaga untuk menolong orang lain. Mengangkut barang-barang semasa jiran hendak pindah. Menolong mengangkat dan mengeluarkan beg dan barang-barang dari bas ekpress seorang makcik tua.

Menolong memasang perabot pasang siap yang dibeli Tesco kepada orang yang tidak berupaya. Menolong kawan yang tertinggal kunci bilik, pecah dan pasang balik. Dan bermacam-macam bentuk pertolongan yang berasaskan tenaga dan masa.

Namun, kerap kali orang yang kita tolong tu, tidak berterima kasih dengan pertolongan kita, semacam lupa jasa kita. Bagaimana? bila kita dah menolong secara ikhlas, Allah sudah memberi ganjaran, tidak timbul orang itu tidak mengenanag budi atau tidak.

Syukur dan cara bersyukur adalah begitu. Berkongsi dengan orang lain.... Ada ilmu pandai berblog, syukur dengan ilmu tu, maka berkongsi dengan blogger lain. Simple.. syukur ialah berkongsi. Ada duit banyak dan rezeki melimpah. Bersyukur, kita berkongsi duit itu dengan orang lain. Sedekah dan sebagainya.

Ada kesihatan yang baik, bersyukur. Berkongsi kesihatan tu dengan menjadi diri yang tidak menyakiti hati orang lain. Orang yang hati sakit adalah orang yang kesihatannya tidak baik. Jika kita diberi kesihatan yang baik, badan sihat, hati sihat tidak sakit. Maka, jangan sakitkan hati orang lain yang tidak pernah berniat menyakitkan hati kita.


Ps: Sakitlah sorang-sorang jika ada niat nak sakitkan hati orang.

The Real Gundam - Finally!

Akhirnya Gundam yang sebenar telah muncul, sebuah syarikat Jepun telah merekabentuk sebuah robot yang boleh dipandu dari dalam dan boleh dikawal menggunakan I-Phone, tak ke awesomeeeeeeeeeeem  !!

Kepada yang tak tahu apa itu Gundam, tengok kat header blog aku kat atas, itulah salah satu Gundam terhebat RX-78. Namun rekaan Gundam ini dipanggil Kuratas di rekabentuk oleh Suidobashi Heavy Industry. Untuk gambar dan info lanjut sila ke SINI





Kalau aku kaya dan banyak duit, aku nak beli untuk ayah aku sebiji untuk menebas kebunnya huhuhu...

'Trafic Light' Al-Qur'an

Harapnya bacaan kita bertambah elok dengan mematuhi 'Trafic light' Al Qur'an ini :)




Untuk rujukan lebih lanjut sila tengok dan download disini

For Those Who Hurt Me!

Untuk seseorang yang menyakiti hati aku dan tidak pernah sedar dan nak mengerti. Layan.........














Ps :!@#$ You!

Korek

Minggu lepas aku balik menyambut Ramadhan. Mulanya antara 50/50 nak balik ke tak ni. Masa bersahur pun masih berkira-kira, nak balik ke tak. Dalam dok berkira-kira tu, dah hampir petang. Pukul 3 lebih, aku ambil beg, ambil selai baju masuk, 2,3helai spendor huhuhuh..

Pukul 3.40 bertolak dari Penang, biasa aku drive ambil masa 5 jam. Bermakna akan sampai pukul 8 malam. Kali ni, aku pecut laju dari biasa. Bila dah laju dari biasa, dan perasaan was-was nak balik tu. Biasanya perkara yang tidak diingini berlaku.

Semasa di dalam Negeri Kedah, aku lupa dekat mana, semasa memotong sebuah kereta. Dengan kelajuan melebihi 100km/s. Tiba-tiba je ada seekor lembu yang besar melintas jalan dengan selamba dan slow motion. Kalau brek mengejut, memang kereta kan hilang kawalan. Nak tak nak, aku tekan laggi minyak supaya mengatasi lembu tu. Lembu tu masih dilorong kanan. Fuhhhhh.. nyaris, sipi-sipi je. Aku berdebar tak ingat, kalau tidak mahu hancur kereta langgar lembu tu.

Tuan lembu pun satu, kot ye pun tambatlah elok-elok lembu tu. Kali kedua pula ialah semasa kat trafik lite, masih kat Kedah. Lampu hijau, kereta berebut-rebut tekan minyak. Aku masih dijalan aku, tiba-tiba je ada sebuah kereta dari susur kiri masuk lorong aku. Hampir bergesel.. fusssss....

Dan kali ketiga semasa memotong sebuah trak pick up, di atas jambatan Tasik Banding, nun dihujung jambatan sana ialah selekoh. Semasa memotong menghampiri penghujung selekoh tu. Ada sebuah kereta dah masuk lorong aku. Aku cuba elak, kereta jadi terhoyong-hayang.

Bawa kereta laju ni tak selamat sebenarnya, tapi sebab nak kejar masa berbuka. Aku cuai seketika. Namun sempat sampai rumah sejurus sebelum waktu berbuka 7.30 camtu :) aku balik buat surprise konon-konon.


Petang esok, aku ajak adik dan abang aku pergi bazar ramadhan di Rantau Panjang cari kuih dan lauk pauk dan cuci mata tengok awek untuk berbuka. Dalam perjalanan tu, banyak tanah merah berterabur atas jalan. Menurut adik aku, ada bijih besi dijumpai dalam kebun getah penduduk kampung. Kesan tanah tu yang melekat kat tayar lori yang angkut tanah-tanah tersebut. Rezeki mereka.

Ini petikan berita berkenaan penemuan tersebut.


Bukit dibelakang aku ni ada bijih besi tu, Bukit Kwong namanya, aku pernah daki 16 tahun dulu :)




RANTAU PANJANG: Penemuan bijih besi di Kampung Gual Dalam, Bukit Kwong kira-kira 13 km dari sini menjadi sumber rezeki baru kepada penduduk tempatan.

Tidak pernah terfikir dan tiada dalam pengetahuan mereka tanah kebun di kawasan tersebut mempunyai sumber galian yang bernilai tinggi.

Penemuan bijih besi juga menyebabkan harga tanah di kawasan tersebut meningkat kepada lebih RM100,000 seekar.

Galian itu ditemui pada 2010 di bahagian selatan Bukit Kwong. Di situ terdapat hampir 80 ekar tanah milik penduduk disahkan mengandungi  bijih besi.

Di bahagian hilir pula baru ditemui galian tersebut kira-kira  lapan bulan lalu. Kawasan terbabit seluas kira-kira 70 ekar.

Penolong Pengurus sebuah syarikat  perlombongan, Halim Deraman berkata, tanah yang mengandungi bijih besi sebahagian besar dimiliki penduduk, di mana ada memiliki geran hak milik.

Katanya, tanah tersebut ditanam dengan  getah dan lain-lain tanaman.

“Pemilik tanah sebelum ini memang tidak tahu tanah mereka mengandungi bijih besi yang sangat berharga. Hanya setelah bijih besi ditemui barulah mereka tahu tanah mengandungi logam besi.

“Hasil penemuan tersebut menyebabkan ada syarikat sanggup  membayar tanah dengan harga RM120,000 seekar,” ujar Halim ketika tinjauan Harakahdaily bersama Adun Gual Periok, Mohamad Awang di lokasi perlombongan baru-baru ini.

Antara syarikat yang menjalankan aktiviti perlombongan di kawasan tersebut termasuk Perfect Mining Sdn Bhd.

Halim berkata, bijih besi yang dilombong sekitar 4,000 ke 5,000 tan sehari.

Tanah-tanah yang mengandungi bijih besi disodok mengggunakan jentera dan dibawa ke pelabuhan Tok Bali sebelum dieksport ke China.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, kerajaan negeri memberitahu bijih besi seberat 40,000 tan seminggu dihantar ke China.


Sumber : klik sini 


Ps: Tajuk entry korek merujuk aktiviti korek bijih besi tu :)





"Mohon Share"

Selalu bila sesuatu yang menarik yang dipost di Facebook atau di blog atau dimana-mana sahaja, ada pembaca, friend atau follower akan meminta kebenaran untuk share.

Tidak ada salahnya untuk minta share atau mohon share. Tapi segala perkara yang diletak oleh pemunya dan pemilik Facebook dan blog rasanya memang untuk dishare. Jadi kenapa minta lagi?

Andai kata ingin meminta kebenaran untuk share, pastikan si pemunya berkata " ambillah dan sharelah", maka barulah kita berhak untuk share. Kalau tiada jawapan dan balasan bagaimana? sanggup tunggu tuan punya bagi kebenaran baru share? Tidak, tidak semua orang akan tunggu jawapan setelah meminta kebenaran untuk share.

Selepas sahaja komen "mohon share" terus ditekan butang share atau di copy and paste tanpa perlu menunggu jawapan pemilik akaun. Jadi apa perlu minta kebenaran untuk share? seperti meminta "mohon pinjam kereta kau kejap". Belum sempat pemilik kereta menjawab kita sudah mengambil kereta dan menggunakannya. Samalah situasinya, kan?

Perkara yang baik yang diletak oleh pemilik akaun Facebook, blog atau apa-apa sahaja yang berunsur dakwah adalah untuk dishare. Kalau bukan untuk ditengok dan disahre oleh orang ramai, tidak perlu dia terbitkan. Simpan untuk tatapan sendiri.

Seperti contoh, seseorang meletak pisang di Masjid, kebiasaannya pada hari jumaat ketika solat jumaat. Jemaah yang habis solat akan terus mengambil dan memakan pisang itu kerana mereka tahu pisang itu untuk dishare. Bagaimana jika ada individu yang sebelum mengambil dan memakan pisang itu "mohon share". Pastinya dia akan mencari pemilik pisang itu, kalau berjumpa nasib baik. Kalau tidak berjumpa, alamatnya pisang sudah habis dimakan orang.

Tidak perlulah meminta kebenaran untuk share, ambil je. Namun jika meminta dan memohon nampak lebih sopan. Tidak menjadi satu kesalahan. Artikel ini juga tidak menjadi satu kesalahan untuk diutarakan berkenaan "mohon share" ini.

Tetiba jer, penulis terfikir isu sekecil kuman 10000micron ini. Ada masa untuk menaip, sementelah puasa masa makan tengahari tidak digunakan. Nantilah penulis tulis isu yang sedikit besar. Mulai sekarang tak perlulah mohon share lagi, kecuali ia dinyatakan sebaliknya.


P/S : Bagaimana jika artikel ini pun di copy and paste tanpa mohon share? jika ia berlaku, bermakna matlamat sudah tercapai :)

Air Zam-Zam

 Dikopi Pasta dari page Facebook.


Air Zam-Zam dicipta oleh Allah. Artikel dibawah menceritakan perihal air zam-zam, segala peristiwa belum disahihkan dan tiada bukti rekod video, tulisan, pengakuan individu, photo dan sebagainya hanya disalin dari page Facebook. Namun artikel ini tentang kehebatan dan khasiat Air Zam-Zam bukan untuk menidakkannya.



Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.

Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

Kuat Dan Tabahlah

Siapa pun kita, dimana pun kita, kita pijak bumi yang sama, kita tengok matahari, bulan bintang yang sama. kita dibawah kekuasaan Allah yang sama.

Ujian yang didatangkan kepada Allah kepada kita mungkin dalam bentuk yang berbeza-beza pada setiap insan. Ada yang belum mendapat rezeki, belum mendapat pekerjaan yang diidamkan bergaji beribu-riban, bekerja dengan kerajaan. Ada yang sudah bekerja bergaji lumayan tetapi diuji dengan boss dan pegawai atasan yang menyakitkan hati. Ada ofismate yang menjengkelkan sanubari. Semua itu ujian, ujian yang berbeza-beza setiap insan.

Ada ujian berbentuk putus cinta, putus tunang, bercerai berai. Itu semua ujian, ujian dari Allah. Kalau kita yakin adanya Allah, kenapa tidak yakin dengan ujian dari Allah. Kekadang ujian itu kifarah dan penebus dosa-dosa kita. Seperti berpuasa, berlapar dan menahan dahaga dibulan puasa, walau perit namun ada kebaikannya. Mengikat nafsu dalam diri, melatih bersabar. Ujian lapar dibulan puasa.

kita mungkin menangisi setiap ujian yang mendatang. Rasa tidak tertanggung lagi, kita menyimpan dalam diam. Menyimpan dalam hati. Maka akan wujudnya dendam dalam sanubari. Dendam tidak mendapat pekerjaaan. Dendam dengan boss, dendam dengan bekas kekasih. Dendam dengan orang-orang berkaitan penyebab masalah dan kesedihan kita.

Ujian itu sebenarnya boleh mendekatkan kita dengan Allah, kalau kita sedar semua itu dari Nya. Semua perancangan dari Nya. Bermula roh kita ditiupkan. Atau sebelum Adam dan Hawa tercipta nasib kita telah Allah tentukan perjalanan hidup. Masakan Allah tidak tahu? Dia Maha Mengetahui, Allah Maha Pencipta.

Allah tidak terikat dengan MASA, malah Allah lah yang mencipta MASA. Masa lampau, masa kini, masa lampau semua dalam kekuasaan Allah. Semua Allah yang tentukan dulu, kini dan selamanya. Allah memandang dan mampu melihat setiap masa. Masa depan kita pun Allah sudah tahu.

Jika Masa dan segala yang berlaku adalah dibawah kekuasaan Allah, kita faham dan yakin yang sebetul-betulnya. Maka segala ujian yang mendatang, segala kesusahan, segala kesedihan dalam hati akan terpadam dan hilang dengan keyakinan kepada Allah. Yakinlah Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Allah Maha Mengasihani hamba-hambaNya. Kenapa perlu keluh kesah? kita mampu lagi makan sesuap nasi, minum seteguk air. MASA KINI bermaksud sekarang, masa kita hidup sekarang- saat ini. Saat anda membaca tulisan ini. Esok belum pasti kita akan hidup atau mati.

Kita tidak boleh agak kita akan eksiden kereta hari esok. Tergelincir dibilik air, pecah kepala. Ajal di tangan Allah. Kita tidak boleh agak dan elak. Berhati-hati macam mana pun, kita akan kena jika sudah tertulis begitu.


Jika Di MASA KINI anda mampu makan,minum, sihat. Apa yang perlu dikisahkan lagi. MASA KINI anda tidak perlukan kereta besar, rumah mewah, duit berjuta. MASA KINI ialah apa yang anda jalani saat ini. Kenapa perlu takut dengan masa depan. Kita bukan hidup di masa depan, kita hanya hidup di MASA KINI. Masa depan belum tercipta.

Namun, untuk kemakmuran dan kesejahteraan, kita juga perlu berusaha bukan berpeluk tubuh sahaja. Mentang-mentang segalanya ditangan Allah, maka kita mengurung diri didalam bilik mengharap rezeki dari langit. Jangan begitu, jangan malas mencari peluang dan rezeki.

Di Zaman Rasullullah dahulu, ada seorang pemuda yang membawa seekor unta. Tiba masa dia untuk berurusan, dia meninggalkan untanya tanpa diikat. Lalu Nabi Muhammad S.A.W bertanya "kenapa tidak diikat untuk itu". Pemuda itu menjawab " Hamba berserah dan yakin kepada Allah". Maka Nabi menjawab " ikatlah dahulu unta itu, barulah berserah pada Allah".

Sama juga dengan kita meninggalkan kereta tanpa dikunci dan berserah pada Allah. Tiada usaha untuk mengunci kereta kita. Berusaha dulu baru berserah. Jika usaha tiada, tapi berserah dan berdoa pada Allah itu silap.

Kuat dan tabahlah, ini ujian untuk kamu. Semua orang ada ujian sendiri, merasai dan menghadapi ujian itu. Kamu tidak berseorangan, ada doa dari ibu untuk kamu, ada redha Allah untuk kamu.

Ada doa aku untuk kamu... percayalah... :)


Ps: Rezeki bukan hanya bermaksud gaji beribu, rezeki juga dengan bentuk ketenangan hati, malah kesihatan yang baik itu rezeki terhebat. Bayangkan sakit sebatang gigi, tak boleh kerja, gaji tiada, tiada rezeki. Rezeki juga ada famili yang memahami, kawan-kawan yang memahami dan kekasih hati yang mengerti hati. Kekasih masuk list ke? huhuhu...

Pilihan

Jangan tersilap pilihan lagi, ia cuma melukakan hati. Masa depan masih belum tercipta. Kenapa perlu takut dengan masa depan.

Kenapa tak yakin dengan orang tak berduit dan belum ada rezeki. Kenapa kurang yakin dengan rezeki dan Qada Qadar Allah. Kenapa takut dengan benda yang tidak pasti? Kenapa larikan diri? kenapa jauhkan diri? sedangkan rezeki dan mati dekat dengan kita.

Ramadhan sudah dekat, cari ketenangan di situ, Cari.. ia ada.

Yang pasti kita akan mati...

Stupid does the stupid thing, please dont do it again. A soft reminder, hard to swallow.

i do care, always.

Post Yang Menyakitkan Hati

Ada post disini yang menyakitkan hati seseorang walaupun kita tidak berniat begitu. Buang jauh-jauh perasaan itu. Tidak, post ini bukan untuk menyakiti kamu. Jauh sekali berniat begitu :)

Round Island episod IV

Semalam dan kelmarin, sempat ronda-ronda di Batu Feringghi, Padang kota, Tanjung Tokong, Bukit Bendera, Universiti Sains Malaysia, dan Pasar Malam huhuhu..

Jadi pemandu pelancong untuk orang Kuala Lumpur, balas balik budi masa dia bawa jalan-jalan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bulan lepas.

Selebihnya, gambar yang berkata-kata.

Episod I

Batu Feringghi

"Cintaku seluas lautan ini" katanya padaku.

Ada budak baju hijau plak menyibuk..

Jangan pernah tinggalkan aku.. tungguuuu...

Jadi Life Guard, takut awek hanyut main air huhuhu..

Next episod, gambar kat Padang Kota dan Bukit Bendera.


Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia

Untuk Para Wanita Yang Aku Sayang Dan Pernah Aku Sayang ( My Dear )

Tips menjadi wanita paling bahagia di dunia-Syeikh Dr.Aidh al-Qarni

Tidak...!

Tidak... bagi perbuatan yang dapat menyia-nyiakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya.

Tidak... bagi sikap yang lebih mengutamakan harta benda dan mengumpulkannya, ketimbang sikap arif untuk menjaga kesehatanmu, kebahagiaanmu, dan waktu istirahatmu.

Tidak... bagi perangai yang suka memata-matai kesalahan orang lain, menggunjing aib orang lain (ghibah) dan melupakan aib diri sendiri.

Tidak... bagi perangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Tidak... bagi sikap yang selalu menghabiskan waktu bersama para pengangguran, dan memboroskan waktu berjam-jam untuk bergurau dan bermain.

Tidak... bagi perilaku acuh terhadap kebersihan dan keharuman tubuh, serta masa bodoh dengan tempat tinggal dan ketertiban lingkungan.

Tidak... bagi setiap minuman yang haram, rokok, dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

Tidak... bagi sikap yang selalu mengingat-ingat kembali musibah yang telah lalu, bencana yang telah terjadi, atau kesalahan yang terlanjur dilakukan.

Tidak... bagi perilaku yang melupakan akhirat, yang lalai membekali dirinya dengan amal saleh untuk menyongsongnya, dan yang lengah dari peringatan tentang kedahsyatannya.

Tidak... bagi perangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah, dan perilaku yang dapat memangkas perkara-perkara ketaatan.


Ya...!


Ya... Untuk senyummu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.

Ya... Untuk kata-katamu yang baik, yang membangun persahabatan dan menghapuskan rasa benci.

Ya... Untuk sedekahmu yang dikabulkan, yang membahagiakan orang-orang miskin, menyenangkan orang-orang fakir, dan mengenyangkan orang-orang lapar.

Ya... Untuk kesediaanmu duduk bersama Al-Qur'an seraya membaca, merenungi, dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

Ya... Untuk kesediaanmu berdzikir, beristighfar, tenggelam dalam doa, dan senantiasa memperbaiki taubatmu.

Ya... Untuk usahamu dalam mendidik anak-anakmu dengan agama, sunnah, dan nasihat yang bermanfaat bagi mereka.

Ya... Untuk rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah, karena hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

Ya... Untuk pergaulanmu dengan wanita-wanita yang baik dan takut kepada Allah, mencintai agama dan menghormati nilai-nilainya.

Ya... Untuk baktimu terhadap orangtua, silaturahim pada saudaramu, menghormati tetangga, dan menyantuni anak-anak yatim.

Ya... Untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntunan.

Zalifah ( Jerrypah )

Jerrypah lagu terbaru dari Aizat Amdan, Khas untuk orang bernama Zalifa. Dulu aku minat kat seorang budak sekelas nama Zalifa Zahari. Masa darjah satu dan darjah dua. Lepas tu dia pindah. Ayahnya anggota polis, pindah sepi tanpa khabar berita. Sampai tahun lepas aku search kat Facebook.

Jumpa. Zalifa Zahari masih comel dab baik seperti dulu, kami chat dan borak kisah lama. Dia dah anak 2, kerja dengan Maybank.

Ni lagu dari Aizat untuk Jerrypah.


Luka Dijari

Luka dijari ada darahnya,

Luka dihati ada amarahnya,


Luka dijari cepat sembuhnya,

Luka dihati sakit seluruhnya,


Luka dijari kerana parang,

Luka dihati kerana orang,


Luka dijari pedih rasanya,

Luka dihati sedih rasanya,


Luka dijari diserang bakteria,

Luka dihati diserang histeria,


Luka dijari boleh post diFacebook,

Luka dihati tiada yang nak menyibuk.


Luka dijari boleh dilihat,

Luka dihati tiada kelibat.


Maafkan aku JARIku, kerna melukaimu. Kita terlalu akrab, hingga bisa aku melukaimu. Maafkan aku JARIku, kerna tak menghargai pengorbananmu. Moga lukamu sembuh, bukankah luka itu menandakan kita Hidup wahai JARIku? kita hidup, kita luka, kita berdarah. Kita pasti sembuh, luka ini takkan membuat kita mati wahai JARIku, aku sayang kamu seperti diriku, aku tak sengaja melukaimu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Orang Bodoh

Orang Bodoh :


Orang bodoh ialah orang yang menyakiti hati orang yang menyayanginya.


Orang bodoh tidak akan pernah mendengar penjelasan dari seseorang.


Orang bodoh akan menganggap dirinya sahaja yang betul. Orang lain salah.


Orang bodoh selalu berjanji dan memungkiri janji.


Orang bodoh akan membuat keputusan berdasarkan emosi.


Orang bodoh akan cuba melupakan orang yang tidak boleh melupakannya.


Orang bodoh akan pergi jauh dengan orang yang dekat dengannya.


Orang bodoh tetap bodoh dengan kebodohannya. Jika tidak mendengar nasihat orang.


Orang bodoh ialah yang tidak mengikut nasihat yang baik untuk kebaikan dirinya yang dia anggap penasihat lebih bodoh darinya.


Moga orang bodoh sedar dari kebodohannya dan mendapat kebahgian yang dicari.


Maafkan sahaja orang bodoh. Kerana kebodohannya dia melukai hati kita. Sesungguhnya dia tidak tahu.


Moga dia tidak bodoh lagi dimasa hadapan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Setia

Kesetiaan WANITA diuji ketika
lelaki itu tidak memiliki APAPUN
dan kesetiaan LELAKI diuji apabila
dia memiliki SEGALANYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...