iklan. Jangan klik hahaha...

Hanya kerana Seorang Perempuan...

Sebuah kisah benar yang dialami dua malam lepas.


 

Adli bin Ismail, Masar dan Adnan. Ingin minum-minum di kedai makan pesisiran pantai Seagate. Jam tepat pukul 11.30, hujan renyai-renyai.

Perasaan nak pekena kopi 0, Teh 0, dan Nescefa 0 membuak-buak, nafsu tidak dapat ditahan lagi. Bila hujan dari renyai, makin kasar dan terus lebat. Aircond dalam kereta makin menambah kesejukan.

Sebenarnya, minum satu hal. Satu hal lagi bagi lelaki single dan

hormon testorone sudah matang. Melihat gadis-gadis bagaikan menggaru kurap. Makin digaru makin sedap. Tempat itu juga tempat lepak dan bersantai gadis-gadis kilang, minah-minah rempit dan pelayan yang comel.

Bukan niat melihat gadis-gadis yang keluar lewat malam, entah mendapat keizinan ibu ayah, tidak. Niat cuma ingin minum dan bersantai dipesisir pantai. Gadis-gadis sebegitu, dimana-mana pun ada tak perlu tuju disitu. Jika seorang lelaki soleh yang baik, keluar dari rumah tanpa melihat gadis-gadis seperti di Malaysia ini, maka dia perlu menutup mata.

Dan kita, jika keluar dari rumah mestilah berniatkan benda yang baik. Andai keluar dari rumah berniatkan benda yang kurang baik dan elok, sesuatu terjadi. Lebih tepatnya mati dan menjadi mayat. Niat itu menjadi agenda terakhir sebelum mati. Rugilah jika begitu, entah ke Syurga, entah ke Neraka!

Sampai dikedai pesisir pantai itu, hujan belum berhenti. Buka pintu,hulur kaki keluar terus terpijak lopak air. Kasut yang terasa basah diabaikan bila melihat seorang gadis sedang meraung menangis, terduduk dan diangkat bangun beberapa orang. Ada seorang makcik, pakcik dan seorang brother. Mungkin ahli keluarga si gadis.

Gadis itu macam mabuk, baju yang terselak menampakkan separuh tubuh tidak dihiraukan. Menangis dan meraung, sambil ditenangkan beberapa orang itu. Dipimpin masuk kereta. Lalu brother itu berkata berbaur amaran.
"Hang jaga jap lagi, hang jaga" pada seseorang didalam kedai.

Gadis dan beberapa orang itu masuk kereta dan hilang dalam gelap malam.

Aku bertiga tengok dan tak mengerti drama sebentar tadi. Duduk dimeja terus order minum. Orang-orang lain dalam kedai minum dan makan macam biasa.

Sedang aku bertiga menikmati minuman masing-masing. Tetiba berlari seorang pemuda, kelam kabut. Masuk ke kedai dan mencapai sesuatu. Aku sangka parang panjang, rupanya batang kayu. Orang yang mengejarnya berhenti.

Terdengar suara tuan kedai menyuruh menelefon polis. Suasana kelam kabut,bila pemuda yang mengejar bertambah ahlinya dan seakan ingin membunuh orang yang dikejar.

Orang yang dikejar, siap sedia dengan batang kayu panjang. Ada dua,tiga orang menyokongnya. Suara orang mengejar makin kuat, sementelah ahlinya ramai.

Melihat itu,aku kecut perut. Meja aku ditengah-tengah geng mengejar dan geng yang dikejar. Pergaduhan,pertenglikahan, peperangan geng dalam filem anak Datuk Yusoff Haslam bila-bila masa akan tercetus.

Saat itu, nescafe yang aku minum terasa kelat yang amat. Aku rasa macam ada parang yang akan kena dekat tengkuk aku bila-bila masa. Agaknya itulah Perasaan seorang pengecut dan penakut.

Ditengah kekalutan itu, ada sebiji kereta hitam datang. Keluar lelaki berambut panjang diikat, bertubuh sasa dengan dua,tiga lelaki lain. Bertindak sebagai pendamai, menyuruh kedua kumpulan bertelagah duduk dimeja. Suasana tenang dan damai seketika, terdengar suara perbincang dikedua belah pihak.

Kesempatan itu,aku habiskan minum. Bayar dan balik. Berjalan kereta, lalu ditepi kereta hitam siPendamai tadi, ada stiker PEKIDA. Hebat juga Pekida ni. Suara lantang dan geng yang bertelagah duduk tidak bersuara.

Dalam kereta, aku terfikir. Orang sebaik aku mana ada musuh. Aku tak perlukan pekida atau geng kaki pukul. Orang yang ingin pukul aku mungkin sigila sahaja. Lagi pun aku, kau dan kita semua dibawah lindungan Allah jika kita baik-baik saja.

Penghujung Raya Dan Penghujung Usia


Sejak dari subuh lagi bini aku dok membebel. Bil api dan air belum bayar. Tak banyak,cuma dah nak masuk 3bulan. Malas aku nak ke pekan bayar bil tiap-tiap bulan. Kumpul untuk 3 bulan baru bayar.

Bulan ni terlupa dan sibuk melayan cucu-cucu yang balik beraya. Kusyen motor honda cup aku,entah cucu mana yang bakar dengan bunga api. Separuh getah dah terbakar. Berlubang, hujan masuk airlah nanti. Tem
payan lama yang letak ditepi rumah juga pecah berderai, selepas cucu-cucu aku main ultraman dan raksasa.


Itu belum kira, anak-anak benih pokok buahan yang aku tanam kat belakang rumah. Habis dicabut, dipijak dan dipatahkan. Itu kerja cucu-cucu perempuan main masak-masak, lepas mereka kata "jom angah,shoping sayur kat Tesco". Rupanya benih-benih yang aku semai jadi sayur.

Sekarang terasa sunyi, bila mereka semua dah balik ke bandar tempat kerja masing-masing. Keriuhan cucu-cucu dan suara anak-anak dah tak ada. Kedengaran hanya suara bini aku yang membebel didapur tidak jelas biji butir percakapannya.

Dulu,setiap kali balik raya. Anak-anak ada hulurkan duit. Sekarang tidak lagi. Yang ada cuma anak yang bongsu, bagi RM50 seorang. Tu pun dia berkeras nak bagi. Dia baru kerja dan baru beberapa bulan ambil kereta. Anak-anak yang dah kahwin mengeluh dengan sara hidup yang tinggi dibandar. Nak bagi makan pakai anak bini, pampers, bil itu ini. Ansuran kereta dan bermacam lagi.

Aku tak harap pun duit dari diorang. Makan pakai aku cukup, mereka balik pun kira dah ok. Beberapa bulan ni, masa akhir Ramadhan,batuk aku menjadi-jadi. Aku berhenti hisap rokok daun yang aku bawa kemana-mana. Batuk ni luarbiasa seakan jantung dan peparu aku seakan luruh dari badan.

Agaknya bila umur dah nak masuk 80 mungkin badan dan organ lemah. Penyakit orang tua. Anak-anak jarang nak balik tanya khabar kalau bukan raya. Balik pun sibuk dengan hal masing-masing. Berebut dengan bini ajak balik ke rumah mertua.

Harapnya raya tahun depan aku masih sempat tengok anak-anak, bermain dengan cucu-cucu. Motor terbakar ke, benih habis mati ke, aku tak kisah semua itu. Gelak tawa cucu-cucu mengingatkan aku pada anak-anak semasa kecil. Sebelum mereka berhijrah ke bandar meninggalkan aku dengan bini dikampung.



De'javu Di Banjaran Titiwangsa





Banjaran Titiwangsa, disitu ada puncak. Dipuncak,disitu ada hentian rehat. Dihentian rehat itu ada tebing tinggi dipagari. Berdiri dipagar itu, ada pemandangan bukit, ya cantik. Dan kebanyakan orang atau semua orang yang singgah disini. Seperti tidak pernah melihat bukit bukau dan hutan. Berpesta mengambil gambar berBackgroundkan bukit. 
 
Aku yakin orang-orang yang mengambil gambar akan memuatnaik di Facebook masing-masing. Bayangkan rakan Facebook anda adalah orang-orang yang berhenti singgah disini secara kebetulan. Anda akan melihat gambar bukit yang sama berbeza model.

Bukit itu tanda kebesaran Allah, udara sedingin air-cond belum dicemari dan dinodai manusia setakat ini. Alam hutan hijau penuh misteri.

Didepan kedai yang menjual makanan kelihatan segerombolan orang asli yang baru sampai,dibawa dari kampung mungkin. Terpinga-pinga, macam keliru atau lebih tepat jakun atau tidak biasa dengan persekitaran baru. Tapi,mereka tidak sejakun orang-orang yang sibuk dan seakan berpesta mengambil gambar bukit dengan berbagai gaya, kerna bukit dan hutan itu dunia mereka.

Mereka tidak perlukan iPad atau iPhone atau kamera DSLR untuk merakam gambar bukit bukau, rakaman segenap denai,lembah sudah tersedia dalam minda.
Ditempat yang sama, bukit yang sama, setahun yang lalu aku pernah singgah. akhiran aku dengan dia.

30 minit aku disitu, berhenti rehat sebelum meninggalkan manusia-manusia yang tengah menggila mengambil gambar bukit.
 

hohohohoho.... Balik Kampung

Esok balik kampung, minggu ni prepare apa yang patut. Lesen dah tamat tempoh pun tak sedar, nasib baik perasan masa belek-belek dompet. Sambung lesen penuh, dah tak pakai P dah huhuh.. dah dua tahun maknanya buat lesen ni. Semalam keluar pergi JPJ berdekatan Politeknik Balik Pulau. Orang ramai, tiada tempat untuk parking.




Cari punya cari, takde yang dekat-dekat JPJ, lalu parking tepi jalan dekat Kondo Kristal Suria. Dah tak berapa jauh, lalu aku menapak menuju JPJ. Pelik, pejabat JPJ ni takde. Tengok-tengok, jengok-jengok lagi. Memang takde. Ofis tu ada tapi macam tutup. Nak kata tutup, semalam bukan cuti pun. Ke JPJ ambil cuti hari tu huhuhu... Malas nak buat andaian, aku masuk kedai mamak berdekatan tanya cashier yang sibuk tengah kira duit tu.

"macha itu JPJ sana mana pergi ye"?
"Sudah tutup, diorang sudah pindah"
"pindah mana"?
"Tempat lama"
"Tempat lama?, tempat lama tu kat mana"?
"Dekat Batu Uban"
"Batu Uban, dekat area mana ye"?
"Itu USM, U tau ke"?
"Tahulaa, itu tempat saya kerja"
"Dekat situ laa.."
"Thank you macha"

Laaa, baru aku ingat dulu JPJ dekat dengan USM je, ofis yang tutup ni sementara diorang nak renovate yang lama. Bila kau sampai tengok bangunan meriah dengan warna oren. Parking plak satu hal lagi, penuh. Ada awek cun tengah jalan-jalan ngan mak dia menuju ke kereta. Sempat aku jeling dia dan dia jeling aku. Jap lagi dia blah, aku boleh amik parking dia.

Lama aku tunggu, tak nampak mereka macam nak pergi, aik. Lepak dalam kereta ke? Ada seorang pak gag india dari tadi memerhatikan aku.

"halo encik, mahu parking ke"?
"Ya"
"U boleh masuk dalam, tapi sekejap la, nanti terus keluar"
"Baik"

Pak gad tu buka sekatan yang dibuat dari kon dan rantai plastik. Macam VIP plak aku dapat parking dalam. Dalam tu untuk kakitangan JPJ je.

Masuk, tekan nombor. Adess ada 28 orang lagi didepan, untuk bunuh masa, mesej-mesej ngan awek tanya dia masak apa untuk berbuka huhuuh...

"Dua, lima, dua. lapan. Kaunter empat"

Giliran aku, kena RM45 tukar P ke baru untuk setahun. Sekarang tarikh tamat tempoh lesen berdasarkan tarikh hari lahir. 2014 baru habis. Setel pasal lesen.

Tadi, pergi basuh kereta, isi minya full tank, isi angin. Esok dah boleh balik huhuhu... Rasanya mesti jem, semua pakat berebut nak balik esok. Pape pun semoga semua orang yang balik kampung, selamat sampai ke kampung masing-masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan aku dengan apa yang berlaku...






Cinta motivasi Paling Hebat


Kita bercinta sejak lahir.Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta. Terutama filem-filem hindustan. Cinta telah diberikan mekap yang cukup mengasyikkan.Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi bermodalkan kasih sayang dan cinta.





Cintalah segalanya bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnyaterp sah dan saling tidak mengerti.
Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di muka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali adam dan hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami.


Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.

Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula dan sentiasa. saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. andainya lautan api direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi rasa teragung kecuali cinta.

Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Allah.

Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yang seolah-olah telah hilang keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan penuh makna itu menjadi barang terbuang, berciciran di mana-mana, dilorong-lorong, di bawah rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman dan kehormatan.

Entah di mana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri. Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang waanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.


Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia. Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga yang mencarik kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.


Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan murninya cinta yang dipermodalkan. selama mana cinta dapat dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.


Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya bererti meniti di atas bahagia.


Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua kelihatan tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita yang murni.


Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia.


Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta telah membuatakan manusia bangkit membina kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan untuk membina kesusahan.


Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.
Begitulah seharusnya cinta………..

....And Nothing Matter More Than Her....







Ps : You become whatever she needs you to be... she said go away! I become Invisibleman :)

Contoh Sifat-Sifat Isteri Solehah


1. Mentaati perintah Allah S.W.T dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah S.W.T                   

2.  Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang  lembut-lembut,tidak meninggikan suara..


3.  Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata-kata dan memberi respond yg  ikhlas..


4.  Hendaklah sentiasa menyerah diri kepada suami apabila diperlukan. Rela dan  bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya..





5.  Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan bersolek (dalam  rumah)..


6.Tidak  berhias berlebih2 dan tidak memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami  di rumah..


7.  Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan  suami..


8.  Tidak berlaku curang atau mengkhianati suami apabila ketiadaanya di  rumah..


9.  Hendaklah sentiasa menghormati Ibu Bapa kandung suami (mertua), Adik  beradik,sanak saudara dan kawan-kawan suami..


10.  Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami,tidak mengutuk di belakang  suami..


11.  Membantu suami menguruskan hal rumah tangga,dan memdidik anak-anak mengikut  syariat Islam..


12.  Tidak melakukan puasa sunat/ganti tanpa keizinan suami..


13.  Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami, menjaga maruah diri, suami dan  keluarga. Menjaga aurat, tutur kata dan tingkah laku yg baik..


14.  Tidak membenarkan lelaki bukan mahram masuk ke dalam rumah jika suami tiada  dirumah melainkan dengan izin suami dan ditemani anak atau saudara  mahram.. 



Ps : Jangan jadi bangang, kau para lelaki kalau nak dapatkan isteri solehah, kau pun kena jadi lelaki yang soleh, kalau perangai kau macam setan dapat isteri pun lebih kurang setan juga huhuhu... aku suka yang no.4 tu. Rasulullah pun ada pesan, kalau suami ajak bersetubuh diatas belakang unta sekali pun, isteri kena turuti. Tapi zaman sekarang orang tidak naik unta lagi, orang nak kereta. Tapi itu perumpamaan yang nabi bagitau, walau apa situasi apa pun kena ikut. Bukan seks yang menjadi isu tapi kepatuhan dan hormati pada suami.

Muka Kesian

Muka Kesian


Pernah tak kita lihat seseorang dan air muka dia tu kesian. Kita kesian bila melihatnya. Aku rasa kesian kat seseorang yang ada air muka kesian. Tak tau apa yang dia rasa macam mana. Mungkin dia okey,okey sahaja, kita je yang rasa kesian. Kuatkan semangat jangan rasa kesian sangat. Bila rasa kesian, rasa bersalah dan berdosa pula kalau-kalau tak dapat menghilangkan air muka kesian seseorang tu. Mungkin natural air muka dia begitu.


Jika dia pun tak rasa kesian pada dirinya. Buat apa membazir perasaan kesian padanya. Kesian atau ejaan sebenarnya kasihan berasal dari perkataan kasih. Kasih seerti dengan cinta. Arrggg...rupanya dalam hati aku ada cinta sesama manusia. Perasaan kesian tu, perasaan positif juga. Biarlah ada perasaan kesian ini bercambah dalam hati agar aku sesekali tidak meninggi diri.


Kesian pada makcik tua yang nampak kesunyian. Kesian pada pekerja bangla yang penat dan kepanasan. Kesian kepada pekerja kilang yang bekerja shift 12jam. Kesian pada bekas buah hati. Jika dia membawa tulisan ini. Kesian pada adik perempuan aku yang baru putus cinta, pakwenya kahwin gadis lain. Kesian pada ayah aku yang dilanggar kereta yang dipandu budak perempuan baru belajar ketika pulang solat jumaat 3 hari lepas. Ayah tidak cedera teruk, sedikit luka dan kepala berjahit.


ps: Kesian pada diri sendiri adalah lebih baik dari kesian pada orang yang menyakiti hati kita.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Siapa johari Pain?

Malam sebelum kemenangan Pandalela dalam acara terjun 10m di sukan Olimpik tak sewenang-wenang seorang pemilik akaun yang bernama Johari Pain telah post satu status diwall Facebooknya berbunyi :
"Gua berani kerat kote laa klau pandalela menang pingat mlam ni nih.." yang maksud dalam Bahasa Melayu bakunya ialah "Saya berani memotong zakar saya kalau Pandalela menang pingat pada malam ini"




Malangnya, malang bagi Johari Pain, bertuah pada Pandalela dan Rakyat Malaysia, Pandalela berjaya memenangi pingat gangsa. Maka, Johari Pain yang mencabar untuk mengerat zakarnya terpaksa menunaikan janjinya. "Janji Dikerati' untuk mengerat alat sulitnya.

Ramai orang marah dengan kenyataan yang dibuat Johari Pain yang seakan-akan memperlecehkan kemampuan atlet Malaysia. Berikutan dengan itu Johari Pain menjadi trending di laman tweeter dengan hashtag #janji dikerati. Fanpage dijuga diwujudkan bagi menuntut Johari Pain menunaikan Janjinya antaranya seperti senarai dibawah.

Johari pain Cpat Kerat Kote Pandalela bawa Blik Pingat.
Kami nak Johari PAIN tunai janji
Kami Tuntut Johari Pain Tunai Janji.
Kami semua nak johari pain potong anu
Kami Anti Johari Pain Kerana Menghina Atlet Malaysia

Khabarnya akaun Facebook johari Pain sudah tidak aktif. Rasanya tidak tahan dengan tekanan yang diberikan. Sebab mulut, kote binasa. Lain kali kena berhati-hati bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, lebih-lebih lagi pada sesuatu yang penting dan menjadi tumpuan ramai.


Kesian pada Johari Pain, mungkin niatnya sekadar hendak bergurau tapi gurauannya tidak kena tempat dan masa. Atau mungkin juga akaun Johari Pain ini sengaja dibuat oleh seseorang, statusnya juga ditulis oleh seseorang dengan niat tertentu. Manusia ada berbagai kerenah dan cara yang bermacam untuk mendapat perhatiaan.

Buat satu akaun palsu, tulis benda merapu. Sebarkan dan beritahu konon-konon ada seseorang ini membuat sesuatu, jadi perhatian ramai, dapat berbagai komen. Dan BOOOOOMMMM!!!!!! matlamat tercapai.. Apa yang dia untung? takde kot, tapi apa yang dia nak kira tercapailah. Membuat satu trending di Facebook dan Tweeter.

Kita sebagai manusia yang diberi akal tidak perlu cepat percaya dengan sesuatu perkara. Ada betul ada yang tidak, dunia tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari ni, dengan mudah kita dapat bermacam-macam maklumat yang tidak ada kesahihannya. Buka minda untuk meneliti setiap butir perkara.



Cara Membuat Kuih Raya Dan Resepinya

Maaf entry ini aku buat dikala lapar dan mengantuk memang nampak nonsense. Anda tak perlulah baca, aku buat untuk bereksperimen dengan SEO. Cara-cara meningkat SEO. Jadi terpacullah ayat-ayat keyword yang mungkin dicari orang sementara nak raya ni. Yang betul cuma. Nama 100 kuih tradisional tu.
Cara membuat kuih raya 2012, apakah cara membuat kuih raya 2012? bahan-bahan untuk kuih raya ialah tepung. Kuih raya yang terkenal dan kuih raya yang famous atau femes. Kuih raya yang sedap. Resepi kuih raya yang terbaru. Ya, aku teringatkan kuih yang susah nak jumpa kat Malaysia ni, mak aku selalu buat dulu.

Kuih tu dibuat dengan ubi badak, kalau luar dari Kelantan aku tak tahu ubi tu dipanggil apa. Mungkin ubi badak juga, kejap nak google...... yup dah jumpa kat Blog ini KLIK ada banyak lagi blog. Tapi aku pilih blog dia je, random pilih. aku tengok dah terliur dah. Bukan dipanggil kuih. dipanggil koleh Ubi badak rupanya. Aku perati mak aku buat. Ubi tu dia rebus sampai empuk dan jadi macam bubur.

Bila masak, bubur tadi, ubi tu laa, dituang dalam talam yang besar. Talam kat umah aku hampir semeter kot diameternya. Talam yang berwarna putih ada bunga-bunga tu. Tunggu sejuk dia kan keras macam Asura. Kalau rasa nak makan je, masuk kedapur, potong. Ambil seketul. Makan sambil jalan-jalan lalalalala... oooooo best dan lazatnya ketika itu.

Tapi sekarang, sejak mak aku tak berapa sihat, sejak sepuluh atau lebih rasanya. Benih ubi mak aku tu dah pupus. Dah tiada baka. Ubi yang dibuat koleh tu, mak aku tanam sendiri bukan beli. Bila tiada benih, tiada pokok. Maka tiada ubi, tiada koleh. Alamak ofis dah tutup...huhuhuhuh... byeee

ini antara senarai kuih raya.

1 Resepi Bepang Bijan
2 Resepi Bepang Kacang
3 Resepi Bepang Pulut
4 Resepi Biskut Almond London
5 Resepi Biskut Arab
6 Resepi Biskut Arabia Cashew Nut
7 Resepi Biskut Badam
8 Resepi Biskut Badam Karamel
9 Resepi Biskut Bangkit
10 Resepi Biskut Bantal Peluk Saloma
11 Resepi Biskut Bebola Nanas
12 Resepi Biskut Bijan Segitiga
13 Resepi Biskut Biji Poppy
14 Resepi Biskut Bintang Kejora
15 Resepi Biskut Biskut Mama Carie
16 Resepi Biskut Black Beauty
17 Resepi Biskut Blueberry
18 Resepi Biskut Bunga Cina
19 Resepi Biskut Ceri Makarun
20 Resepi Biskut Cip Prizzled
21 Resepi Biskut Coklat Batik
22 Resepi Biskut Coklat Gulung
23 Resepi Biskut Coklat Kacang
24 Resepi Biskut Coklat Pine
25 Resepi Biskut Coklat Urai
26 Resepi Biskut Cornflake Rangup
27 Resepi Biskut Cornflake Raspberi
28 Resepi Biskut Dahlia
29 Resepi Biskut Dam
30 Resepi Biskut Durian
31 Resepi Biskut Gajus
32 Resepi Biskut Gula
33 Resepi Biskut Hazelnut
34 Resepi Biskut Kacang Hijau
35 Resepi Biskut Keju
36 Resepi Biskut Kelapa
37 Resepi Biskut Kismis
38 Resepi Biskut Kopi Pekan
39 Resepi Biskut Madu
40 Resepi Biskut Mawar Mekar
41 Resepi Biskut Mazola
42 Resepi Biskut Mini Coklat Cip
43 Resepi Biskut Mini Peanut Butter
44 Resepi Biskut Oat Coklat
45 Resepi Biskut Oat Vanila
46 Resepi Biskut Oren Bijan Hitam
47 Resepi Biskut Pandan Kelapa
48 Resepi Biskut Pinky Koko Crunch
49 Resepi Biskut Sagun Bakar
50 Resepi Biskut Sakura
51 Resepi Biskut Sampan
52 Resepi Biskut Sarang Semut
53 Resepi Biskut Semperit Bersusu
54 Resepi Biskut Sri Kelapa
55 Resepi Biskut Strawberi
56 Resepi Biskut Suji
57 Resepi Biskut Sweet Heart
58 Resepi Biskut Sweet Jacob
59 Resepi Biskut Tapioca Supreme
60 Resepi Biskut Telur Rebus
61 Resepi Biskut Tembikai
62 Resepi Biskut Truffle Kasih
63 Resepi Biskut Tulip
64 Resepi Buah Rotan
65 Resepi Cakar Ayam
66 Resepi Candy Agar-agar Kering
67 Resepi Candy Jagung
68 Resepi Candy Kelapa
69 Resepi Candy Riben
70 Resepi Coklat Bubble Rice
71 Resepi Dodol
72 Resepi Kacang Botak
73 Resepi Kacang Tumbuk
74 Resepi Kerepek Bawang
75 Resepi Kerepek Pisang Bersira
76 Resepi Keropok Bantal
77 Resepi Kuih Bahulu
78 Resepi Kuih Bahulu Gulung
79 Resepi Kuih Batang Buruk
80 Resepi Kuih Gunting
81 Resepi Kuih Jejari
82 Resepi Kuih Karas
83 Resepi Kuih Pintal
84 Resepi Kuih Popia Mini
85 Resepi Kuih Popia Mini Pedas
86 Resepi Kuih Popia Nestum
87 Resepi Kuih Putu Kacang
88 Resepi Kuih Ros/ Goyang
89 Resepi Kuih Sepit
90 Resepi Kuih Siput
91 Resepi Kuih Tart Kelapa
92 Resepi Kuih Tart Mawar
93 Resepi Kuih Tart Nanas
94 Resepi Kuih Tart Swiss
95 Resepi Kuih Tiram
96 Resepi Muruku Dal
97 Resepi Muruku Tepung Beras
98 Resepi Muruku Tepung Kacang
99 Resepi Opak-opak Pedas
100 Resepi Tempeyek/ Rempeyek

'Jobs' Filem Kisah Steve Jobs

Filem kisah Steve Jobs, iaitu pengasas Syarikat Apple tengah menjalani penggambaran, bakal ditayangkan pada 2013 nanti.

Pelakon yang meembawakan watak Steve Jobs tak lain tak bukan Ashton Kutcher. Latar belakang filem mungkin semasa Steve Jobs bersusah payah membangunkan Syarikat Apple sehingga Iphone dan Ipad menjadi fenomena. Filem ini sesuai untuk sumber inspirasi untuk bangkit dari kegagalan. Semua orang pernah gagal. Bangkit kembali.. Berjaya dan..... mati. Yup...









Apasal Aku Malas Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dengan

bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada

tiang,

... Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah

senang,

negara pun dah aman tidak lagi hidup

berdagang,

takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku

tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak

bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah

senang

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak

kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Main bola aku sanggup sampai

petang,

Beli tiket konsert aku sanggup beratur

panjang

Apa la aku ingat masuk syurga boleh

hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur kita bukannya

panjang

Pagi kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun

sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang

siksa neraka cuba la aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu

panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak

siapa boleh halang

Sembahyang lah Kamu sebelum

Kamu disembahyangkan!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Nilai Pingat Emas Jika Lee Chong Wei Berjaya

Sebutir pingat emas Olimpik 2012 ini

akan mempuyai nilai jutaan ringgit

sekiranya Lee Chong Wei berjaya

merangkulnya esok. Limpahan

ganjaran menanti Chong Wei

sekiranya beliau membawa pingat

berharga itu termasuk wang tunai

RM2 juta dan tambahan RM1 juta

dari kerajaan menerusi skim insentif

Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1

juta lagi dari syarikat perabot

tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.

Malah jongkong emas seberat

12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut

ditawarkan Pengerusi Kelab Raket

Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri

Andrew Kam dan elaun sebanyak

RM5,000 sebulan kepada pemenang

pingat emas Olimpik negara

sepanjang hayatnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Padah Ponteng

BEIJING – Seperti pepatah “buat baik

dibalas baik, buat jahat dibalas

jahat,” begitulah takdir menimpa

seorang pelajar yang cuba ponteng

sekolah.

Gara-gara ingin melarikan diri dari

kelas, De Fang menderita kesakitan

amat sangat selepas bahunya

ditembusi pagar sekolah.

De, 16, dilaporkan melarikan diri dari

kelas dan memanjat pagar

sekolahnya di daerah Suixi di

wilayah Anhui, tengah China.

Bagaimanapun, dia tersilap langkah

dan tergelincir, menyebabkan satu

daripada bilah pagar itu tercucuk

bahu kanannya.

Media tempatan melaporkan, De

menjerit sekuat hati untuk meminta

tolong.

Dia bernasib baik kerana suaranya

segera didengari pelajar lain yang

bertindak pantas menghubungi

pihak sekolah.

Anggota bomba kemudian

dikejarkan ke sekolah untuk

menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba

terpaksa mengangkat tubuh De ke

udara untuk beberapa ketika

sebelum mereka dapat memotong

pagar berkenaan. Dia kemudian

dikejarkan ke hospital tempatan

untuk menjalani pembedahan

kecemasan.

Jurucakap hospital berkata, doktor

memerlukan masa kira-kira sejam

untuk mengeluarkan bilah besi itu

sebelum dapat merawat

kecederaannya. Sementara itu, De

berkata, dia berasa begitu gementar

ketika melompat pagar berkenaan.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan

tapak tangannya basah kerana

berpeluh. “Saya tersalah langkah

dan tergelincir ketika memanjat

pagar,” katanya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lambat, Lewat, Lembab, Lembu....

Orang yang lembab biasanya lewat, bila lewat akan lambat macam lembu siput. Ada perempuan yang kaki lewat ada lelaki yang kaki lambat. Kalau dapat pasangan seperti ini kenalah banyak bersabar.

Mesej.

"Awak kat mana,"?
"5 minit lagi saya sampai",

5 minit kemudian,

"Awak kat mana,"?
"On the Way",

5 minit kemudian.


"Awak kat mana,"?
"On the Way",

Dari tadi on the way, tak payah keluarlah - Majuk. Bergaduh - Putus. Damn! 5 minit penentu segalanya. kata orang masa itu emas. Amat berharga walau pun 5 minit.










Gua Romen Lu, Gua Terluka

Tajuk entry tu jika dipendekkan berbunyi "Romelu Lukaku". Tapi tahukah anda, "Remolu Lukaku" ialah nama seseorang.


Ya, Romelu Lukaku ialah nama seorang pemain bola sepak Kelab Chealsea. Para kaum hawa yang tidak mengikuti perkembangan bola sepak, mungkin tidak tahu. Dia seorang yang ensem, google lah! Romelu Lukaku.


ps: Why so serius? Smile :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Orang-Orang Yang Kantoi Solat Subuh






P/s : Student biasanya seperti ini huhuh.. kan?

Laman Sesawang Paling Lama Dan Terawal Didunia

Blog anda berapa umurnya? Blog ini baru mencecah 8 bulan. Kalau wanita mengandung hampir melahirkan anak. Kalau baby mula pandai merangkak atau bertatih. Kalau rajin berblog dan entry bermutu, boleh kutip duit banyak dari Nuffnang atau punya berjuta follower.

Kebanyakan blogger femes biasanya mula berblog pada tahun 2006 dan sekitarnya, masa tu blogger tidak ramai. Siapa yang ada blog pada masa tu, rajin dan kreatif. Maka blognya akan femes pada hari ini. Kalau seperti blog ini, 5 tahun akan datang pun tiada apa-apa perubahan huhuhu...

Mat Salleh seawal 1995 lagi sudah mula membuat website antara yang terawal ialah website ini. Klik pada gambar untuk ke websitenya. Dan ia wujud sampai sekarang, jangan gelak website tu zaman Pak Kadok lagi huhuhu..



Tafsir al Quran Online

Bagus juga bila ada terjemahan Al Quran secara online ni, dengan bacaan sekali. Sila ke laman web ini surah.my terjemahan didalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Boleh juga memuat turun software terjemahan dilaman web ini. Selamat Beramal :)



Post Dari komen

Sila Baca komen dibawah untuk post terkini, saja mencari kelainan tersendiri :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...