iklan. Jangan klik hahaha...

Kisah Terowong Rahsia Dan Harta Karun di Kelantan

Pak Do dan seorang kawannya suka memburu binatang hutan, sama ada ayam hutan atau pun kijang juga kancil. Hutan tebal yang memang menjadi habitat kepada binatang-binatang ini akan menjadi 'habitat' kepada Pak Do dan rakan-rakannya yang lain.

Tapi ini bukan kisah binatang buruan mereka, ini kisah tentang terowong yang mereka jumpai di dalam hutan ketika berburu binatang. Sewaktu mereka asyik memburu binatang, mereka tersasar jauh ke dalam hutan dan mula sesat.

Ketika sesat inilah mereka menjumpai satu terowong atau gua. Dalam terowong atau gua ini terdapat banyak barangan tinggalan orang, harta karun!. Dikawasan berdekatan terowong itu juga terdapat satu telaga yang amat dalam. Telaga ini dalam kerana di gali diatas bukit. Bukit ini dipanggil Bukit Kwong.

Setelah mereka berjaya keluar, mereka menceritaka tentang penemuan ini kepada orang lain. Cubaan untuk mencari lokasi penemuan tidak sengaja mereka ini gagal ditemui. Ramai yang cuba mencari tetapi gagal. Lokasi yang tepat tidak diketahui. Pak Do dan rakan-rakan juga menemui secara tidak sengaja.

Itu cerita mitos yang penulis dengar dari orang tua ketika kecil. Sekarang pun, di kampung segelintir orang tahu akan cerita ini. Cerita ini mungkin betul dan mungkin rekaan semata-mata jika tidak dibuktikan kesahihannya. Tetapi, tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.

Mungkin ada sesuatu disana yang mungkin kita tidak tahu. Menunggu masa untuk dibongkar. Bukit Kwong sekarang telah dikorek-korek, kerana penemuan bijih besi disana. Rujuk tulisan tentang Penemuan Bijih Besi di Bukit Kwong DISINI. Dan betullah kata orang tua, ada harta karun di Bukit Kwong.

Asal-usul nama Bukit Kwong tidak diketahui, adakah dinamakan sempena Kwong Yik Bank yang ditubuhkan pada tahun 1913 di Tanah Melayu. Bila Jepun datang menyerang harta-harta Kwong Yik Bank disembunyikan di sebuah Bukit yang dinamakan sempena Bank tersebut? itu takulan nakal dan tidak berasas penulis sahaja :)

Sekarang di Kelantan kecoh dengan penemuan satu terowong di Palekbang. Seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja dikawasa sekitar telah menemui terowong ini. Belum lagi pakar-pakar memasuki terowong ini, belum diukur dengan alatan canggih, sudah terdengar desas-desus mengatakan terowong ini panjangnya menjangkau 100km.




Terowong yang dijumpai di Palekbang,Kelantan



Terowong dibina atas beberapa sebab, antaranya sebagai tempat lalui rahsia, tempat tinggal rahsia, tempatan simpanan rahsia. Orang yang tidak mempunyai kuasalah yang membina terowong ini. Kalau sudah berkuasa dan ditakuti, buat apa hendak sembunyi-sembunyi lagi.

Kalau pun betul terowong di Palekbang wujud seperti yang didakwa, ia mungkin laluan rahsia sekumpulan manusia. Persoalannnya kumpulan manusia yang mana? dan untuk apa terowong itu diwujudkan? orang yang berkuasa dan tidak ditakuti tidak akan membuat terowong rahsia ini. Hanya golongan yang tidak berkuasa sahaja yang membuatnya.

Jika tentera Jepun yang membuatnya untuk apa? untuk menyeludup senjata dan jalan memasuki Malaya? terowong yang didakwa sejauh 100km itu sahaja memakan masa pihak Jepun untuk menggalinya. Mudah sahaja angkat senjata dan menyeberangi sempadan Thailand dan Malaysia.

Walau pun begitu, terowong itu tetap misteri dan menunggu masa untuk dikaji, mungkin ada rahsia tersembunyi yang kita tidak ketahui. Tunggu pihak berkuasa dan pakar akeologi membongkarnya.

di Vietnam terowong dibina untuk menentang askar-askar Amerika. Amerika kalah sebab terowong ini. Pintu-pintu masuknya sangat sukar dikesan. Sehinggakan askar Amerika ini mendirikan khemah-khemah diatas terowong yang dibina oleh askar vietnam. Sekarang terowong yang ini boleh dilawati dan dimasuki oleh pelancong.


Ini salah satu lubang atau pintu masuk ke terowong di Vietnam. Lubang yang kecil sukar dikesan, kalau dikesan sekali pun, askar Amerika yang berbadan besar tidak muat dan sukar untuk memasukinya. Untuk gambar dan cerita yang lebih amazingggggggg sila klik DISINI






Di Tanah Arab pula, terowong dibina untuk menyeludup dan sebagai alternatif pengangkutan. Sekatan yang dikenakan oleh Israel kepada penduduk Gaza.

Ini cerita terowong di Gaza.

TEROWONG harapan. Mungkin itu ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan kepentingan ribuan terowong bawah tanah di kawasan bersempadanan Gaza dan Mesir yang dibina penduduk Palestin di wilayah bergolak itu bagi menyeludup masuk pelbagai barangan keperluan, termasuk bantuan kemanusiaan.

Jika tidak kerana kewujudan terowong sulit bawah tanah itu, mungkin nasib 1.5 juta penduduk Gaza bertambah sukar kerana mereka bukan saja terjejas teruk akibat serangan berdarah 22 hari rejim Zionis pada Disember 2008 dan Januari 2009, malah turut dikenakan sekatan yang tidak munasabah oleh Israel.
Di wilayah yang 75 peratus penduduknya tiada pekerjaan, terowong penyambung nyawa rakyat Palestin di Gaza itu sebenarnya memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan lelaki, termasuk remaja yang memerah keringat 24 jam sambil berdepan bahaya.



Salah satu terowong yang menghubungkan Gaza dan Mesir




Mereka ini berkhidmat dengan nyawa sebagai taruhan kerana silap hari bulan, terowong tempat mencari sesuap nasi bukan saja untuk diri sendiri, malah penduduk Gaza keseluruhannya, boleh bertukar menjadi terowong maut jika diserang tentera Israel sekiranya mendapat tahu kewujudannya.

Israel menguatkuasakan sekatan serta melarang pelbagai barangan, khususnya bahan binaan seperti simen dan besi daripada dibawa masuk ke Gaza sejak tiga tahun lalu apabila Hamas mengambil alih kuasa pentadbiran wilayah berkenaan.

Pelaksanaan dasar sekatan yang mendapat kerjasama Mesir itu dibuat dengan alasan bahan seperti besi dan simen boleh digunakan pejuang Hamas untuk membuat senjata. Namun, hakikatnya ia menyukarkan Gaza untuk dibangunkan semula selepas mengalami kemusnahan teruk akibat bedilan Zionis.

Hakikatnya, barangan keperluan asas, makanan dan perubatan sebenarnya juga sukar dibawa masuk ke Gaza melalui pintu sempadan sedangkan keutamaan warganya di pasca peperangan ketika ini ialah mendapatkan keperluan asas, termasuk kelengkapan dan bantuan pendidikan.
Justeru, terowong bawah tanah inilah yang berfungsi membawa masuk keperluan penduduk, walaupun ada dakwaan mengatakan pejuang Hamas turut mempunyai terowong rahsia sendiri untuk menyeludup senjata.

Dalam kunjungan ke Gaza baru-baru ini, penulis berpeluang dibawa menyaksikan sendiri operasi memunggah dan menyeludup barangan keperluan, termasuk bahan binaan di sebuah lokasi rahsia di Rafah yang bersempadanan Mesir.

Dari luar, kawasan itu kelihatan seperti tempat perlombongan pasir, tetapi sebaik memasukinya, terlalu banyak timbunan pasir dapat dilihat di sekelilingnya sebelum mata bertumpu ke arah puluhan kanvas yang menutupi setiap terowong sulit berkenaan.

Penulis dibawa melihat dua jenis terowong. Yang pertama berbentuk seperti perigi buta dengan kedalaman sehingga 30 meter dan mempunyai laluan bawah tanah sejauh antara 300 meter hingga hampir satu kilometer menghubungkan Gaza dan Mesir.

Terowong jenis ini digunakan bagi membawa masuk keperluan asas seperti makanan, tepung, minuman dan bahan binaan. Tidak kecuali produk elektronik termasuk telefon bimbit, laptop sehinggalah pakaian berjenama dibawa masuk menerusi laluan tikus itu.

Maka, tidak hairanlah pelbagai produk terbaru di pasaran dunia boleh didapati di merata kedai di bandar Gaza. Tetapi, hanya mereka yang mampu saja boleh memilikinya, manakala yang kurang berkemampuan tetap mengharapkan bantuan masyarakat dunia.

Terowong jenis ini dilengkapi tangga besi dan kren untuk membawa naik barangan ke atas dengan pada setiap masa lebih 20 pekerja kebanyakannya anak muda sibuk memunggah dan mengangkut pelbagai barang sebelum disusun di atas lori dan treler yang menunggu.

Kebanyakan pekerja terowong berkenaan kelihatan agak bengis. Malah, penulis dan jurugambar tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar pekerja terowong atas faktor keselamatan kerana tidak mahu identiti mereka yang kebanyakannya tinggal di kawasan berhampiran terdedah.

Seorang pekerja terowong berusia lingkungan awal 20-an berkata, terowong berkenaan beroperasi 24 jam dan segala pergerakan dalam kawasan itu perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelak kewujudannya dikesan tentera Israel.

Dia yang sudah empat tahun bekerja di beberapa terowong di kawasan itu berkata, sepanjang 22 hari serangan tentera Israel 18 bulan lalu, beratus-ratus terowong dibedil dan operasi di kawasan itu terpaksa dihentikan.

Bagaimanapun, ada beribu-ribu terowong menghubungkan kawasan ini dengan Mesir dan mustahil semuanya dapat dimusnahkan, katanya.

Laporan berita tempatan baru-baru ini menyebut, pihak berkuasa Mesir sudah memusnahkan kira-kira 400 terowong sulit bawah tanah di sekitar Rafah sejak awal tahun ini.

Malah, beberapa hari selepas kepulangan penulis dan anggota rombongan ke tanah air, agensi berita antarabangsa mendedahkan, tentera Israel memusnahkan beberapa lagi terowong berkenaan.

Sepanjang serangan 22 hari ke atas Gaza 18 bulan lalu, tentera Israel melancarkan beratus-ratus peluru berpandu di sepanjang 14 kilometer sempadan antara Gaza dan Mesir, mengebom anggaran 300 hingga 500 terowong yang melintasi bahagian bawah tanah kedua-dua negara.

Namun, di sebalik kemusnahan itu, ratusan terowong sama ada digali semula atau dibina kerana walaupun beroperasi secara haram, hakikatnya ia sangat penting bukan saja sebagai peluang pekerjaan, malah bagi menyalurkan keperluan asas penduduk.

Ketika ini, pihak berkuasa Mesir dilaporkan sedang memasukkan hadangan bawah tanah di sepanjang sempadan dalam kawasan negara itu bagi menghalang pembinaan lebih banyak terowong menghubung kedua-dua negara.

Sekatan yang dikenakan Israel bagi menghalang kemasukan bahan binaan juga menyaksikan ada penduduk yang miskin, terpaksa mencari sisa runtuhan bangunan dan besi buruk untuk dikitar semula bagi membina dan membaik pulih kediaman yang musnah teruk dibedil tentera Israel.

Sebuah lagi terowong yang sempat penulis lawati dalam kunjungan empat hari ke Gaza minggu lalu itu ialah terowong berbentuk mendatar yang terletak kira-kira 10 meter dari bawah permukaan tanah.

Terowong jenis ini dipasak dengan kayu di kiri dan kanan serta bahagian atasnya bagi memastikannya kukuh dan mengelak berlakunya runtuhan.

Selebar kira-kira satu meter, terowong jenis ini digunakan khas untuk membawa masuk kereta dan motosikal. Tetapi kereta agak besar saiznya tidak cukup muat untuk dibawa masuk.

Penulis yang masuk beberapa meter ke dalam terowong itu perlu berjalan secara berhati-hati bagi mengelak terkena kejutan elektrik berikutan banyak kabel berkuasa tinggi pada dinding di kiri dan kanan terowong.

Kewujudan terowong seperti inilah membolehkan pelbagai model kenderaan dapat dilihat di atas jalan raya di bandar Gaza, termasuk model keluaran 2009 dan 2010. Namun, sekali lagi hanya yang berkemampuan mampu memilikinya.

Selain kereta model lama yang kadangkala sudah tidak lagi digunakan di Malaysia, mereka yang kurang mampu pula masih menggunakan perkhidmatan kereta kuda, keldai dan unta sebagai pengangkutan dan untuk mengangkut barangan, terutama hasil pertanian.

The Road To KLIA

Sekarang masih di lebuh raya ke KLIA. Ada seminar kena hadiri.
Bulan ini, bulan bergerak ke sana sini. Urusan peribadi, urusan Reunion dan urusan kerja.
Hujan sepanjang jalan. Ada kawan dari Sabah. Mengajar disana. Ajak jumpa. Guna transport majikan. Tiada sempat untuk berjumpa dengan dia yang bercuti di Bukit Bintang.
Kami berlima naik Toyota Innova. Agak selesa untuk trip jauh. Seminarnya pada esok pagi.

Penyakit Darah Tinggi

Apa itu penyakit darah tinggi? Darah tinggi atau pun Hypertension adalah sejenis penyakit kronik. Kronik di sini kebanyakannya di fahami sebagai teruk. Itu adalah satu kesilapan. Kronik di sini bermaksud jangka masa yang lama iaitu penyakit darah tinggi tidak sama dengan penyakit demam selsema, sakit kepala iaitu ia dihidapi oleh seseorang dalam jangka masa yang lama.....atau spesifik untuk penyakit darah tinggi,ia di hidapi oleh seseorang sampai bila-bila.



Ya, betul. Bila dah start ubat darah tinggi, ubat mestilah di makan oleh pesakit itu sampai bila-bila. Ini adalah sebab penyakit ini adalah penyakit KRONIK iaitu penyakit yang tak sembuh cuma boleh diKAWAL dengan pemakanan ubat. Pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi perlu mengambil ubat setiap hari untuk mengawal kadar tekanan darahnya. Sekiranya kadar tekanan darah tidak terklawal iaitu sentiasa tinggi,ini akan mengakibatkan KOMPLIKASI berlaku pada penghidap darah tinggi.
Komplikasi yang biasa pada pesakit darah tinggi adalah penyakit jantung. Bayangkan tekanan darah yang sentiasa tinggi di dalam badan. Ini akan mengakibatkan jantung letih @exausted kerana bekerja terlalu kuat. jantung adalah seperti mana bahagian badan yang lain,merupakan otot-otot. Bila otot-otot jantung bekerja kuat, pembengkakan jantung (hypertrophi) berlaku.




Bayangkan jantung yang besar, yang mana ia sendiri juga memerlukan bekalan darah untuk berfungsi. Kegagalan penyampaian darah kebahagian tertentu jantung menyebabkan berlakunya ischaemia iaitu kematian sel2 jantung yang tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Gejala biasanya kesakitan bahagian tengah atau kiri dada yang teruk disertai dengan berpeluh, loya atau muntah , kesakitan yang menjalar ke tangan kiri, bhgn dagu dan sesak nafas.



Oleh itu, untuk mengelakkan berlaku nya pembengkakan jantung, tekanan darah perlulah di kawal soptimal mungkin dengan pengambilan ubat darah tinggi. Tiada pilihan lain lagi. Senaman, kuarangkan pengambilan garam, kurang kan makan berkalori tinggi membantu tetapi paling penting adalah pengambilan ubat.



Selain daripada komplikasi kepada jantung, Tekan darah tinggi yang tak terkawal juga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang. Jadi, kegagalan buah pinggang bukan di sebabkan oleh ubat yang di ambil tetapi di sebabkan oleh tekan darah tinggi yang tak terkawal. Kenaikkan tekanan darah yang tinngi secara melampau juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba.


Oleh itu, pengambilan ubat darah tinggi adalah pokok kepada rawatan penyakit darah tinggi. Sekiranya belum bersedia untuk mengambil ubat, lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Sekiranya tekanan darah tinggi, lakukan secara lebih kerap. Jangan terlalu yakin darah telah kembali normal tanpa pemeriksaan tekanan jantung.



Gejala seperti sakit kepala, pening untuk pesakit darah tinggi adalah jarang berlaku. Sekiranya berlaku, kemungkina tekan darah terlalu tinggi mungkin pada tahap yang boleh menyebabkan berlaku nya angin ahmar @stroke..

Pejamkan Matamu, Rasakan Aku Disini

Aku tak kemana-mana,

Tetap saja disini,

Aku tak pernah pergi jauh,

Cari aku disini,

Ps: Lambatnya abang aku balik, masak dah siap pukul6 lagi. Lauknya sudah sejuk. Dan perut aku mula lapar.

Tambun Aku Datang

Tambun aku datang, bunyi tajuk macam filem Melayu Istanbul Aku Datang je. Filem ni dibintangi Lisasurihani dan Tomok. Namun, ini bukan hendak cerita berkenaan filem Melayu itu. Penulis tidak berapa gemar menonton filem Melayu. Hendak tengok di Panggung Wayang dengan bayaran tiket RM10. itu jauh sekali. Lain orang, lain citarasanya.

Sempena musim cuti sekolah, dan Tahun Melawat Perak 2012. Bila musim cuti sekolah, kesempatan ini diambil orang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Sekarang, tarikh yang cantik tidak lagi penting. Yang penting, tarikh tu orang ramai dapat hadir ke majlis perkahwinan kita. Kalau tarikh cantik tahun ini mungkin 12.12.12. Tapi, tarikh ini juga, jika di Pantai Timur di Kelantan atau Terengganu adalah musim hujan. 24 jam hujan akan turun mencurah. Musim banjir, jalan akan dinaiki air. Rumah akan ditenggelami air.

Hujung minggu lepas, sabtu dan ahad yang lalu. Ada rakan kepada rakan yang kahwin di Taiping, Perak. alang-alang ke Perak dan sempena Tahun Melawat Perak. Penulis berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di Perak. Perak menyajikan banyak tempat-tempat yang menarik sekitar Negerinya.

Oleh kerana kesuntukkan masa, hanya beberapa tempat sahaja yang penulis sempat singgah antaranya Taman Tema The Lost World Of Tambun dan Bukit Merah Laketown Resort. Tempat ini memang sesuai untuk percutian keluarga. Keduanya lebih kepada Taman Tema Air.


Ini di Bukit Merah Lake Town Resort.  



Di Pintu Gerbang Masuk




Ini Mak Datin, kawan dialah yang kahwin, giliran Mak Datin dan penulis, insyaAllah tahun depan hehehe... minta tolong doa juga ye :)


Perjalanan dari bandar Taiping lebih kurang 1 jam, itu pun jika tidak banyak makan buah langsat (sesat).



Kawasan meletak kereta di Lake Town Resort. FOC




Jeti untuk ke Pulau Orang Utan



Mak Datin sibuk memilih menu makanan, err tengah tengok pamplet tempat menarik di sini



Pintu masuk ke Lake Town Water. Bayar, masuk, dan main air sampai puas.



Nak main pancing itik dan dapat patung pun ada.



Ini Skylift, bayaran naik untuk satu pusingan RM7 seorang, ketinggian lebih kurang 20meter. Pusingan pertama rasa macam tak yakin dengan benda ni. Gayat, dan rasa tak kukuh dan nak jatuh. Pusingan pertama, kita boleh berhenti dekat satu point. Jalan-jalan, dan naik balik. Boleh tengok orang mandi manda kat bawah.








Ini point tempat berhenti selepas naik skylift, apa nama ntah tempat ni. Ada ular sawa besar, boleh ambil gambar. RM10 untuk bergambar. Kalau percuma pun, penulis idak mahu, geliiiiiiiii....








Puas menjelajah kami ke destinasi ke dua, The Lost World Of Tambun. Ini pun tema air juga. Tempat ini baru lagi berbanding Lake Town Resort. Tidak sempat untuk jelajah. Hari sudah petang. Sempat bergambar disekitar pintu masuk sahaja. Lagipun datang pun sekadar untuk survey kawasan sekitar.







Tempat makan pula, kalau singgah di Taiping. Doli Kue Tiow Goreng antara restauran yang terkenal di bandar ini. Tapi, agak panas tiada penghawa dingin, cuma kipas. Sayang, tauke malas nak melabur untuk itu.




Dan singgah beli belah disini, di Taiping Sentral. pasaraya terbesar di Pekan Taiping, ye kot?



Ini antara tempat-tempat menarik di Perak yang boleh dilawati

1. Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung. Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau.

Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.

Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar. Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon.

2. Hutan Paya Bakau Matang

Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.

Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur. Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.

Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.

3. Gua Tempurung

Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi. Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960. Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.

4. Taman Herba Negeri Perak

Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.

Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba. Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.

Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai sememangnya mendamaikan selain dapat menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.

5. Sungai Klah Hot Springs

Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik.

Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan.

6. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort

Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan.

Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.

Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.

7. Zoo Taiping & Night Safari

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri.

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.

Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.

Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.

Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.

8. Ipoh - The Limestone Wonder

Ipoh adalah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur yang cukup unik. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun keindahannya.

Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.

Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, anda pasti terpegun melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang unik selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu.

Di Gua Tambun, sekitar tahun 1959, lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu dijumpai di pinggir Ipoh.

Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong.

Dikelilingi kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan, Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan keunikan.

9. Lumut & Pulau Pangkor

Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang.

Ia juga sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri.

Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.

'Pang Ko' yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota.

Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

10. Kuala Kangsar Bandar Diraja

Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda.

Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama 'Kuala Kurang Sa'.

Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan.

Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan.

Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah pusat menghasilkan Labu Sayong.

Untuk makan, laksa di medan selera Sungai Perak antara destinasi paling popular.




Ketua Pengarah Kesihatan Yang Tidak Berapa Nak Sihat

Seorang duda, seorang lagi isteri orang. Ditangkap berkhalwat yakni berdua-duaan dibilik hotel pada pukul 2 pagi. Jawatan lelaki orang besar-besar, Ketua Pengarah Kesihatan. Duit mesti banyak, rumah mesti besar, kereta mesti besar. Usahkan bini orang, anak dara yang belum merasai zakar pun dia boleh dapat. Tapi dia memilih isteri orang.

Untuk bersangka baik, mungkin mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka cuma, aku pandang kau, kau pandang aku. Dan berborak-borak kosong. Cuma yang salah, dia berduaan dengan bini orang. Pada pukul 2 pagi didalam bilik hotel. Kalau tanya pemuda dan pemudi, apa yang mereka buat. Nescaya ramai yang kata mereka ingin bersetubuh atau sudah melakukan persetubuhan haram.

Ketua Pengarah Kesihatan ini sakit, bukan sakit badan. Tapi sakit jiwa, orang yang melakukan dosa ialah orang yang sakit jiwanya. Jiwanya perlu diubati. Dia mampu kahwin sebab dia ada duit, mengapa perlu pilih bini orang untuk melakukan persetubuhan?

Bini orang ini pula, mengapa curang? mengapa curang ketika masih berstatus isteri orang? Keduanya sakit dan perlu diubati.

Itu kisah orang atasan berpelajaran dan berpangkat. Kisah yang muda-mudi yang tidak mampu kahwin lagi ramai. Bila berkapel, berjumpa, rindu. Akan naik nafsu, bila naik nafsu akan mula nak bersetubuh. Bila bersetubuh, pancut didalam. Mula mengandung, bila mengandung akan malu. Bila malu dan nak elak malu akan buang anak.

Berita hari ini selain Ketua Pengarah Kesihatan kena tangkap khalwat ada juga berita seorang wanita mengepam bayi yang baru dilahirkan ke lubang tandas. Itu cukup tragis! ini kerana berlaku persetubuhan haram. Bila zakar disorong tarik kedalam lubang faraj. Zakar akan memancutkan mani. Bila mani terpancut kedalam faraj. Wanita akan mengandung. Bila mengandung, akan melahirkan anak dan berlaku buang bayi dan bunuh bayi.

Jadi bagaimana untuk elak dari pembuangan bayi? elakkan mani terpancut ke dalam faraj wanita, elakkan berlaku sorong tarik zakar dalam lubang faraj/vagina wanita. Elakkan zakar mengeras dan elakkan faraj berair akibat bernafsu. Jika ini berlaku, maka persetubuhan akan berlaku. Bagaimana untuk elakkan pasangan kapel yang bercinta stim? elakkan berkapel.

Boleh ke elakkan berkapel pada zaman ini? satu misi yang mustahil jika ada satu pertubuhan Islam yang berniat murni untuk menghalang lelaki dan perempuan berkapel pada zaman ini. Satu misi yang cukup, cukup mustahil. Jika tidak berkapel, maka tiada nafsu dan stim sesama pasangan, bila tiada nafsu dan stim antara lelaki dan perempuan maka tiada persetubuhan haram. Tiada persetubuhan haram maka tiada kes buang bayi.

Ada pengakuan dari seorang pemuda : " Saya ada seorang awek yang cantik dan bertubuh mugil, setiap kali keluar dating, saya selalu rasa stim. Perasaan hendak peluk dan meramas-ramas tubuhnya membuak-buak. Zakar saya akan keras seperti tidak tertahan lagi. Terasa ingin menyuruh dia memegang batang zakar dan menggosok-gosok sampai terpancut dan puas. Terasa ingin menyuruh awek saya mengulum batang zakar ini dengan mulutnya, sampai terpancut dan puas. Tapi, akhirnya saya balik ke rumah dan melepaskan tekanan nafsu dan keinginan dengan melancap dan beronani. Saya masih memikirkan dosa pahala, baik buruk kalau melakukan zina".

Mungkin tidak semua seperti pemuda ini, ramai pemuda diluar sana rasanya kuat untuk melawan nafsu dan keinginan masing-masing. Namun ramai juga yang tewas, pemuda yang tewas ini, akan memujuk rayu pasangan untuk 'ringan-ringan' dan melepaskan tekanan. Mula-mula, pegang-pegang, gosok-gosok. Bila keduanya tidak tertahan, dan perempuannya stim si pemuda akan memulakan langkahnya. Persetubuhan berlaku, pancut, mengandung, buang anak!

Tidak siapa dapat menghalang kejadian ini. Polis, Jabatan Agama, Ajk Flat, Ketua Kampung, Iman Masjid. Tidak ada siapa yang mampu menghalang kejadian ini. Melainkan iman di dada pemuda dan pemudi yang berkapel tadi. Mereka sahaja yang dapat menghalang kejadian itu berlaku.





Sewaktu anak-anak kecil, tanamkan budaya kapel ini adalah salah dan tidak elok. Biar budaya ini tidak menjadi ikutan mereka. Budayakan Islam dalam diri mereka. Tanamkan iman dalam diri mereka sejak kecil. Itu yang ibu bapa termampu, diluar sana cabaran menanti.

Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan umat nabi Adam hingga hari kiamat. Senjata kita ialah iman dan takwa. Sila jangan buang bayi lagi, sila jangan pancutkan mani dalam faraj yang bukan isteri yang sah. Sila jangan buka kangkang selain untuk suami. Sila kuatkan iman dan takwa wahai pemuda dan gadis-gadis.

Semua orang boleh tewas tidak kira berpangkat atau tidak, tidak kira berpelajaran atau tidak, miskin atau kaya. Semua orang akan tewas jika tidak kuat melawan.

PENTOGO

Pentogo sebuah movie kisah cinta yang aku suka. Kekadang buat aku benci. Tapi yang benci itulah buat aku rindu.

Pentogo sebuah filem bajet rendah. Sebuah filem second hand. Ada terjual di Mudah.my. Filem dari seberang. Filem diangkut dari seberang. Ada kesan kotoran minyak dijilbab ketika mengangkut.

Idea filem Pentogo terhasil bila idea pertama dicuri. Filem pertama yang ideanya dicuri ketika bulan Ramadhan tahun 2009. Untuk mendapat idea, pengarah telah berjalan kaki dari Taman Utara ke Pusat Sains setiap hari.

Tidak berapa lama selepas itu. Idea Pentogo terhasil. Namun, idea Pentogo dilepaskan pada kawan karib untuk realisasikan pada filem. Peruntukan kewangan yang kurang dan pengarahan yang tidak teliti, menyebabkan naskah Pentogo rosak teruk.

Namun, naskah asal movie ini. Kisah cinta suci. Kisah pasangan muda yang jatuh cinta tanpa disedari. Jatuh cinta ketika diatas kapal laut. Ketika pelayaran menuju ke tanah air. Ketika ini, mereka berutus surat.

Cinta seperti biasa ada pasang surut. Ada halangan yang tidak terjaga. Cinta yang putus kerna salah faham. Cinta yang semacam tidak bertaut kembali.

Penulis tidak menjangka akan ada episod susulan movie Pentogo ini. Lantaran watak kekasih antara keduanya, walau masih ada sisa cinta. Namun dibaluti, benci, ego, salah menyalahkan antara satu sama lain.

Pengarah menamatkan jalan cerita dengan seribu tanda tanya. Tanpa klu dan tanpa petunjuk. Pentogo yang diambil sempena nama kapal yang tempat pertemuan mereka.

Pentogo sebuah kisah cinta seperti kebanyakan pasangan dalam movie "The Ghost Town". Pasangan yang pergi tanpa menyelesaikan urusan antara mereka. The unfinish bisnes.

-7090

Windows 8 Muat Turun Percuma.




Ada cara untuk anda download Windows 8 dengan percuma. Bagaimana? Masuk ke laman MSDN Evaluation Center kemudian muat turun Windows 8 Enterprise Evaluation For Developers dalam format ISO. Versi ini adalah versi percubaan selama 90 hari (3 bulan) jadi selama tempoh itu anda boleh gunakan Windows 8 secara percuma – sah hingga 15 Ogos 2013.

Keburukannya lebih banyak dari kebaikan. Selesai saja 90 hari, jika mahu terus menggunakan Windows 8 secara percuma anda perlu install semula. Hal ini akan berulang apabila tempoh 90 hari berikutnya tamat. Anda tidak akan dapat simpan fail-fail peribadi dengan lama lebih dari 3 bulan kerana terpaksa memindahkannya dulu ke tempat lain kemudian masukkan semua berulang kali selama menjalankan proses install semula.

Keburukan lain, Windows 8 versi penilaian ini tidak boleh di upgrade ke versi penuh apabila tempoh percubaan selama 90 hari itu sudah tamat. Walau percuma tapi ada kekurangannya. Jika ragu-ragu dengan Windows 8 percuma ni, anda beli sahaja Windows 8 versi penuh kerana lebih selesa digunakan untuk jangka masa lama. Tidak memeningkan kepala.



 Windows "Superbar"



Here are a few aspects of the new interface :

• Fast launching of apps from a tile-based Start screen, which replaces the Windows Start menu with a customizable, scalable full-screen view of apps.
• Live tiles with notifications, showing always up-to-date information from your apps.
• Fluid, natural switching between running apps.
• Convenient ability to snap and resize an app to the side of the screen, so you can really multitask using the capabilities of Windows.
• Web-connected and Web-powered apps built using HTML5 and JavaScript that have access to the full power of the PC.
• Fully touch-optimized browsing, with all the power of hardware-accelerated Internet Explorer 10.


Apa lagi? jom tukar :)

Rahsia Murah Rezeki - Ini Bukan Rahsia Lagi

Bagaimana untuk melabur duit dengan berkesan baik dan menguntungkan ?
Apa itu forex ?
Apa itu pelaburan emas ? halal kah pelaburan emas dan forex ?
Bagaimana menggandakan duit ?
Bagaimana untuk lari dari masalah hutang ?
Apa itu kad kredit ? menyusahkan atau menyenangkan hidup ?
Apa itu insuran ? Patutkah mengambil insuran ? insuran apa yang terbaik ?
Bagaimana cara berniaga yang betul ? apa perniagaan yang menguntungkan ?
Mana lebih baik makan gaji atau berniaga ?
Apa risiko berniaga berbanding makan gaji ?
Mengapa gaji tidak pernah cukup ?
Apakah kerja part time yang sesuai bagi yang makan gaji ?
Mengapa setiap orang bergaji besar atau kecil masih boleh hidup ?
Mengapa setiap orang bergaji besar atau kecil belum tentu bahagia ?
Bagaimana ingin kahwin jika duit masih belum cukup ?
Bagaimana ingin menyara isteri dengan gaji yang ciput dan sedikit dengan keadaan sekarang ?
Berapa harga pampers tuala pakai buang sekarang ?
Berapa harga beras 10kg sekarang ?
Berapa harga minyak sekarang ? adakah akan naik lagi ?
Bagaimana ingin membeli kereta ? bagaimana cara mengira interest kereta ?
Bagaimana untuk mengira bulanan pembelian kereta ?
Berapa bulan kereta tidak dibayar insuran sebelum ditarik ?
Bolehkah menikam nombor ekor ? apa hukum mennikam nombor ekor ?
Berdoa tapi rezeki belum datang, mengapa ini berlaku ?
Kerja susah hendak dapat ?
Berapakah harga sebungkus nasi lemak di Kuala Lumpur ?
Berapakah kos sara hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur ?
Berapakah harga Galaxy Note II di pasaran Malaysia ?
Berapakah harga iPhone 5 di Malaysia ?
Bagaimana cara hendak rooted Samsung Galaxy Note II ?
Bagaimana cara hendak jailbreak iPhone 5 ?
Berapakah gaji seorang guru ?
Berapakah gaji pensyarah ?
Berapakah gaji pemegang ijazah ?
Berapa gaji pemegang Master dan PhD ?
Berapakah kos servis kereta 1000 km pertama ?
Apakah broadband terbaik ? Maxis, Celcom atau Digi ?

Semua soalan yang berkaitan dengan duit, pendapatan dan barangan yang memerlukan duit adalah berkait dengan rezeki. Jadi bagaimana untuk murah rezeki ?




Ps : Rupanya didalam al-Quran sudah dinyatakan Rahsia Rezeki.....

Mari Belajar komputer Part 1

Bagaimana cara untuk buat e-mel ?
Bagaimana cara untuk buat Facebook ?
Bagaimana cara untuk buat blog ?
Apa itu HTML ?
Apa itu coding ?
Apa itu hyper-Threading ?
Apa itu Google ?
Apa itu internet ?

Zaman dulu-dulu rasanya buta huruf boleh ditakrifkan tidak pandai membaca walaupun mengenal huruf. Zaman cyber, zaman teknologi, zaman IT atau information technologi ni. Penakrifan buta huruf boleh diberi kepada orang yang tidak tahu langsung hal berkaitan komputer.

Orang yang tidak tahu hal berkaitan komputer ni biasanya tidak minat berkaitan komputer. Kalau tiada minat, bagaimana mahu belajar? seperti seorang peminat komputer yang tahu serba serbi pasal komputer tapi tidak minat hal motorsikal. Bagaimana orang yang minat komputer ini akan tahu berkenaan motorsikal jika tidak minat langsung pasal motor?

Samalah juga dengan peminat motor yang tahu serba serbi tentang motor, bila tiada minat pasal komputer dia akan buta komputer. Langsung tidak tahu... kosong. Soalan diatas adalah soalan yang selalu ditanya oleh golongan ini.

Namun, kelebihan orang yang celik komputer ialah maklumat dihujung jari mereka. Hendak tahu pasal motor, Google sahaja. Apa sahaja boleh di Google. Dalam beberapa saat jawapan ditemui. Sama seperti orang yang pandai membaca dan tidak buta huruf dahulu. Mereka membaca dan mereka berilmu berbanding yang tidak tahu membaca dan buta huruf.

Sekarang orang yang tidak tahu langsung berkenaan komputer adalah golongan yang buta huruf. Darjah satu wajib ada kelas komputer ini, seperti kelas mengenal ABC dulu. Kalau masih ada yang tidak tahu pasal komputer.

Sekarang, orang - kanak-kanak kecil, budak-budak, dan orang dewasa semua sudah tahu pasal komputer. Anak-anak kecil sudah pandai menggerakan mouse walau sekadar bermain games. Kanak-kanak yang tidak tahu ialah kanak-kanak yang tiada minat untuk memegang, melihat dan menyentuh komputer. Atau pun keluarga tidak berkemampuan untuk menyediakan gadjet ini.

Jika masa ini masih ada yang tidak tahu apa itu e-mel. Soalan itu ialah satu soalan yang agak geram untuk menjawabnya. Pernah penulis ditanya soalan begini. Penulis bukan hebat dalam komputer. Tapi, emel itu ialah pengetahuan asas komputer dan internet.

Emel penting untuk membuka Facebook, Yahoo Messenger, dan hal-hal berkaitan internet lain. Orang yang tidak tahu apa itu emel ialah orang yang buta huruf dizaman sekarang.

Jawapan penulis bila orang bertanya begini ialah emel itu seperti telefon bimbit, boleh menghantar mesej, terima mesej, ada inbox, ada outbox, ada draft. Selepas diterangkan emel. Penulis menerangkan apa itu internet.

Apa itu internet ? internet ialah ibarat satu perpustakaan yang besar, yang didalamnya ada bermacam-macam buku. Macam mana ingin masuk pustaka ini ? kena naik bas, bas ini perlu dibayar dan ada yang percuma. Bas ini ialah Broadband Maxis, Digi, Celcom, P1 wimax dan bermacam lagi. Bas yang percuma ialah Wi-fi percuma dikedai-kedai mamak atau di Starbuck.

Sudah sampai pustaka bagaimana mahu masuk ? ada banyak pintu, masuk melalui pintu ini. Pintu-pintu ini ialah Pelayar atau browser. Internet Explorer adalah browser atau pelayar yang asas yang sudah ada dalam komputer. Bila sudah masuk melalui pintu yang bernama Internet Explorer ini kita sudah berada didalam pustaka. Cari apa sahaja yang dimahu. Kita boleh install pintu lain untuk masuk pustaka ini. Pintu lain ini yang terkenal namanya Mozilla firefox, Google Chrome atau Opera.

Apa itu install ? install itu ialah kita memasangnya dikomputer kita. Bagaimana mahu install ?. kita kena download dahulu. Download ini bermaksud kita mengambil sesuatu di pustaka atau internet ini. Bagaimana mahu download? panggggggg... aku bagi dulu sebijik. Pastu baru aku terangkan balik.

Download sesuatu yang kita mahu diinternet itu ialah dengan cara membuka atau masuk ke pustaka melalui Internet Explorer tadi. Internet Explorer logonya huruf e bersilang kuning. Bila sudah masuk, taip apa yang kita mahu diruangan kotak carian. Sudah dapat apa yang kita mahu, klik download.

Bila selesai download, biasanya dia akan terus install. klik install. Kalau tiada pertanyaan untuk install. bermakna fail itu disimpan dimana-mana temapt didalam komputer kita. Kebiasaan kalau menggunakan windows 7, fail ini ada dalam folder download. Cari disitu.

Bila sudah jumpa, klik dan install. keluar apa-apa, baca dahulu dan klik. Biasanya accept atau yes atau continue atau next. Bila sudah siap install. Kalau tidak berjumpa program yangg kita install itu. kita boleh mencarinya dimenu Start. Menu start ini dibawah sekali, dibahagian kiri, hujung bucu.

Klik Start akan keluar satu kotak bertulisan : search program and files : kita taip program atau fail yang kita hendak cari disini. Sudah jumpa, maka berjaya.

Next part :
Apa itu Hardisk ?
Apa itu RAM ?
Apa itu Motherboard ?
Apa itu Prosessor ?
Apa itu Graphic Card ?


Ps : Jangan gelak jika terjumpa orang yang tidak tahu apa itu emel, sila bantu mereka untuk memahami. Artikel ini tidak sesuai bagi mereka yang sudah mempunya blog sendiri. Dengan jayanya anda adalah golongan yang celik IT. Penerangan ini harap berguna bagi golongan Buta Huruf yakni orang yang tidak tahu komputer diluar sana.


The Secret Of The Happiness












Ps : Bitch everywhere, Jantan bangang juga dimana-mana. Cuma perlu berhati-hati.

Macam Yuna


Aku ada anak saudara, tiga orang semuanya. Comel-comel dan manja-manja dan nakal-nakal dengan aku. Aku anak ke empat. Anak saudara memanggil aku Pak Teh. Biasanya dapat jumpa mereka masa cuti panjang sahaja.

Cuti raya selalunya dapat jumpa mereka. Yang kakak, Along berumur 9 tahun, tengah dipanggil Angah 7 tahun, dan adik 5 tahun. Mereka ni menetap di Johor. Ayah mereka merangkap abang aku kerja di Singapura.

Raya yang lepas dapatlah bermain dengan mereka ni. Si Along masa keciknya cukup nakal. Kepala pun dia nak panjat-panjat. bila besar, nakalnya berkurang sedikit. Walaupun semuanya perempuan nakal dan buasnya mengalahkan anak lelaki :)

Selalu yang jadi mangsa permainan mereka ialah laptop dan telefon bimbit aku. Puas bermain games di laptop, berebut pula main game di telefon bimbit. Angry Bird, Fruit Ninja, Unblock Me antara kesukaaan mereka bertiga.

Biasanya si Adik suka melihat kakak-kakaknya bermain. Ada satu game yang buat si kakak sampai termimpi-mimpi, game Zombie Vs Plants. Sampai dia bercakap-cakap Zombie tu dah dekat dan nak serang. Game seperti ini aku tidak galakkan lagi mereka bermain. Boleh pengaruhi minda mereka, jadi takut dan tertekan. Seeloknya biarlah game yang santai dan seronok, tiada tekanan dan enjoy.

Puas bermain games, mereka ambil-ambil gambar pula. Selepas itu ditengok dan gelak ramai-ramai. Dalam tengah melihat gambar yang mereka rakam tu. Mereka terpandang gambar seorang gadis persis Yuna.

"Pok Teh, ini gambar siapa? macam Yuna je"
"Itu memang Yuna, awek Pok Teh"

Mereka macam blur, seakan mahu percaya atau tidak. Ketiga-tiga beradik itu sudah konpius serta keliru. Lalu untuk menambahkan kekeliruan mereka. Aku tunjukkan lain-lain gambar, gambar aku dengan 'Yuna' pun ada. Aku bangga sekejap depan anak-anak buah, ber'awek'kan Yuna.

Hampir mereka nak percaya, salah seorang dari mereka berlari membawa telefon bimbit ke arah ibu mereka.
"Ummi, betul ke awek Pok Teh ni Yuna?"
Sambil tunjuk telefon bimbit. Umminya tidak menjawab hanya senyum tanda tidak betul. Anak-anak sudah faham bahasa ibu mereka.

"Pok Teh tipu, Pok Teh tipu"

Aku gelak je. Mereka pun tidak kenal Yuna, sekadar melihat dikaca televisyen sahaja. Mungkin gaya pemakaian tudung yang membuatkan mereka kata awek aku macam Yuna. Atau mungkin bibirnya seiris, aku rasa ada betulnya.

Yuna - Terukir Dibintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Seorang Perempuan Dan Seekor Monyet




Wanita ini mendedikasikan hidupnya di hutan Afrika untuk memahami dan mendalami koloni Chimpanzi. Mengkaji dan memerhati cara hidup mereka. Lama dia berbuat begitu, sehingga dia diterima oleh kumpulan Chimpanzi liar.

Wanita ini tahu cara kumpulan Chimpanzi ini berkomunikasi, isyarat dan gaya bahasa mereka. Berjuang melindungi habitat dan spesis Chimpanzi dari pemburu haram yang memburu dan membunuh mereka.

Dari seorang pelajar yang muda remaja sehingga tua, hidupnya diabadikan kepada Chimpanzi. Wanita ini namanya Jane Goodall. Rasanya ada movie pernah buat pasal dia ni.

5 Kereta konsep Untuk Masa Depan

ALL-TERRAIN ELECTRIC BEAST





REPTILIAN ROADSTER





MOTO-INSPIRED BEEMER







EQUESTRIAN INSPIRED EV






OPEL EXPERIMENTAL VEHICLE


Mencari Nadia Hijab

Siapa Nadia Hijab. Facebooknya nama Nadia Hijab.




Mengapa? sebab dia menghina orang kelantan.

Betul ke? tidak betul selagi tidak dibuktikan betul.

Mengapa kes ini muncul? Seorang lelaki Kelantan telah komen Wall Nadia Hijab. Dalam  dok berbalas komen ini, Nadia naik angin.

Mengapa Nadia Hijab naik angin? Itu persoalannya?

Mengapa Nadia Hijab naik angin? apa yang dikomen dan dicakap oleh lelaki Kelantan kepada Nadia Hijab.

Lelaki Kelantan ini nama Facebooknya Haru Elie.

Haru Elie, apa yang anda kata kat Nadia sampai dia mengamuk?

Kenapa printscreen separuh je, print tempat Nadia Hijab maki budak Kelantan.

Kenapa Haru Elie tak keluarkan semua perbualan yang berlaku? Takut ke?

Perempuan kena jaga kata tutur, itu melambangkan peribadi anda.

Lelaki pula jangan menyakitkan hati wanita. Jangan jadi bangsat, kau lelaki, kau kena jaga hati wanita yang hatinya mudah tersentuh. Jangan sesekali sakitkn hati wanita.

Ini printsreen yang dibuat Haru Elie dan disebarkan. Motif? akan ada Motifnya? apa motifnya? untuk kedamaian sesama Islam, atau untuk pengajaran kepada Nadia Hijab atau untuk mengatakan orang luar anti Kelantan?

Kamon laaa... orang ada akal boleh menilai.

Anda boleh menilai, sila jangan Bias...



Ps : Kahkahakahkah.. Bila dibuka page Facebook Haru Elie ni. Public untuk tontonan ramai. bukan hidden, semua orang boleh tengok. Status dan komen boleh dibaca.

Kahkahkah... Haru Elie juga seorang peniaga internet, juga printing services. Kahkahakah.. bila buat isu begini. Orang akan buka page Haru Elie. Secara langsung Haru Elie dapat promosi.

Jadi, adakah ini motifnya? perguna isu Kelantan untuk tujuan bisnes. Entah wujud ke tidak Nadia Hijab ni, entah-entah bini atau awek dia yang jual tudung Si Nadia Hijab. Itu pasal tajuk entry ini Mencari Nadia Hijab Strategi beb, strategi. Betul salah, itu belakang kira, janji poket masyukkkkkkkkkkk...

Ini andaian bukannya betul. Entry ini juga untuk melariskan blog ini. Entah-entah blog ni pun bersekongkol juga kahkahakah... macam-macam.

Demi Cinta Sanggup Buat Apa Saja

Ini petikan paper hari ini, jangan jadi bodoh kerana cinta. Cinta ada dimana-mana sahaja. Memang sakit hati kalau terluka, memang susah nak lupakan cinta. Lagi-lagi cinta pertama. Jangan jadi bodoh kerana cinta.

Percayalah satu cinta pergi, berduyun-duyun yang datang, tapi kalau yang berduyun-duyun yang datang tua nak mampos nak buat apa, hahahaha.. ini P.Ramlee kata.




Lelaki bangsat dan perempuan bangang terlalu ramai diluar sana. Kita cuma perlu hati-hati semasa mencari cinta. Cinta perlu juga dicari, ia takkan datang sendiri. Jika datang sendiri masuk dalam kotak, kunci. Letak dalam hutan. Tengok ada tak Tarzan yang tolong buka kotak tu, kalau yang perempuan dalam kotak tu.

Cuma, dalam pencarian cinta ini. Terlalu pelik, semakin dicari ia jadi semakin susah. Biarkan ia datang sendiri tapi hati perlu dibuka untuk itu. Dan kalau gagal, silalah bersedia untuk terluka sekali lagi.

Tapi, jangan jadi bodoh macam berita hari ini. Ini contoh kebodohan dalam bercinta. Sanggup buat apa sahaja.


TAPAH – Gara-gara tidak berpuas hati selepas cintanya ditolak gadis kilang, seorang lelaki bersama empat rakannya bertindak ganas dengan membakar sebuah kereta dan tiga buah motosikal milik ahli keluarga bekas kekasihnya di Highland Park di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, cermin kereta Proton Persona milik bapa gadis berkenaan dipecah sebelum kenderaan itu dicurahkan minyak petrol dan dibakar.
Turut dikhianati tiga buah motosikal milik keluarga bekas kekasihnya itu.
Salah sebuah motosikal tersebut baru dibeli beberapa bulan lalu.
Semasa kejadian, kereta Persona dan tiga buah motosikal tersebut berada di depan rumah teres setingkat milik mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superitendan Abdullah Arshad berkata, suspek pertama berusia 22 tahun yang merupakan bekas kekasih pekerja kilang itu diberkas beberapa jam selepas kejadian.
“Gadis berusia 19 tahun itu pernah berpacaran selama dua tahun dengan suspek utama tetapi hubungan mereka terputus enam bulan lalu.
“Pasangan kekasih itu merupakan sepupu dan perpisahan tersebut turut menyebabkan keluarga masing-masing saling bergaduh,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Mungkir Janji

Hujung minggu yang lalu sedang enak bersantai dirumah. Tiba-tiba ada panggillan masuk.

"Hello, hoi.. kau kat mana?"
"Kat rumah, kenapa?"
"Busy tak?, jom keluar"
"Tak busy pun, jom"
"Ok,pukul enam jumpa kat kedai mamak Khalel"
"Orait"

Aku pun mandi-mandi, solat asar, sempat masak dan makan lagi. Tengok jam sudah pukul 9 malam. Baru aku keluar ke kedai Mamak yang dijanjikan.

Batang hidung kawan aku tiada. Alamak, dia merajuk sudahhh... memang patut dia merajuk. Janji pukul 6 petang, pukul 9 malam baru aku sampai kedai mamak tu. Apa sudah aku buat. Lepas tu dia lama tak kontek aku.

Semalam, dia ada ajak keluar, terus aku kata ok, dan on time. Qada yang mungkir janji dulu. Malam tadi tengok wayang lagi. Wayang cerita Sky Fall - James Bond . Sinopsis Sky Fall James Bond ni, tidak boleh nak diceritakan disini, nanti spoil korang yang belum tengok. Tapi, pihak atasan James Bond mati huhuhuhu... kiranya dua malam berturut-turut aku keluar. Rasa bersalah mungkir janji hujung minggu yang sudah masih terasa. Tak elok buat kawan begitu hahahaha....

Ni gambar malam semalam. Yang pakai baju hitam tu la yang berjanji pukul 6, aku keluar pukul 9 hahaha.. Budak Sarawak. Yang baju putih tu Budak Terengganu. Alhamdulillah, dia bakal tamatkan zaman bujang 17 November 2012 ini. Yang dekat belakang, abang polis tu, takde kena mengena dengan kitorang.



Ps : Kita orang Islam tidak elok dan tidak molek jika tidak menepati janji. Jika berjanji tunaikan. Kalau rasa tidak mampu tunaikan janji, jangan berjanji terus.

Tidak kira berjanji dengan ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, suami isteri dan pasangan kekasih. Ada kekasih berjanji sehidup semati dan kekal selamanya tapi curang. Itu tidak menunaikan janji. Curang bukan bermaksud ada kekasih lain, curang tu kira tidak setia, lari dan sebagainya huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...