iklan. Jangan klik hahaha...

Noted Lagu Yang Sexy Dan Lucah


Sila Tengok Dengan Jarak Jauh

Tengok dari jauh untuk melihat diri anda :)
Imej sama dengan apa yang kita buat hahahaha...


Cinta Seorang Programmer

 
Seandainya hatimu adalah sebuah system

Maka aku akan scan kamu untuk mengetahui port mana yang terbuka sehingga tidak ada keraguan semasa aku c:\> nc -l -o -v -e ke hatimu,tapi aku hanya berani ping di anonymouse proxy, inikah rasanya jatuh cinta sehingga membuatku seperti hacker ke dalam hatimu walau pun aku memang hacker sejati? whatever!

Seandainya hatimu adalah sebuah system,

Ingin rasanya aku manfaatkan vulnerabilitiesmu, menggunakan PHP injection. Terus aku ls -la; find / -perm 777 -type d,sehingga aku tahu jika di hatimu ada folder yang boleh aku tulis atau adakah free space buat aku?. apa aku harus pasang backdor “Remote Connect-Back Shell”jadi aku hanya menunggu sambungan internet kamu connected sahaja, supaya aku tidak merana seperti ini.

Seandainya hatimu adalah sebuah system,

Semasa semua requestku diterima aku akan pastikan terus hatimu tidak terkena bugtraq untuk mengetahui bug terbarumu maka aku akan terus patch dan pacth ,aku akan jaga servicemu jangan sampai crash dan aku akan menjadi firewallmu aku akan pasang portsentry, dan menyeting error pagemu ” The page cannot be found Coz Has Been Owned by Someone get out!” aku janji tidak akan ada ada miscellaneous program atau service yang hidden, karena aku sangat sayang dan mencintaimu.

Seandainya hatimu adalah sebuah system,

Jangan ada yang kata “You dont have permission to access it” untuk aku, kalau mahu ping flood Atau DDos Attack jangan harap!... kerana kamu harus menjadi bidadari untuk menyelamatku

Seandainya hatimu adalah sebuah system,

Tapi sayang hatimu bukanlah sebuah system,

Kamu adalah sang bidadari impianku, yang sebenarnya yang terlebih dahulu mengacau systemku! Kamu telah menghantar trojan horse ke dalam system aku sehingga aku menjadi Helen Keller mode.

Suatu masa nanti aku akan datang dan mengatakan bahawa di hatiku sudah dijangkiti virus yang menghanyutkan, pasti tidak ada antivirus yang dapat memusnahkannya selain kamu

Semalam ialah Yesterday




Dan hari semalam berlalu seperti hari-hari yang lain. Orang kata, hari semalam, hari yang sudah lepas, tidak boleh diundur.

Tapi, hari semalam kerap datang dalam bentuk ingatan. Andai kata, hari esok adalah hari semalam. Apa yang kita hendak ubah?




Perempuan Paling Cantik Ialah...

 
 
"aku cuba berbisik pada hati, wajah cantik itu hanya rupa, hanya kulit yang nipis semata-mata. Disebalik kulit itu ada daging, tulang, isi seperti orang lain. Wajah cantik itu boleh melukakan hati. Namun, wajah yang kurang cantik juga bisa menghiris hati seperti wajah cantik dan wajah yang kurang rupawan.

Rupanya wajah cantik dan wajah yang kurang rupawan sama sahaja, mereka boleh melukakan hati bila-bila masa dan dimana sahaja. Rupanya yang penting hati, hati yang baik sesekali takkan melukakan hati yang lain. Orang kata hati yang baik akan ada cerminan diwajahnya. Makanya, hati yang baik adakah wajahnya cantik. Dan hati yang tidak baik, wajahnya kurang rupawan?

Rupanya ada lagi, selain hati baik yang mencantikkan diri. Ada lagi iman penyeri diri. Iman yang ada dalam hati, mungkin sesekali takkan menyakitkan hati"
 
.
.
.
 

Gopinath Jayaratnam Menghina Islam ?

Siapakah Gopinath Jayaratnam ? Pemuda ini dikatakan memaki agama Islam di Facebook miliknya. Ramai orang sudah share dan menyebarkan berkenaan pemuda india ini di Facebook masing-masing. Ada yang memaki dan mengutuk, ada juga yang memberi nasihat. Ada yang memaafkan dia.





Kalau betul seperti apa yang didakwa yang pemuda ini menulis di wall Facebooknya berunsur provokatif terhadap agama Islam. Siasatan yang adil hendaklah dijalankan oleh pihak berkuasa. Ramai orang yang tidak tahu pangkal hujung akan percaya dengan apa yang diterima, dibaca, dishare diinternet begitu sahaja. Tanpa research yang mendalam, tanpa bukti, tanpa mengkaji kesahihan cerita dari sumber yang dipercayai atau tidak.

Jika benar berlaku seperti yang dikata. Gopinat A/L Jayaratnam mesti meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan beliau. Malah kepada seluruh umat Islam seluruh dunia. Pemuda ini juga mendakwa akaun Facebooknya telah di hack dan kenyataan yang dibuat bukan darinya, Sejauh mana kebenarannya. Pemuda ini juga sudah meminta maaf.

Dan jika dialah yang orang yang bertanggungjwab membuat kenyataan menghina Islam itu. dia sudah dapat pengajaran. Pasti akan datang dia akan lebih berhati-hati, dan jika tidak suka dan benci kepada agama Islam cukuplah dalam hati.

di zaman nabi Muhammad S.A.W dulu, orang yang menghina agama Islam dan menghina baginda sendiri. Baginda tidak membalas dengan kekerasan atau makian. Baginda tunjukkan sifat terpuji dan baik sebagai seorang muslim, tidak membalas melainkan dengan kebaikan. Cara ini, terkesan dihati orang-orang kafir sehingga ada yang memeluk Islam. Kisah-kisah penghinaan orang bukan Islam kepada Islam boleh di google, membaca kitab-kitab atau bertanya kepada alim ulama.

Tapi, bagaimana cara kita? ada yang sanggup membunuh pemuda ini? ada yang memaki seperti bukan orang muslim, seperti tiada iman. Penuh emosi. Mempertahankan agama betul dan tidak salah, tapi ada caranya. Cara yang betul yang diredhai Allah dan seperti nabi Muhammad buat.

Gopinat A/L Jayaratnam ialah pemuda India, orang kafir. Tidak tahu tentang Islam. Memang kena dia benci dan tidak suka Islam kerana dia tidak tahu. Tugas kita sebagai orang Islam memberi pencerahan kepada pemuda ini. Kalau pun tidak dapat menarik dia masuk Islam, cukup dia memahami Islam, agama suci yang penuh harmoni dan sukakan kedamaian dan keamanan.

Kita sebagai muslim dan orang Islam, yang tahu tentang Islam. Yang dilahirkan dalam Islam. Berketurunan Islam adakah kita tidak pernah menghina Islam? Betul !, kita tidak pernah menghina Islam dengan kata-kata dan tulisan. Tapi, kita menghina Islam dengan cara dan perbuatan kita. Cuba kaji berapa ramai bayi yang dibuang oleh orang Islam, oleh remaja Islam. Itu bukan menghina agama Islam?

Cuba tanya berapa ramai remaja Islam yang berkapel melakukan zina, adegan ringan-ringan dengan pasangan. Itu bukan menghina Islam? Cuba tanya berapa ramai perempuan-perempuan yang tidak memakai tudung, yang dia sendiri tahu benda itu adalah haram dan akan dibakar di neraka. Itu tidak menghina Islam? Cuba tanya berapa orang yang tidak melakukan solat dan puasa. Itu tidak menghina Islam?

Tepuk dada tanya iman, kalau cara kita pun menghina Islam. Jangan cuba berlagak jadi hero mendabik dada mempertahankan Islam. Pertahankan islam dan iman dari dalam diri dahulu, bila umat Islam elok dan baik budi pekerti, baik cara dalam serba serbi. Insyaallah, tiada yang berani mencaci dan mengkeji Islam lagi, malah mungkin orang bukan Islam yang memandang ketinggian pekerti kita akan tertarik dan masuk Islam.

Semoga agama Islam kekal terpelihara suci dari musuh Islam, umat Islam makin maju. Semoga kita dibawah lindungan Allah sentiasa dari godaan syaitan dan nafsu dan dijauhkan dari api neraka.

Kisah Cinta Tragis Myvi PJT 105



Hari ini hari ahad, Budin mahu pulang
ke rumah. Isnin dia bercuti, cuti ganti
untuk hari Malaysia pada hari ahad.
Budin seorang pemuda yang baik.
Belikan buah tangan untuk orang tua
di Kampung.

Kereta Myvi Ektreme 1.5 warna kuning
yang baru dibelinya dibasuh bersih.
Tayar diisi angin depan dan belakang.
Semuanya diperiksa rapi. Minyak juga
sudah diisi penuh. Kampungnya jauh
di Pantai Timur.

Seawal jam 7.00 pagi, Budin bertolak
dengan hati yang riang. Dibuka radio
HotFM mendengar coletah Dj dan
mendengar lagu. Radiolah peneman
jika Budin balik seorang diri. Bila tiba
dikawasan yang capaian radionya
tiada, Budin memasang USB yang
sedia dimasukkan lagu MP3. Lagu aku
anak kampung nyanyian Jimmy Palikat
cukup terkesan dihati Budin.

Dulu, Joyah gadis yang dia minati
menolak cintanya kerana tidak
berkereta. Tapi Budin tahu itu Bukan
sebab kereta, mungkin sebab rupa.
Muka Budin tidak berapa kacak kalau
hendak dibandingkan dengan Harun
Ajis, pemuda yang berjaya memikat
hati Joyah. Harun Ajis hanya ada motor
Honda Cup, sedangkan Budin basikal
pun tiada.

Sekarang Budin ada kereta. Budin ada
Myvi Extreme kuning. Budin hendak
tunjuk kat Joyah dan orang kampung.
Paling penting, Budin hendak tayang
dan tekan minyak depan Harun Ajis.
Kalau boleh dia hendak ajak Harun Ajis
berlumba dengan Honda Cup Harun
Ajis dekat jalan hujung kampung.

Sedang enak Budin melayan perasaan.
Ada sebuah kereta memotong laju
kereta Budin. Budin mengikut dari
belakang, malas dan tidak suka dia
beradu kelajuan di jalan raya. Asal
sampai dengan selamat sudah. Lagi
pun kawasan yang dilalui Budin
kawasan kampung. Kampung yang
terletak jauh dari masyarakat luar,
kampung ditengah hutan.

Tidak sewenang-wenang kereta
didepan yang memotong Budin tidak
dapat mengelak sebuah basikal. Kereta
itu melanggar basikal yang ditunggang
seorang budak. Budak dan basikal
melambung sebelum terjatuh diatas
jalan. Budak jatuh dibahu jalan, basikal
pula ditengah jalan. Budin cuba
mengelak namun terlanggar basikal.
Sedikit sahaja.

Kereta yang melanggar budak dan
basikal itu lari memecut laju. Lesap,
ghaib dari pandangan. Budin berhenti
untuk memberi pertolongan pada
budak yang dilanggar. Cederanya agak
parah, darah ada dimana-mana, kaki
budak itu juga terkulai patah. Budin
hilang arah, tidak tahu apa hendak
dibuat.

Beberapa ketika, terdengar laungan
orang kampung.
"kereta langgar budak."!
"Kereta langgar budak."!

Ramai penduduk kampung sudah
mengerumuni Budin dan budak yang
diribanya. Tiba-tiba, salah seorang
menerajang muka Budin. Budin rebah
terbaring. Dua tiga orang pemuda lagi
menyepak dan menendang-nendang
badan Budin.

Tanpa sempat Budin menjelaskan
perkara sebenar, orang kampung
seperti dirasuk hantu. Terus memukul
tanpa belas ihsan. Ada seorang
pemuda yang membawa kayu,
menghayun kayu di kepala Budin. Kulit
kepalanya terkoyak, darah terpercik
laju. Orang lain, memijak-mijak muka
Budin penuh geram.

Dalam keadaan separuh sedar, Budin
melihat orang kampung mula menggila
memecahkan kereta Myvi ektreme
kuningnya. Ditendang dan dipukul
dengan kayu serta batu. Tidak cukup
dengan itu, keretanya disimbah
minyak, dicucuh api dan dibakar. Lalu
ditolak ke gaung. Ada letupan kecil
kedengaran dari kereta Budin yang
terbakar.

Melihat Budin nyawa-nyawa ikan dan
seakan tidak bernyawa. Antara dengar
dan tidak Budin terdengar orang
kampung berkata Budin telah mati. 3,4
orang pemuda mengangkat Budin
membawa jauh ke dalam hutan dan
ditinggalkan disitu.

"Biarkan dia disini, nanti ada binatang
buas yang makan."

Beberapa tahun lepas kejadian itu.
Tanpa ada pihak berkuasa dan
masyarakat luar yang tahu. Penduduk
kampung mula dihantui kejadian ngeri.
Beberapa siri pembunuhan berlaku.
Menurut cerita mangsa yang selamat
pembunuh itu berwajah hodoh.

Apa yang menghairankan
pembunuhan hanya berlaku kepada
orang kampung yang terlibat dengan
kejadian seorang pemuda yang
melanggar seorang budak sampai
mati. Seorang demi seorang mati
dibunuh.

Ada yang terlibat memukul Budin
dahulu melarikan diri ke daerah lain.
Kampung itu mula sunyi. Penduduk
mula takut dan berpindah lari ke
tempat lain.

Budin tidak mati, setelah sembuh.
Budin berkelana didalam hutan.
Wajahnya hodoh sebab parut ketika
dipukul dahulu. Kini dia kembali
menuntut dendam.
Dia akan membunuh tanpa belas kasihan
seperti mana orang-orang kampung,
memukul dan membakar kereta Myvi
extreme kuningnya. Dia tidak akan
berhenti selagi semua orang yang
terlibat tidak dibunuhnya.
Ps : Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

Secawan Kopi Di Starbuck

Cappucino


Aku di Starbuck pekena Cappucino, kopinya agak mahal. Lepak bagai ahli perniagaan besar. Kiri kanan orang macam ahli korporat. Orang melayu tetapi sembang dalam bahasa Inggeris.

Peminat kopi tegar dan suka suasana kedai kopi barat akan suka lepak disini. Tidak kisah jika secawan kopi sama harganya dengan 5kg beras.

Starbuck ada wifi percuma boleh berinternet dikomputer tablet ipad atau Galaxy Tab. Buka FB macam tengok saham forex kononnya.

Bagi pelepak yang gajinya sejemput. Elok kiranya duit secawan kopi dibelanjakan pada benda-benda lebih berfaedah. Bawang putih bawang merah didapur, pampers anak-anak,tuala wanita isteri. Colgate,sabun di bilik mandi. Itu lebih penting.

Membazir bukan hanya diertikan dengan membuang makanan yang tidak habis dimakan. Membeli barangan yang tidak setimpal juga membazir.

Kini, di Tanah Suci Mekah. Sudah ada kedai-kedai Starbuck. Sudah ada kedai-kedai barat. Taraf hidup sudah jadi tinggi. Belanja ke sana juga sudah tinggi. Tidak macam dulu lagi. Bukan sebab kedai Starbuck, bukan. Tapi sebab budaya prestij dan mewah yang dibawa. Walaupun kita disana, kaya atau miskin tarafnya sama. Memakai sehelai kain.

Peminum kopi di Starbuck atau di gerai Pak Ali, tarafnya nampak berbeza. Tapi taraf seseorang sebenarnya ditentukan dengan sikapnya. Sikapnya pada manusia lain.

Jika seorang boss, walau tarafnya tinggi. Sikap pada orang bawahan tidak pernah adil. Dia takkan dihormati, malah dibenci.

Sebelum berlalu pergi,
Setelah bateri ipad mati,
Sebelum kawan aku angkat kaki,
Aku hulurkan tip pada gadis pembawa kopi.
Gadis itu memandang aku sejak tadi,
Orangnya manis cantik sekali.
 
 
Ps : kopi semanis orangnya

Pegawai Tadbir USM Ujian Saringan 2012 Bermula



Semalam dapat panggilan telefon dari seorang perempuan. Bukan nombor telefon bimbit, bukan juga nombor telefon rumah. Tapi panggilan nombor pejabat ( nombor telefon rumah berakhir dengan nombor genap )

"Hello, ini Encik Abi ke?
"Ya, saya"
"Saya nak maklumkan Encik Abi berjaya untuk ujian saringan Pegawai Tadbir pada 20 hb september ini"
bla,bla,bla...

Sebab aku isi dan mohon di Kampus Kubang Kerian, Kelantan. Maka ujian saringan pun akan diadakan disana. Di Pejabat Belia dan Sukan, di kota Bharu. Aku pun tak pasti dimana Pejabat Belia dan Sukan tu. Kena balik sehari awal dan buat tinjauan dahulu sebelum hari sebenar. Kalau tidak kelam kelibutlah nanti nak cari pada hari sebenar.

Ujian Saringan tu bermula pada pukul 8 pagi. Panggilan yang diterima, pemanggil tu suruh pakai trek suit, bermakna akan ada ujian fizikal. Ada lari-lari. Dia juga pesan bawa alat tulis, bermakna ada ujian bertulis. Dan dia juga pesan bawa mulut, bermakna ada ujian lisan... oh,ini tidak, mulut dia dia tak pesan huhuhu..

Ujian Saringan Pegawai Tadbir ini, ujian yang akan dijalankan nanti. Soalan-soalan yang ditanya semasa ujian saringan Pegawai Tadbir USM nanti sila rujuk blog ini > klik sini.  Aku malas hendak copy paste. Gadis yang masih single dan belum kahwin ni pernah hadiri ujian saringan Pegawai Tadbir pada tahun lepas.

Pastinya kena study berkenaan USM serba sedikit, berkenaan APEX dan berkaitan yang difikirkan perlu. Ujian lisan dalam bahasa Inggeris, sama juga ujian bertulis ada dalam bahasa Inggeris. Ujian fizikal ada lari-lari 4,5,6 km. Setiap ujian ada mata atau point yang diberi.

Kepada calon yang terpilih tahniah diucapkan, kita jumpa di ujian saringan nanti. Moga kita ada rezki, errr..kita tu ramai sangat. USM nak beberapa je. Jadi kena bersaing dan tunjukkan yang terbaiklah disana. Moga aku ada rezeki jika anda tiada. Dan jika aku tiada rezeki, anda pula ada rezeki. Rezeki masing-masing tetap ada kalau bukan disini, mungkin ditempat lain.


Cinta Seperti Buah Setar Ada Manis ada Masam, Tapi Bijinya Amat Pahit Jika Tergigit

Buah Setar  yang sudah masak yum,yum,yum..


Suatu hari, ketika cuti semester beberapa tahun yang lalu. Aku terliur akan buah Setar yang lebat ditepi rumah. Buah Setar ni, masaknya warna kuning. Buah yang belum masak agak masam.

Dengan hanya memakai seluar pendek yang seksi, seluar tu layak dipakai masa tidur dan masa mandi dijadikan kain basahan dan tidak berbaju.

Pokok setar tu, banyak dahannya. Mudah dipanjat. Sedang leka aku memanjat p
okok tu, dan menikmati buah setar yang masak atas pokok. Tiba-tiba, 2 orang gadis datang ke rumah. Seorang aku kenal, seorang lagi aku tak kenal.

Aku fikir mungkin kawan adik perempuan aku. Setelah bagi salam dan berborak dengan adik aku, dia bertanyakan aku. Seorang gadis yang aku tak kenal hendak kenal dengan aku.

Adik aku tanpa cover line terus tunjuk atas pokok yang aku panjat. Mereka gelak berdekah-dekah. Daun yang lebat menyukarkan pandangan mereka. Aku sembunyi disebalik daun, duduk diam-diam macam monyet.

Aku tak nak turun dengan pakai seluar pendek seksi dan tak berbaju tu. 2 orang gadis tu suruh aku turun. Yang seorang tu nak kenal dengan aku. Bila mereka leka berborak dan pandangan terlindung. Cepat-cepat aku turun.

Pakai baju, dan bertuala aku tunjukkan muka. Gadis yang aku kenal tu, rupanya bawa saudara dia yang belajar satu Universiti dengan aku. Nanti, bolehlah bertegur sapa disana.

Beberapa ketika kemudian, aku terserempak dengan gadis tu di kampus. Dia tersengih, mungkin teringat peristiwa aku panjat pokok dulu. Lepas tu, aku selalu terserempak dengan gadis tu. Bertegur sapa dan makan bersama.

Sekarang gadis itu dah jadi isteri aku yang sah. Anak pun sudah 2 orang. Setiap kali isteri mahu tambah anak, dia selalu suruh aku pakai seluar pendek yang seksi sebelum tidur, seluar yang macam aku panjat pokok dulu-dulu.

Sebuah cerita benar, bab lain semua betul kecuali yang berdating dan kawin je aku tambah perasa. Terserempak dan tegur sapa tu betul :) hehehe..

Hujan




1994
Hujan turun dengan lebat. Walaupun guruh tiada. Hujannya cukup lebat. Tempias masuk jendela terkena Tok Ki. Tok Ki berundur, menutup separuh daun jendela.

Sudah seminggu begini, sudah seminggu hujan lebat begini. Bermakna sudah seminggu Tok Ki tidak menoreh. Tidak menoreh bermakna tiadalah punca pendapatan.

Beras yang disimpan dalam tempayan sudah tinggal sisa. Lagi dua tiga kali tanak, hab
islah ia. Lauk pun begitu, telur sekampit yang dibeli hampir habis.

Kalau hujan berterusan begini, bermakna Tok Ki terpaksa berhutang lagi dengan Pak Dolah pemilik kedai runcit. Pak Dolah tidak kisah kalau orang kampung ingin membeli secara hutang. Tidak kisah kalau setakat beras sekilo dua, telur sekampit dua.

Tok Ki mengejutkan Budin, cucu tunggalnya yang dijaga dan tinggal bersamanya. Budin anak yatim piatu. Ayah dan ibunya sesat didalam hutan ketika mencari petai dan hasil hutan disuatu hari.

Orang kampung kata, ibu dan ayah Budin dibaham harimau ketika didalam hutan. Tragik dan misteri kehilangan kedua orang tua Budin. Tiada jasad, tiada kubur, tiada nesan.

Hari ini, hari besar Budin. Hari ini dia akan menempuh peperiksaan penting dalam hidupnya. Peperiksaan UPSR. Tok Ki berjanji, akan beli basikal kalau dia dapat 5A dalam UPSR. Budin yakin dia mampu dapat 5A dan boleh kayuh basikal dengan senang hati nanti.

Kejutan Tok Ki membangunkan Budin tidak sesukar hari lain. Hari ini hari penting, hari ini hari permulaan UPSR. Hari dia mampu memiliki basikal seperti kawan-kawan lain. Seperti Jaki, seperti Ropi, seperti Kasim. Seperti orang lain.

Pagi ini, hujan seperti berpuluh tahun dulu ketika Budin bangun untuk memulakan hari berdepan UPSR. Pagi ini seperti Tok Ki mengejutkan Budin dari tidur. Tangan Tok Ki yang hangat dan kesat mengusap-ngusap kepala membangunkan Budin.

Sekarang Tok Ki sudah tiada. Kalau bukan kerana Tok Ki berjanji untuk menghadiahkan basikal kepada Budin. Tak mungkin Budin berjaya dalam UPSR, tak mungkin Budin berjaya dalam PMR, SPM dan peperiksaan lain.

Kini Budin mampu miliki segalanya. Tapi bukan semangat Tok Ki. Budin tahu Tok Ki bersusah payah membeli basikal untuknya. Walau tidak dapat membalas jasa Tok Ki. Budin membalas dengan menjadi cucu yang baik. Membalas dengan tidak menjadi insan yang menyakiti orang lain. Hatta,dia boss besar di syarikatnya.

Selamat Menempuh UPSR kepada kanak-kanak seusia Budin. Kepada para cikgu semoga anak murid anda berjaya macam Budin. Kepada ibu bapa jangan lupa beli basikal. Sekarang mungkin Smartphone bukan lagi basikal.

Maksud Lirik Lagu Oppa Gangnam Style

Entah siapa yang mula-mula mengkaji dan membuat research berkenaan lagu dan maksud lirik  Oppa Gangnam style. Lalu disebarkan kat internet. Terutamanya di Facebook, lalu disuruh pakat-pakat share.


salah satunya berbunyi begini.

Ini yang dilihat di Facebook yang di share dan disebarkan


Ramai orang kita percaya membuta-tuli dan terus share tanpa mengkaji dan meneliti betul-betul. Maka jadilah orang dungu yang makan apa saja yang disuap. Terima apa sahaja yang diberi.

Orang yang pertama yang membuat maksud lirik ini dan orang pertama yang Share benda ini, entah apalah motif dia. Ingin terkenal barangkali? atau ingin menjaga maruah bangsa dan agama?

Kamonnn... takkanlah mendengar lagu tu, menyesatkan umat islam? adooyaaiiii.. siap bagi lirik lagi.

Lirik sebenar lagu Oppa Gangnam Style seperti dibawah.




Lirik Oppa Gangnam Style yang betul


Dengar lagu tidak salah selagi kita tak lalai dengan ibadat, tidak menyakiti hati jiran, housemate dengan musik yang kuat. tidak membazirkan elektrik. Tidak salah, itu hiburan semata-mata, tapi videonya memang salah, ada bontot perempuan seksi, tapi apa beza dengan muzik video kita? artis kita? tepuk dada tanya iman.

Ingat berfikir sebelum menerima sesesuatu terutama di internet, khususnya di Facebook. Dulu pasal pembukaan Olimpik sekarang gangnam pula.



Ustaz Azhar Idrus ada bagi nasihat pasal Gangnam.



Cinta Tidak Dimamah Usia, Sebuah Cerita Lukisan Gua








Ada sebuah famili, ada satu pasangan. Pasangan ini ada anak.Anak dia bukan budak biasa.

Anak dia suka menconteng. Contengannya bukan contengan biasa. Contengannya sungguh luarbiasa.

Famili itu tinggal dalam gua. Ketua keluarga kerjanya memburu rusa. Rusa itu bukan rusa biasa. Rusa itu boleh dimakan dua,tiga keluarga.

Nama budak yang suka menconteng dinding rumah, namanya Budin. Rusa yang ditangkap

ayahnya, Budin akan lukis didinding.

Ibunya melarang Budin. Cuba memadam lukisan Budin,namun gagal. Budin guna sejenis batu, namanya batu kawi. Ada banyak jenis, ada banyak warna.

Suatu hari, ada jiran yang melihat lukisan Budin didinding. Jiran suka dan memuji. Lalu disuruh Budin melukis didinding rumahnya.

Sejak itu, setiap rumah penduduk sekitar ada lukisan Budin. Ibu Budin suka, ayah Budin bangga.

50 000 tahun kemudian, sekumpulan pakar Arkeologi mengkaji contengan Budin didinding gua-gua. Mereka mengemukakan pelbagai teori tak masuk akal.

Dari satu lukisan, seorang pakar arkeologi menterjemahkan ayat dari Lukisan Budin "Aku sayang kamu untuk beribu tahun"

Cinta Budin Utuh, seperti contengan didinding gua. Tidak dimakan usia.

Nak Orang Tersayang




Nak orang tersayang,
Peneman tidur dikala Malam,
Nak orang tersayang,
Peneman tengok wayang,
Nak orang tersayang,
Pengisi perut kenyang,
Nak orang tersayang,
Penghangat dikala hujan,
Nak orang tersayang,
Teman pergi jalan-jalan,
Nak orang tersayang,
Peneman dikala keseorangan,
Nak orang tersayang,
Nak suruh undi Pembangkang,
Nak orang tersayang,
Nak pergi pasar beli ikan,
Nak orang tersayang,
Ada orang panggil Abang...
Dah ada orang tersayang,
Please jangan dipanggil bangang!
 
 
 
 

Kisah Para Cikgu Melawan Ceyana_Adnan

Siapa Ceyana Adnan, kenapa cikgu-cikgu marah dia? dalam blog dia klik sini , Saudari Ceyana mengkritik Profesion perguruan. Guru pun adalah manusia, banyak kesilapan. Doktor, arkitek pun sama. Cuma siapa yang makan cili akan rasa pedasnya.

Yang tak makan cili pula akan back up saudara mereka yang makan cili tadi. Mungkin entry Saudari Ceyana Adnan kurang research dan hanya melalui pengalaman beliau. Bila jumpa dua,tiga orang cikgu seperti itu, maka dibenak dan mindanya, dia beranggapan cikgu semuanya begitu.

Aku ada kenalan yang menjadi cikgu, yang sebelum jadi cikgu dia kaki hisap ganja, minum arak dan kaki perempuan. Dia main perempuan aku tak nampak, tapi hisap ganja dan minum arak aku nampak dengan kepala sendiri. Takkan dia nak main perempuan depan aku pula huhuhuhu..

Cikgu yang berperangai sebegini kalau tidak insaf dan menjadi cikgu, bagaimana hendak didik anak murid? cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Tapi, bila persekitaran kita tengok 2,3 orang perangai tak elok, jangan lupa diluar sana ramai lagi yang elok.

Satu lagi pengalaman aku, cerita keburukan orang tanpa menulis nama dan tempat dan masa, cuma merujuk profesion perguruan individu terbabit. Seorang cikgu ni dah kahwin tapi cuba mengorat awek aku (bekas). Melalui YM (yahoo mestisilapeja) aku pancing dan goda cikgu ni dengan menyamar sebagai awek aku tadi. Dengan pujuk rayu dan sedikit godaan, dia menghantar gambar bogel dan video dia tengah beronani.

Bila aku beritahu perkara sebenar, dia malu dan terus menyesal. Aku sempat beri nasihat sedas dua. Tapi benda tu tak dihebohkan, kerana boleh membuka aib dia dan meruntuhkan rumahtangganya. Orang yang membuka aib dan menyebarkan aib orang lain, Allah akan membuka aibnya juga. Cikgu tu biar aku seorang yang tahu.

Itu antara segelintir guru diluar sana yang dah kahwin. Segelintir dan mungkin kes terpencil. Hendak menghukum semua cikgu berperangai begitu memang silaplah. Sebab cikgu manusia macam juga orang lain.

Kritikan Cik Ceyana ni terhadap cikgu ni mungkin melalui pengalamannya, mungkin dia niat yang baik dan salah ditafsir oleh guru. Sementelah lagi guru ni agak ramai di Malaysia, satu lawan ramai, kalahlah Cik Ceyana. Jalan terbaik, dia kena buat entry puji guru, puji kaw-kaw punya. Manusia bila kena puji, baru seronok. Kalau kritik kena kat batang hidung, melalak melolonglah huhuhuh...

Buat para cikgu dan pendidik, jangan melatah dengan artikel kecil dari insan kerdil dari Cik Ceyana tu, dia masih belajar dan masih perlukan 'guru' dalam hidup. Seorang 'guru' untuk belajar bagaimana cara menegur orang dengan cara berhemah. Tidak semua orang boleh menerima teguran dengan baik. Mungkin kontroversi yang melanda beliau boleh jadi guru yang baik.


ps: Kalau aku seorang guru, aku pun tak setuju dengan Ceyana. Kalau bukan guru, aku akan tapis dan fikir setiap yang dikata sebelum menelan bulat-bulat.

Daerah Penuh Setia

09.05 am, 1 September 2001.

Pagi tu, Budin terlambat ke terminal bas. Tiket yang dibeli jadual geraknya tepat pukul 9 pagi. Sekarang pukul 9.05 minit. Laju dia berlari memikul beg dan mencari bas ekspres.

Ada, masih ada dan belum pergi lagi. Nasib baik bas itu tidak seEkspres namanya. Tersengih dan menghulur tiket pada pembantu drebar.

"Kamu bernasib, kami masih menunggu kamu, kalau ikut jadual
sudah lama kami tinggalkan kamu."
"Maafkan saya bang."

Melilau mencari tempat duduk, ada satu kerusi kosong dibahagian belakang. Sebelahnya ada gadis comel sedang sibuk bermain dengan telefon bimbit.

Budin duduk melepaskan penat berlari tadi. Bas mula bergerak keluar dari terminal. Dikeluarkan gula-gula mentos dari beg galas yang diletak diatas pahanya. Balutan dibuka, sebiji mentos dimasukkan kedalam mulut.

Mentos itulah sarapannya, tadi Budin bangun agak kesiangan. Selepas solat subuh baru Budin tidur setelah rancak berborak dengan rakan-rakan.

"Awak nak mentos tak? Nah," Budin memberanikan diri memberi gula-gula mentol pada si gadis disebelah.

"Err..terima kasih, saya tak makan mentos," Gadis itu menolak baik. Mungkin fikir gadis itu, agak-agaklah kau nak mengorat, kau bagi aku mentos. Kenal batang hidung pun tidak.

Tidak tahu nak sembang dan bertanya apa dengan si gadis. Budin mengeluarkan telefon bimbit dan menulis lalu menghantar pesanan ringkas pada kekasih hati.
"Ayg, abg dah atas bas, onDaWay balik :) "
"Moga selamat sampai abg, ayg cintakan abg, walau apa pun berlaku," Balas kekasih hati Budin. Ayat tipikal perempuan melayu yang bercinta.

Budin lelapkan mata, gadis disebelah pun sama. Lena dibuai perjalanan yang panjang. Dalam pukul 3 atau 4 petang sampai bas itu di Kelantan.

Budin balik untuk bertunang dengan kekasih hati. Hari ini hari sabtu, esok ahad hari pertunangan. Bakal tunang balik awal untuk menyiapkan majlis pertunangan. Mereka satu kampus, satu pengajian, satu universiti. Keluarga sebelah pihak bersetuju untuk mengikat tali pertunangan pada esok hari.

Tiba-tiba, Budin terkejut dari lamunan dan mimpi bahgia. Ada jeritan kuat para penumpang dan bas terhuyung hayang. Melantun ke kiri dan ke kanan. Bas seperti hilang kawalan. Kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa agak berbahaya laluannya.
 
 
Lalu, bas yang hilang kawalan terbabas. Melanggar semak dan terjunam ke gaung yang dalam. Pokok-pokok tidak mampu menahan bas dari terus jatuh. Semua orang menunggu saat ajal.


Gongcangan yang kuat dari perut bas, membuatkan ramai penumpang melantun keluar melalui tingkap yang pecah. Budin turun sama tercampak keluar.

Bas terus jatuh dan jatuh lenyap dari pandangan. Jatuh dibawah gaung yang berhutan pekat tebal.

Nyawa Budin masih panjang, dengan sisa tenaga yang ada. Budin sempat berpaut pada akar-akar kayu ditebing gaung yang dalam dan membunuh itu. Lama dia disitu, tanpa ada daya untuk berganjak dan bergerak. Kudratnya hilang, terkejut dan tidak percaya dengan apa yang baru berlaku.

Dan tidak sewenang-wenang antara sedar dan hampir pengsan. Budin melihat 2,3 orang manusia datang menghampirinya. Tangannya ditarik, badannya diangkat. Kumpulan manusia itu, mengusung Budin kebawah gaung melalui denai-denai curam yang susah dilalui.

Dibawah gaung itu seakan ada satu perkampungan. Sekitarnya bersih. Ada 2,3 buah rumah berdekatan. Budin diusung ke dalam salah salah rumah itu.
 
 
 
 
 


Budin dirawat dan dijaga oleh penghuni rumah itu. Ada beberapa orang yang datang melawatnya. Orang-orang yang dia lihat ini seperti masyarakat kampung melayu tidak seperti orang asli.

Budin meraba-raba kocek seluarnya. Dia ingin menghubungi keluarga dengan telefon bimbitnya. Malang, kuasa baterinya sudah habis. Kampung itu tiada bekalan elektrik. Apatah lagi ingin meminjam pengecas telefon.

Sehari dikampung itu, Budin rasa sudah pulih. Dia ingin mengetahui nasib penumpang bas, dia ingin memberi khabar pada keluarga dan kekasih hati. Mereka pasti bimbang dengan nasib budin.

Hari kedua, budin dibawa ke tempat bas yang jatuh terjunam. Pelik, bangkai bas itu sudah berkarat dan ditumbuhi semak samun dan pokok yang menjalar. Tak mungkin dia silap bas. Tak mungkin.

Bila ditanya kemana penumpang yang lain. Seorang pakcik memberitahu Budin, mereka ditanam dikubur besar dibawah pokok kemboja besar tidak jauh dari bangkai bas.

"Pakcik, saya mahu pulang. Tunjukkan saya jalan keluar,"
"Boleh nak, esok selepas subuh, pakcik tunjuk jalan keluar"

Subuh hari ke3, Budin ditunjuk jalan keluar seperti yang diminta. Budin cuma mengikuti langkah pakcik tua dari belakang. Kiri kanan masih gelap. Sampai dipenghujung denai. Budin ternampak jalan tar, jalan kampung. Bila ingin ucapkan terima kasih, orang tua itu hilang dalam kepekatan subuh hutan.

Dia berjalan seketika menuju kearah remang-remang cahaya. Nampak macam lampu dari rumah penduduk kampung.

Ada cahaya makin mendekat. Cahaya dari lampu motorsikal. Budin cuba menahan, namun pemandu motor memecut laju ketakutan seperti melihat hantu.
 
Kecewa, Budin terus berjalan menuju ke arah Kampung. Sampai disebuah masjid. Jemaah yang masih ada kaget, hairan melihat Budin. Pakaian yang dipakai koyak rabak dan lusuh.

Dihospital Kota Bharu, Budin dirawat lagi. Baru 3 hari lepas dia dirawat dirumah pakcik tua diperkampungan bawah gaung.

Ramai sanak saudara datang melihat dan melawat. Budin hidup kembali! Itu kata orang.

Menurut ayahnya, sudah tiga tahun sejak kemalangan menimpa bas yang dinaiki Budin. Baru semalam Budin muncul disebuah masjid, dikampung didaerah Grik. Sudah 3 tahun keluarga, sahabat menganggap Budin sudah mati.

Berita penemuan dan kemunculan Budin tersebar ke seluruh negeri dan sampai ke telinga Kekasih hati Budin. Ditemui Budin dihospital.

"Maafkan Ayg abg, ayg ingat Abg dah tiada, ayg menunggu dan menanti abg"

Cinta Budin, Cinta mati dan tiada galang ganti. Dalam 3 hari dia dikampung itu, kekasih hati Budin sudah berubah hati. Sudah kahwin dengan lelaki lain.

Tahun ini 2012, berbeza tahun tarikh yang sama. Waktu dan hari yang sama yang menimpa Budin. Cincin yang dibeli untuk pertunangan masih disimpan.

Cintanya dipisah oleh masa. 3 hari yang panjang. Kampung itu tidak pernah ditemui. Kawasan kemalangan itu sudah diletak tanda amaran. Jalur kuning juga ditambah.

Cinta itu penuh misteri, yakinlah ia akan ditemui. Dan gadis mentos itu juga masih hidup hingga kini. Gadis yang menolak mentos, mungkin tidak menolak cinta Budin.
 
Dan jika kekasih Budin mempersoalkan kesetiaan cintanya. Kesetiaan hatinya, pergi mati dengan rasa itu. Cinta Budin cinta mati!

Cinta Budin bukan untuk orang yang mudah melatah, cinta matang Budin juga untuk orang sesematang rasa cinta Budin.

Jangan persoalkan cinta Budin, jika kau tidak pernah jejak daerah misteri 3 hari penuh panjang itu.

Kampung itu penuh dengan cinta. Cinta pada manusia juga cinta pada yang Esa.

Berkunjung ke daerah Setia, kau takkan curang sampai bila-bila.
 
 
 

Batu

Petang, 30 Ogos 1981.

Budin mundar-mandir didepan kedai emas, dideratan kedai-kedai di pekan Tanah Merah, Kelantan. Sejak pagi tadi lagi dia begitu. Sesekali menjenguk ke dalam kedai. Masih ramai pelanggan.
"Ishh.. Sampai bilalah pelanggan nak habis ni,"? Bentaknya dalam hati.






Tauke kedai emas yang sibuk melayan pelanggan tidak senang hati dengan perlakuan seorang lelaki yang dari tadi kelihatan

didepan kedainya. Bukan bersangka buruk, kedai emasnya tidak pernah dirompak atau dikebas walau sebentuk cincin. Orang Kelantan baik-baik belaka. Rezeki tahun ni bertambah, sejak awal Ramadhan lagi kedainya sentiasa dipenuhi orang.

Tapi, kelibat Budin yang agak luar biasa dari biasa, mengundang resah dihatinya. Ditambah dengan pakaian Budin yang lusuh, kotor dan tidak terurus. Kulit gelap dibakar mentari, rambut kusut masai.

Setelah, tiada pelanggan dalam kedai emas Tauke Chong. Dia memberanikan diri masuk. Mengeluarkan sesuatu dari kocek baju petak-petak lusuhnya. Satu bungkusan kain buruk.

Bungkusan dibuka, diberi pada Tauke Chong yang sedia melayan pelanggan. Resah hati Tauke Chong hilang, prasangka pada Budin sejak tadi hilang.

"Tauke, saya mahu jual ini batu,"

Batu kecil sebesar duit 5 sen bertukar tangan. Tauke Chong membelek-belek penuh minat. Sesekali dahinya berkerut. Banyak kali dia memeriksa batu kecil berwarna merah itu dengan teropong khas.

"Saya boleh angkat 2000 ringgit," Tiba-tiba Tauke Chong bersuara. Budin terkejut besar. Terkejut mendengar harga batu kecil yang dijumpai ketika menjala ikan disungai tempoh hari besar harganya.

"Apa 2000 ringgit Tauke?,"
"Ok lah, 2500 ringgit,"
"Haa.. 2500 ringgit?,"

Budin terkejut dan hampir mahu pitam. Matanya mula gelap, matanya mula kelabu dengan duit sebanyak itu. Duit yang dia tidak pernah pegang sebanyak itu. Budin seakan tidak percaya harga batu yang tersangkut dijalanya bersama ikan-ikan puyu, bersama ikan-ikan sepat, bersama anak-anak udang harganya begitu mahal.

"Ok lah, harga terakhir saya boleh letak 3500 ringgit. Macam mana, encik setuju?,"
"Err.. Ok,ok tauke,"

Tauke membayar harga yang ditawarkan. Batu kecil yang tidak berharga dimata Budin tidak disangka sudah bertukar menjadi beribu-ribu duit. Fikirannya melayang-layang dan berangan-angan, macam-macam boleh dibuat dengan duit sebanyak itu.

Tauke mengira duit dengan berhati-hati, bila yakin cukup, tidak lebih tidak kurang. Dihulurkan duit itu pada Budin. Tanpa dikira, Budin terus memasukkan duit kedalam kocek seluarnya. Dari luar, digenggam duit itu.

"Terima kasih, Tauke,"
 "Err Encik,kalau ada lagi bawa ke kedai saya ye,"

Budin senyum, keluar dan berlalu pergi. Nasib keluarganya akan berubah dengan batu yang ditemui disungai, belakang rumahnya. Tak perlu dia mengambil upah menebas kebun orang kampung lagi.

Dia juga bertekad ingin mengambil dan menebus semula tanah yang dipajakkan pada orang luar oleh arwah ayahnya.

Dan masih ada seketul lagi batu yang sama sebesar buah kelapa dibawah katilnya. Yang dibawa cuma serpihannya. Esok hari Merdeka yang istimewa buat Budin, tanahnya akan menjadi miliknya semula.

Selamat Menyambut Kemerdekaan.


ps : post ini sepatutnya dipublish pada 30 Ogos 2012, tapi terlewat dari tarikh asal :)

Persis Nyawa, Tanpanya Aku Tak Mampu Hidup



Kekadang aku terfikir apa erti hidup tanpa nyawa,

Kekadang aku terfikir apa erti Adam tanpa Hawa,


Kaulah nyawaku, kaulah Hawaku.






ps: hanya kamu


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...