iklan. Jangan klik hahaha...

Saturday, 31 March 2012

Macam Mana Nak Jadi Blogger Yang Terkenal

Terdapat dua cara untuk menjadi blogger yang terkenal, menjadi blogger yang femes, menjadi blogger yang dikenali ramai. Cara itu ialah....



Tip Cara-Cara Hendak Mengorat Perempuan

Mahatma Gandhi pernah berkata pasal cinta.. Hanya orang yang ada keberanian sahaja yang boleh bercinta. Berani untuk menyatakan perasaan, berani untuk gagal bila bercinta, berani kecewa bila gagal. Berani memaafkan orang yang kecewakan kita dan berani segala-galanya dalam cinta.





Aku nak share satu tip yang mudah untuk dipraktikkan. Tidak melanggar batas agama. Sifat perempuan yang sukakan perhatian sentiasa, suka orang ambil berat sentiasa. Tip yang aku dapat dari seorang pakar motivasi terkenal semasa mengikuti satu kursus disebuah hotel. Bila dia tanya aku, "Dah kahwin belum?" Aku jawab belum. Dia tanya lagi sambil tersenyum dan berseloroh, "awek ada tak?". Aku jawab lagi "takde" dan dia bagi tip.

Jika anda sukakan seorang perempuan tu, jika sudah ada nombor telefon bimbitnya. Cara mudah untuk mendapatkan perhatiannya ialah dengan cara mengucapkan Selamat Malam setiap malam sebelum dia tidur tanpa gagal. Ucap je walau pun tiada respon. Tapi biasanya akan ada respon bila kita ucap selamat malam, mungkin akan dapat wish selamat malam balik.

Caranya selama 2 minggu berturut-turut anda menghantar SMS selamat malam padanya tanpa gagal. Dan bila masuk hari minggu ketiga. Cuba stop, senyap dan silent. Dan ajaibnya orang disana akan ternanti-nanti selamat malam dari anda. Malahan akan cuba Mesej dan kontek anda selagi tidak mendapat ucapan selamat malam dari anda.

Mengapa? sebab anda memberi perhatian padanya. Tak percaya? cubalah. Tapi, tidak semestinya dia akan terus jatuh cinta pada anda. Ini salah satu cara untuk memikat hatinya dulu. Dan bila dia tertunggu SMS ucapan selamat malam anda. Maka peluang anda cerah, dengan syarat tiada lelaki lain yang sudah 2 minggu menghantar SMS ucapan selamat malam padanya huhuhuh...

Dan kalau perempuan yang baca entry ni, anda tujukan padanya. Tidak terkesan lagi kot hahahah... tapi jika hati ikhlas tiada niat buruk lain. Lama-lama hatinya akan terbuka juga. Jikalau tip ini tidak berkesan, cuba tip yang lain pula ye.

Tak semua perempuan mudah terpikat dengan SMS selamat malam. Tapi kalau tak bersetuju dengan tip ini, sila cuba dulu. Baru tahu betul tak betul kan? Jadi mula dari sekarang cuba menghantar SMS selamat malam tanpa gagal pada perempuan yang kita suka.


Ps: Dan jika perempuan itu sudah jatuh cinta dengan kau, jangan sesekali melukakan hatinya. Perempuan untuk dilindungi dan disayangi bukan untuk kau maki dan sakiti !!
.

.
.





Kenapa Lagu Bawaku Pergi Diharamkan

Lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan digantung penyiarannya oleh Kementerian. Kalau tengok dari lirik ni, memang ada sedikit unsur negatif. Tapi bagi pendengar macho dan matang macam aku sedikit pun tidak terpengaruh. Tapi.....

Tapi, tahukah anda lagu juga dapat merangsang seseorang. Memotivasikan seseorang dan menaikkan semangat seseorang. Menambahkan rasa cinta pada pasangan, pada keluarga, pada negara hanya kerna sepotong lagu. Cuba nyanyi lagu Negaraku atau Inilah Barisan Kita dengan penuh semangat. Apa rasa anda?

Jadi, lagu juga berperanan membentuk sahsiah seseorang. Jika lagu tu berunsur positif, maka positiflah peminat lagu tu. Ada orang suka dengar lagu yang cuba menaikkan semangat untuk melupakan seseorang seperti lagu penyanyi British - Adele. 

Lirik dan lagu Adele berkisar pasal kekecewaan hubungan yang tidak kesampaian. Namun, lirik dan rentak lagu semacam memberi semangat pada penyanyi. Dan pendengar juga bersemangat sepertinya. Genre lagu ini mengajak audien melupakan pasangan dulu. Cuba survive dan boleh hidup tanpanya. Orang yang minat lagu Adele ni, punya semangat seperti itu. Kuat dan tabah untuk melupakan si dia.

Berbeza dengan tema kebanyakan lagu Indon seperti Zivilian Band, ST12 (sekadar menyebut beberapa nama). Temanya mengangkat kesetiaan kepada pasangan dalam percintaan. Orang yang minat lagu ni, semangat untuk setia pada pasangan adalah tinggi. Lirik dan lagu mendorong pasangan yang sedang bercinta setia pada pasangan.

Ada juga lagu yang rasa bersalah pada pasangan samada curang atau tidak menghargai cinta atau tidak melayan cinta seseorang dahulu. Terbaru lagu sofaz Pencinta Terbaik. Band Sixth Sense pula kebanyakan lagu dan liriknya menonjolkan rasa bersalah pada pasangan, rasa penyesalan.

Mudah untuk menjangka keperibadian seseorang kalau kita tahu lagu genre mana yang dia minat. Peminat lagu hindustan rasanya seorang yang penyayang. Tapi tak smestinya orang yang minat lagu Black Metal tu, amalkan ajaran sesat Black Metal, tapi peminat lagu ni semestinya gaya pemakaian, percakapan dan cara hidup lebih terarah kepada Black Metal. Itulah penulis tekankan, lagu penentu sahsiah diri.

Kekadang kita minat lagu yang terkena kat batang hidung sendiri, seperti baru jatuh cinta kita akan suka dengar lagu-lagu tema jatuh cinta lagi. Bagi yang putus cinta, akan menghayati lagu putus cinta. Dan nak semangat dengar lagu Adele dan dengar genre yang sama. Tapi tak semestinya minat lagu yang kena kat batang hidung sendiri.

Kalau ada orang minat lagu 'Ayahku Kahwin Lagi' tak semestinya ayah dia nak kahwin lagi hahaha... dan lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan ni, yang digantung siarannya. Rasanya liriknya banyak juga unsur negatif dan kemaksiatan.

Bayangkan lirik lagu yang ajak awek atau pakwe pergi jauh tanpa pengetahuan ibu bapa dan kawan-kawan lain. Pergi ke luar negara kot bawa pasport. Dan maksud tersirat bagi pemikiran kuning (macam aku hahaha), pacu laju-laju semacam bermaksud henjut laju-laju ketika melakukan hubungan seks. Aku pacu kau bonceng juga seakan bermaksud hubungan seks.

Cerita ringkas liriknya, pasangan yang keluar bersama, lakukan hubungan seks. Meminta pasangan rahsiakan dari pada sesiapa pun. Lepas kali terakhir melakukan seks, meraka tidak sabar untuk melakukan seks lagi. Belum puas... Tapi, kali ini mereka ingin pergi keluar negeri, dengan buku merah - pasport. untuk buat maksiat dengan meninggalkan segala kewajipan tak solat.

Abaikan jika tidak berapa betul. Tapi yang tahu maksud sebenar lirik lagu ini mestilah tuan penulis lirik. Orang yang berfikiran negatif akan fikir negatif je, dan yang berfikiran positif akan fikir positif. Dengar lagu ni masa pergi dan balik kerja di radio enjoy je. Tapi bila terbaca paper lagu ni digantung, cuba cari liriknya dan simpulkan sendiri. Ingat lagu boleh bentuk sahsiah diri juga, tak banyak pun ada sikit-sikit...


Lirik Lagu Bawaku Pergi

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Friday, 30 March 2012

Pemilihan Tarikh ReUnion Guruh Rimba

Salam para sahabat Guruh Rimba sekalian. Memandangkan sebulat suara memilih Pulau Pinang sebagai tempat pertemuan. Namun, tarikh tidak dapat ditentukan lagi. Disini aku dah sediakan form untuk korang pilih tarikh yang sesuai seperti yang diberi arahan oleh Tuan Inspektor Amir Abdul Hadi.

Jika majoriti memilih sesuatu  tarikh, walaupun dengan kelebihan seorang. Maka tarikh majoriti itulah yang akan dipilih. Isi borang dan jangan lupa tekan butang submit. Kerjasama anda amat dihargai, sila sebarkan pada kawan-kawan berkaitan borang pemilihan ini.

Berkhidmat Untuk Negara, Bangsa dan Agama.


Cetak buat T-Shirt atau buat sticker kereta ok tak?




Terima kasih diatas kerjasama anda, semoga kita dapat mengadakan Reunion tergempar dan terhebat. Siapa tak ikut lu gila! eh, sapa tak ikut rugilah. Sila komen dibawah jika anda dah isi ye.

Kemana Selepas SPM

Tahniah buat lepasan SPM yang cemerlang dan yang kurang cemerlang, itu bukan penamat segala-galanya. Universiti, ambil degree dan Master sampai Phd bukan segala-galanya. Tapi ilmu tu tetap penting kena dicari sampai ke tua dan mati. Tapi jika setakat ini saja kemampuan kita, ada benda lain lagi yang menunggu didepan. Jangan mudah putus semangat. Satu pintu tertutup, banyak lagi akan terbuka.

Kepada yang cemerlang, mesti tengah pening hendak memilih kursus apa dan dimana hendak sambung belajar nanti. Pemilihan kursus seeloknya mengikut minat dan arah tujuan kita bila bekerjaya nanti. Mungkin ada yang dah tetapkan matlamat dan mungkin ada yang masih kabur. Tidak tahu mana satu nak pilih.

Yang masih kabur tu, sebenarnya tiada minat yang mendalam dalam sesuatu impian. Kalau anda minat hendak bergelar doktor. Sudah tentunya anda akan memilih penkhususan khas untuk doktor dan tempat yang terbaik untuk kursus ini. Selain itu, (ini sebagai contoh sahaja) anda semestinya tidak takut dengan darah dan kes-kes kecemasan. Bersedia mental dan fizikal.

Dan bagi yang berbakat pula, seperti melukis. Tentunya minat kearah bidang yang berkaitan dengan bakat anda. Contoh bidang ini ialah seperti Arkitek, Perekabentuk dalaman, dan kerjaya yang berkait dengan benda-benda kreatif.

Bagi golongan yang agak 'geek', sains komputer mungkin sesuai untuk anda. Jadi Computer Programer atau Software Engineer. Dan mungkin juga bidang Mekatronik, mana tahu anda dapat cipta satu robot pintar satu hari nanti.

Dari pengalaman penulis sendiri (bukan statistik tepat), kebanyakan lulusan dari Universiti bila habis belajar dan mendapat Ijazah masing-masing tidak ramai yang bekerja mengikut bidang masing-masing. Banyak faktor yang mempengaruhi. Contoh terdekat dengan Penulis ialah bidang Arkitek.

Rakan-rakan yang cemerlang akan terus dalam bidang ini. Tapi, dikalangan rakan-rakan yang 'kurang cemerlang' dan kurang minat. Tidak lagi menceburi bidang ini. Ramai yang memilih menjadi guru dan sebagainya. Guru antara jawatan yang popular dikalangan lepasan Ijazah yang tidak terus ke bidang semasa belajar dulu. Mungkin faktor saingan yang susah untuk memohon jawatan sesuai dengan Ijazah masing-masing. Hilang minat juga, penyumbang kepada mereka ini memilih bidang lain lari jauh dari bidang yang diambil semasa belajar.

Dari situasi yang dinyatakan tadi, pemilihan kursus yang bersesuaian dengan kita amat penting. Jalan selamat ialah pilihlah bidang yang menjanjikan peluang pekerjaan bila tamat belajar nanti. Jika 3 tahun anda belajar dalam bidang Arkitek, tapi akhirnya melompat ke kerjaya lain bila tamat belajar nanti. Semacam rugi ilmu yang dipelajari. Apa kata, anda pilih kursus yang tepat. Belajar dan kerja dibidang yang sama.

Keputusan SPM yang cemerlang dan makin meningkat pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, bermakna persaingan untuk mendapat tempat dan Universiti juga amat terhad. Namun, yang paling merisaukan ialah persaingan bila tamat belajar nanti. Persaingan untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan bidang masing-masing.

Kerjaya yang kritikal seperti doktor, pilot tidak perlu dirisaukan kerana permintaan yang tinggi sentiasa. Kerjaya yang 'biasa-biasa' mungkin menjadi rebutan. Oleh itu, untuk menonjolkan diri dikalangan pencari kerja lain, keputusan akademik anda haruslah mantap dan cemerlang. Dan bagaimana kalau semua cemerlang dan mantap macam anda?

Ada peluang lagikah anda untuk mendapat tempat disektor pekerjaan nanti. Atau ambil saja pengkhususan untuk bergelar cikgu kerana, memohon jadi cikgu adalah ikhtiar terakhir pencari kerja yang bukan bidang perguruan semasa belajar dulu. Seperti yang dikatakan sebelum ini, ini hanya melalui pengalaman dan pemerhatian dikalangan rakan-rakan sendiri.

Kerja adalah mencari rezeki, rezeki seperti yang dinyatakan dalam hadis, 9/10 rezeki datangnya dari berniaga. Jelas dengan berniaga, pintu rezeki akan terbuka seluas-luasnya untuk kita. Bila lagi mengharapkan bangsa lain memonopoli perniagaan. Generasi SPM yang cemerlang pada hari ini, seeloknya dididik dengan minat untuk melakukan bisnes memecah tradisi bangsa.




sampai bila nak dapat kerja kalau majikan seperti ini?




Guru kerjaya yang mulia,(merujuk pada kecenderungan para penganggur yang berijazah yang memohon kerjaya ini) namun jadi usahawan juga semulia guru. Usahawan yang akan memantapkan ekonomi bangsa, usahawanlah yang dapat memajukan bangsa, Usahawanlah dapat menjulang agama. Apakata pilih sama-sama memilih kerjaya jadi Usahawan berbanding kerjaya lain. Ada berani?

Kepada para pemegang Ijazah diluar sana yang masih terkial-kial mencari pekerjaan, bersabar dan tingkatkan usaha anda. Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu, jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya. Surah ArRad ayat 11. Ayat Alquran sudah jelas, maka berusaha dan berusahalah selepas berdoa. Selebihnya bertawakal. Jadi ubah nasib dengan berniaga, jika susah untuk mendapat pekerjaan.

Banyak kursus yang ditawarkan kerajaan, cuba saja jenguk-jenguk PUNB atau SME bank. Atau guna simpanan sendiri, itu lagi bagus dari mengharapkan 'tongkat' dan disuap aje. Tapi jika kerja pun tiada, mana ada duit dan mana nak dapat modal? Maka gunalah kemudahan yang disediakan kerajaan tadi.

Ps : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Anda seribu daya atau anda seribu dalih?



Wednesday, 28 March 2012

Teka Teki Mencari Paku Berat 2 gram

Aku dapat soalan teka teki ni dari seorang kawan. Teka teki bentuk matematik dan logik akal. Ada 9 paku kesemuanya. Salah satu beratnya 2 gram. Yang lain-lain 1 gram. Makna ada 8 yang beratnya 1 gram dan 1 lagi 2 gram.

Soalannya, dengan menggunakan sebuah timbangan dacing. Timbangan yang yang logo macam Barisan Nasional tu huhuhu.. yang kena ikut balance. Bagaimana kita hendak mengetahui salah satu paku yang beratnya 2 gram ini.

Kalau anda ada timbangan ini boleh cuba-cuba. Kalau tak ada ikut logik akal sahaja. Masalahnya sekarang anda diberi 2 percubaan sahaja untuk mencari paku yang berat 2 gram tersebut. Tidak lebih dari 2 kali percubaan timbangan.

Ada 9 paku semuanya, nak cari salah satu paku yang beratnya 2 gram bagaimana. Jumlah berat kesemua paku tu ialah 10 gram lah kan.

aku pernah cuba menimbang begini, ambil 4 paku satu letak satu side, 5 lagi satu side. Misal kata paku yang 2 gram ada di kalangan 4 paku tadi, jumlah beratnya ialah 5 gram. Dan yang sebelah lagi yang 5 paku tadi ialah 5 gram sebab masing-masing satu gram. Jika beratnya adalah sama, kumpulan yang 4 paku tadi yang kita cari.

Jadi kita tahu yang 4 tadi dikalangannya ada paku yang 2 gram tadi. Ada 4 paku, ok. Kits nak spot 1 paku yang 2 gram. Kita tinggal satu percubaan lagi.

Tapi cara aku ni salah, cuba anda buat cara lain. Kalau dah dapat caranya share kat sini ye. Kalau betul aku bagi hadiah hehehee...

Tuesday, 27 March 2012

Penulis Blog Ini - Adaberada Sudah Meninggal Dunia.

Pagi tadi dalam pukul 10 pagi, penulis blog adaberada pergi menyahut panggilan Ilahi, sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham. Jenazah selamat dikebumikan pada tengahhari tadi dikampung halaman.





Orang kata kalau mati tak boleh buat main-main, saja entry aku bertajuk begitu. Kalau sebut kata mati semua orang takut. Tambah-tambah kalau belum bersedia.

Dan bagaimana kalau kita betul-betul mati? sesiapa pun akan mati cuma tak tahu bila dan dimana sahaja. Anda akan mati aku akan mati dan mereka akan mati. Tak hari ini, esok, tak esok lusa. Mati pasti menjelma.

Dan bagaimana kalau kita mati tanpa sempat bertaubat? tanpa persediaan secukupnya. Dan bagaimana jika isi blog kita banyak benda-benda yang menyebabkan kita disoal di alam kubur dan di Negeri Akhirat nanti. Bagaimana jika isi-isi blog kita banyak menyakitkan hati orang.

Bagaimana jika isi-isi blog kita banyak unsur fitnah, banyak benda yang tak sepatutunya ada. Ada gambar orang tak bertutup aurat? kita jadi penyebar aurat orang. Selagi blog kita tidak ditutup dan internet ada kat muka bumi, selagi itu isi blog kita dilihat orang.

jika isinya adalah sumber dosa, walau sekecil-kecilnya. Kita akan kena tempiasnya di akhirat nanti. Dan jika blog kita ada ilmu-ilmu yang bermanafaat kita akan mendapat hasilnya selagi ada pengamalnya.

Maka berhati-hatilah semasa membuat isi blog, kita tak tahu bila kita mati. Tak tahu bila kita akan dijemput Nya. Hentikan maki hamun di blog dan menabur kebencian dan mengeluarkan rasa benci di blog.

ps: Mengingati mati itu adalah tanda-tanda keimanan :)

Sunday, 25 March 2012

Lagu Ashiteru Jepun Yang Ditiru Zivilian Band?

Lagu Ashiteru yang dinyanyikan oleh Zivilian Band rupanya lagu asalnya dari penyanyi dari Jepun. Sila dengar rentak lagu dan melodinya. Aku cukup suka dengan liriknya.




Tapi setelah diselidiki Zivilian Band rupanya telah meminta kebenaran dari pemilik lagu untuk dinyanyikan oleh mereka. Rasanya keduanya best didengar, versi Zivilian Band mahu pun dari penyanyi asal lagu ni. Aku pernah tengok dikir barat kelate pun dah nyanyi lagu ni dalam versi loghat Kelate, pape pun bolehhh.....


Hadiah Hari Jadi



Sempena bulan kelahiran aku bulan Mac ni, aku dapat hadiah hari lahir dari buah hati pengarang jantung. Jom kita sama-sama buka apa hadiah yang aku dapat sempena hari jadi aku kali ni. Sila tengok gambar dibawah :)


Bila tiba hari jadi seseorang biasanya kita pening tidak tahu hendak beri hadiah apa untuk seseorang. Sama ada best friend kita, rakan taulan lain, adik beradik dan famili lain dan terutamanya buah hati.

Kalau banyak peruntukkan ditangan beli je gadjet femes terkini, iphone, ipad, Galaxy Tab, Macbook Air, Canon EOS 60D (aku nak miliki satu DSLR Canon EOS 60D ni) Gerenti itu hadiah terbaik, dan si penerima senyum meleret ke telinga sampai tarikh lahirnya tahun depan! tapi tak semua mampu dan sepemurah itu. Hendak beli untuk diri sendiri pun sakit, masakan beli dijadikan untuk hadiah orang lain.

Bila pening memikirkannya, maka carilah apa yang menjadi kesukaan orang itu. Aku pernah mendapat Gundam. Memang Gundam peberet aku sejak dulu. Terima kasih kepada yang memberi. Sudah dua orang 'teman baik' yang membelikan aku Gundam.

Tapi Gundam yang aku dapat tahun 2011 dulu, tak pasti hadiah hari jadi atau tidak. Sebab lewat sebulan. Dan atas sebab-sebab teknikal, si dia terlupa hari jadi aku.

Orang tak bagi hadiah hari jadi kat kita, sejujurnya tak kisah pun. Cukup sekadar dapat ucapan kat SMS atau Facebook. Melainkan orang yang tak berapa nak betul, difikiran dah di-Set-kan untuk dapat hadiah hari jadi setiap kali menyambutnya.

Tapi, jika orang yang rapat dengan kita. Kekasih hati lupa hari jadi. Something wrong somewhere! kalau kawan-kawan lupa, bolehlah dipertimbangkan. Ini kekasih hati lupa tarikh, dan siap minta nak tengok kad pengenalan lagi. Padahal dah hampir dua tahun bersama. Dan yakinlah hubungan itu tidak kemana. Benda nampak remeh. Tapi benda remeh temeh semacam inilah yang menjadi pisau memutuskan hubungan.

Sempena bulan kelahiran aku bulan Mac ni, aku dapat hadiah hari lahir dari buah hati pengarang jantung. Jom kita sama-sama buka apa hadiah yang aku dapat sempena hari jadi aku.










Hadiah dalam bungkusan






Buka......








Buka lagi..... nervous huhuhu..






Dan akhirnya.....


















Isi perut yang ditelanjangi...







Sebentuk jam tangan Jenama Casio. Macam tahu-tahu je, aku peminat jam Casio. Dari sekolah rendah lagi aku pakai jam Casio. Masa tu abg aku yang kerja Singapura belikan. Dalam kelas asyik dok tengok jam tu je, pastu ada budak pompuan perasan dan perli "amboi asyik dok tengok jam dia je"... malu huhuhu.. Tapi sayang jam tu tak lama dengan aku, bukan jodoh kot. Tercicir masa dok bermain zaman kanak-kanak dulu. Pastu, abg aku bagi lagi jam Casio masa sekolah menengah sampailah belajar Universiti pakai. Hampir sepuluh tahun, bila bateri hampir lemah dan perlu ditukar, aku pusakakan pada adik aku. Dia yang pakai pula.

Aku beli jam baru, jam Casio ke -3. Tali getah, malangnya satu hari. Tali getah tu dimakan lipas-lipas  durjana. Aku malas nak tukar tali, lagi sekali aku pusakakan pada adik aku bila dia keluarkan duit dia tukar tali baru dan minta nak jam tu. Dan lagi sekali aku beli jam Casio ke-4 pada tahun 2009, hadiah untuk diri sendiri hari jadi tahun tu. Sekarang masih utuh dan setia bersama aku. Tapi banyak calar-calar dan nampak usam.

Dan bila dapat jam baru ni, yang lama tetap dihati. Pakai yang baru. Moga yang baru ni lebih baik dari yang lama :) macam kekasih hati juga. Kenal awek lama pun tahun 2009, berpisah 2012. Dapat awek baru dan dapat jam baru. Jam simbolik awek hahahaa...




Pakai...










Ini jam Casio yang aku beli tahun 2009 tu.. jenama Casio memang tahan. Tapi apa-apa jenama pun tahan kalau harganya tinggi, macam Swatch pun ok dan nak mewah dan rasa duit tak habis nak pakai beli la Rolex yang berpuluh ribu ringgit tu. Aku promote Casio sebab dah biasa dengan jenama ni sejak kecil. Ada sentimental value dan ada pengalaman tersendiri. Jangan beli pasar malam sudah, hari ni beli, esok dah mati hahahaha..




ps : Terima kasih Dear, andai masa dihentikan aku tetap menyintai dan menyayangimu :)


(",)

Friday, 23 March 2012

Pecinta Terbaik

Lagu yang agak best dari sofaz, lirik pun penuh bermakna untuk kita jadi Pecinta terbaik :) Sila dengar kat Youtube atau download dimana-mana ye. Pas dengar lagu ni, rasa nak sayang orang yang kita sayang lagi mendalam dan dalam dan dalam sedalam, dalam, dalamnya....



Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna
Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Maafkan seandainya masih amatur cinta
Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta oo pencinta terbaik

Tuesday, 13 March 2012

Rahsia Disebalik Logo McD dan Taglinenya

Rupa-rupanya logo McDonald ini maksudnya......




Fitrah


Bila manusia mula melanggar fitrah. Hura-hara dan tak menentu hidupnya. Fitrah manusia, nak makan, nak tidur, nak buang air besar dan kecik. Dan fitrah nak berpasang-pasangan. Apa jadi kalau manusia melanggar fitrah? hatta menahan kentut sekali pun ada kesannya. Jika menahan fitrah makan, tentunya akan lapar dan lesu.

Dan bagaimana kalau manusia melanggar fitrah untuk berpasangan. Ada tak orang yang boleh hidup dengan melanggar fitrah semulajadi ini? berapa kuatkah dia? ada ke orang yang sengaja memilih untuk hidup bersendirian? ada ke orang yang sanggup memutuskan hubungan untuk bersendirian?
 
 
 
 
Ilustrasi kelakar, seekor anjing yang sanggup meninggalkan tuannya yang buta semata-mata untuk memenuhi fitrah dan nalurinya.


Doggy Style hahaha.... named from it :P

 
Manusia yang berfikiran bagaimanakah yang sanggup memutuskan hubungan. Adakah dapat disamakan dengan manusia yang menahan diri dari kentut dan menahan diri dari makan? Dengan memutuskan hubungan dan hidup bersendirian. Seseorang itu sebenarnya melanggar fitrah. Melainkan mememutuskan hubungan untuk berhubungan dengan yang lain, masih memenuhi fitrahnya.

Amat tipu sekali jika keluar dari mulut lelaki mahu pun wanita. " aku tidak memerlukan sesiapa dalam hidup ini, aku rela sendiri". Wanita yang bertudung labuh dan lelaki yang berserban 3 kilo sekali pun masih ada fitrah ini. Wanita dan lelaki yang anti-kapel pun masih ada fitrah ini.

Dan jangan melanggar fitrah untuk hidup bersendirian sampai ke tua, akan ada suatu masa dan ketika perasaan memerlukan seseorang. Membusykan diri dengan urusan kerja, dengan internet, dengan tv dan movie, dengan menulis blog dan menjelajah setiap blog. Mengadap Facebook. Masih akan ada sedikit ruang yang terasa kekosongan. Bila-bila masa akan menerjah. Jangan menidakan. Ia ada.

Cinta itu Indah. Kenapa memusnahkan ia? Cinta tak akan musnah, ia macam tenaga, dapat berpindah dari medium ke medium yang lain. Tenaga haba ke tenaga kinetik, tenaga suria ke elekrik. Andai cinta itu diibaratkan tenaga, seperti itulah ia. Dari insan lain ke insan lain. Yang nyata cinta itu tetap sama seperti dulu - indah dan jujur, setia.

Penuhilah fitrah ini dan kau tak akan keluh kesah lagi. Seperti kau makan bila lapar, seperti kau tidur bila mengantuk. Fitrah ini lebih indah jika dipenuhi dengan perkahwinan yang halal dan diredhai.


P/S: Jangan sesekali menyakiti orang yang benar-benar kita sayang. Andai kau menyakiti dan membuangnya, kelak dia milik orang lain. Dan perasaan sayang masih ada padanya... hilang sesuatu baru kau ingin belajar menghargainya. Dan jangan sesekali buat keputusan ikut emosi, sila guna fikiran. Dan jangan mengeluh dengan keputusan yang diambil, bila keputusan itu rupanya keputusan bangang. Keputusan dan pilihan bangang tadi, belum terlambat untuk dibaiki dan diubah. Doa dan usaha, yakin akan jaya dan bahgia. InsyaAllah. Allah itu ada, ada itu Maha Kuasa, Yakinlah! kau akan ok,ok saja :)

4 Posisi Tidur Kapel Yang Femes

Ini antara 4 posisi tidur pasangan yang selalu dipraktikan, orang yang ada pasangan mungkin tahu betul atau tidak. Ini bukan posisi seks ok!  No.. No.. No.. jom  tengok betul ke tidak  :)



Anda suka yang mana? aku suka yang petak atas belah kiri huhuhu... kaliskentut hahahahaa..

Monday, 12 March 2012

Pelajar USM Bunuh Diri - Gambar Ngeri

Tadi pukul 12.00 tengah hari. Seorang pelajar USM bunuh diri dengan terjun dari tingkat 10 pangsapuri yang disewanya dekat Sungai Dua. Patutlah aku dengar bunyi siren ambulan bersahutan, tapi ambulan selalu je kedengaran... ni gambar budak tu. Budak cina, pelajar tahun akhir Skol Fizik.







Dari cerita yang aku dengar, dia menghadapi tekanan dengan pencapaian akademiknya. Ini yang kali ke berapa kes bunuh diri melibatkan pelajar USM. Dulu masa aku belajar, seorang pelajar menggantung dirinya dikipas di Desasiswa Fajar Harapan. 

Ceritanya, budak melayu yang menjadi housemate kepada budak cina yang bunuh diri tu. Lupa bawa kunci, dan terkunci dari luar, malas nak kejutkan housematenya dia tidur dibilik kawan. Keesokan hari bila mahu masuk bilik dan bilik masih berkunci. Dia buka cara paksa, mungkin tendang dan terkejut tengok hosemate sudah mati tergantung. Pelajar tu juga diberitakan menghadapi masalah dengan course yang dia ambil. apa yang dia inginkan tak dapat tapi dapat course lain. Pelajar first year.

Yang kes tengah hari tadi ni juga ada kaitan dengan akademik. Mangsa sempat menghantar SMS kepada housematenya untuk menguruskan barang-barangnya. Aku tumpang simpati kepada keluarga pelajar ini dan kawan-kawannya. Benda ni boleh dielak jika tekanan ditangani secara bijak.

Aku pernah menghadapi situasi orang terdekat mahu bunuh diri dan hampir meragut nyawanya jika terlambat. Kalau terlambat, rasanya aku akan menyesal seumur hidup dan orang itu pastinya akan menyesal didepan Yang Maha Esa.

Kita sebagai orang Islam, dekatkan diri dengan Allah, baca al Quran dan banyak-banyak berzikir dan berselawat pada Nabi junjungan kita jika menghadapi tekanan dalam hidup. Tekanan itu ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita.

Cari apa punca masalah dan tekanan itu, adakah berpunca dari kita? berpunca dari tindak tanduk kita? berpunca dari pilihan kita?



P/S : Aku tertekan bila menyayangi dan merindui seseorang itu, tapi dia macam tak menghargai kerinduaan dan kecintaan aku padanya. Bunuh diri? Sorry!!! aku lebih menyayangi diri aku dari orang itu hahahaha... Dan bila cinta penuh dalam hati aku. Cinta lain datang... Love is what you give not what you get!


Sunday, 11 March 2012

6 Cara Naik Motorsikal Ekstrem

Rasanya kita semua pernah naik motor. Paling ramai yang aku pernah naik rasanya 3 orang je kot. Yang ni ekstrem melampau. Macam ni  pun ada hahaha..







ni cara kat Asia Barat, Iran ke Iraq



Boleh naik sampai 6 orang. Semua tak pakai helmet. Sorang tekan brek, sorang pulas minyak, 2 orang pegang handle. 3 orang tiada tempat pemijak.






Dari pakaian macam orang arab juga.




Yang ni lagi ekstrem dari yang pertama tadi muat 7 orang. Agaknya kanak-kanak tu yang muat sampai 7 orang. Agaknya rushing nak hantar anak-anak ke sekolah kot. Kalau kat Malaysia ni. Mahu kena saman 2,3 caj huhuhu...




Ni kat negara China. Tapi baby dalam tong tu macam edit je




Kita ada pemenang disini, 8 orang muat. Baby dalam tong tu rasanya di Photoshopkan. Kalau betul jadi 9 orang laa.



Dan untuk menjamin keselamatan anak anda semasa menunggang motosikal, kenalah ikut cara ini..


Memakai beg plastik pengganti Helmet
Selamatlah anak dia ni dari habuk dan serangga yang berterbangan semasa menaiki motosikal. Kalau hujan pun kepala tak basah.




Gaya di negara Latin
Yang ni buat aku ketawa sakit perut hahaha... sempat lagi seorang dipikul. Kalau yang diatas tu kentut nescaya motorsikal yang ditunggang hilang kawalan.



Selamba buat kerja sekolah
Adik ni rasanya tak sempat nak buat kerja sekolah atau terlupa malam sebelumnya. Atau pun mengulangkaji pelajaran. Masa itu emas, rugi dibazirkan.

Saturday, 10 March 2012

10 Tanda Dia Jodoh Kita



 
Ini konon-konon 10 tanda yang si dia jodoh kita, kopi pasta dari blog greenappleku.com yang kopi pasta dari i luv islam.com. Kajian yang mendalam dan secara saintifik belum dibuktikan, ini mungkin pengalaman dan pemerhatian penulis atau mungkin terbaca dari kitab-kitab lama huhuhhu... tapi rasa macam betul je, sebab aku rasa pun camtu :)

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, 7 March 2012

6 Bulan Yang Lalu

6 bulan yang lalu aku rancang sesuatu, perancangan aku hampir tepat. Aku yakin dia pun sama. Namun, kehendak takdir tak dapat dielak. Kekadang takdir tu nampak macam kejam bagi kita hadapi. Namun ada hikmah yang cukup indah.

Aku yakin dan pasti takdir itu untuk kebaikan untuk aku bukan untuk keburukkan dan kecelakaan. Takdir yang termaktub dari doa dan usaha kita. Bila kita berdoa untuk kebahgiaan dunia dan akhirat dan doa itu dimakbulkan. Yakinlah dengan takdir itu. Walau nampak tidak memihak kepada kita pada awalnya.

Mungkin, keadaan aku dahulu ditakdirkan jadi begini sekarang dari doa-doa  dan usaha. Rancang lain, jadi lain tapi yang pasti semua baik-baik belaka untuk masa depan aku. Dalam setiap doa aku, aku selalu mohon agar aku selalu mengingati Allah samada ketika susah dan senang.

Tapi aku mohon dan berdoa agar mengingatinya juga bila senang dan bahgia. Sebab kita mudah lupa, bila ada ujian mendatang baru ingin mengingati dan mendekati Allah. Moga yang baca blog ini juga selalu mengingati Allah. Itu yang buat hati kita tenang walau apa mendatang.



P/s : Jika ditanya apa permasalahan lelaki hanya ada 3 perkara besar sahaja, Perempuan, Duit, dan Darjat/Pangkat. Yang mana pangkat bagi aku, bukan satu masalah untuk aku. Tinggal yang dua diatas sahaja. Dan diantara keduanya, aku hampir tidak bermasalah lagi :)


Tuesday, 6 March 2012

Ujian


Ketika Allah rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibrail yang isinya adalah UJIAN. Dalam hadis Qudsi ALLAH berfirman : "pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana ingin mendengar rintihannya"

Tersepit?

Be strong, be strong, be strong Casablander!...... What Doesn't Kill You Make You Stronger.

Monday, 5 March 2012

Penat - Gembira - Insaf

Fuhhh.. penat giler drive dari Penang - Klang - Pahang - Klang - Penang. Driveton.
Baru sampai tepat kul2pagi tadi. Coret kat blog untuk rujukan masa depan :)

3 Mac, 4 Mac hari gembira buat aku. Aku jejak Sungai Lui, lagu Izzat tu, sayang tak sempat ambil gambar.

Penduduk Pahang yang ramah tamah.

Aku parking kat halaman berlumpur, lumpur tu aku bawa sampai ke Penang.

Masa kat Negeri Sembilan, sempadan Pahang, hujan yang sangat lebat. Menghalang penglihatan, malam gelap pekat dengan hujan maha lebat. Nasib baik GPS comel kat sebelah bagi Navigation hahaha... walau kekadang GPS comel tu terlajak dan tersasar bagi navigation.

Dekat-dekat nak sampai destinasi Kampung Tan Sri Hamzah, Daerah Triang, Bera. Satu kemalangan berlaku, mungkin hujan lebat. Aku tengok ada 2 biji motor atas jalan, dengan 2 orang anggota polis, menyuluh-nyuluh dengan lampu. Serius, memang gelap dan kabur masa tu. Kalau takde cik polis, mungkin ada pula yang langgar motor tu.

Pagi esok, tengah sedap makan nasi lemak buatan 'bakal mak mertua' :). dikejutkan dengan berita salah seorang anak penduduk meninggal kemalangan motor, rupanya kemalangan yang aku nampak malam tadi meragut nyawa anak penduduk situ. Umur 16 tahun perempuan.

Maut tak mengenal usia dan darjat, bila-bila masa boleh menjemput kita. Cuma kita kena bersedia dan ada bekalan jika dijemput ke sana. Cukup-cukuplah sakitkan hati orang. Andai kita pergi sebelum meminta maaf kepada orang itu bagaimana?

Maka betullah dikata orang, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman. Untuk makluman, buat pertama kali aku memandu ke Selatan berseorangan, berbekalankan telefon bimbit berGPS yang habis baterinya bila dah dekat nak sampai Klang. Hilang punca disitu.

Panggilan sicomel (si comel? macam kucing je hahahaha..) menyelamatkan dari tersesat jauh, ngam-ngam nak pilih simpang mana patut dituju. Si Dia memberi arahan seperti GPS hidup lagaknya. Sampai ke muka pintu juga.

Lumpur yang dihalaman tu sebenarnnya, ayah si comel, mencangkul sejak berberapa bulan sudah,untuk meratakan tanah. Katanya senang kereta nak masuk parking, dan senang nak majlis kenduri Kahwin nanti nak letak kerusi meja. Majlis kahwin aku nanti kah ayah pakcik?

Aku penat nak tidur, walau banyak benda nak tulis disini.

P/S : Aku rasa hari lahir kali ini, aku dapat hadiah paling bernilai, i know it and i can feel it. For a long time i hard to get this feeling. Feeling to love somebody and get that feeling also. Hati tengah berbunga-bunga.. Yup, aku jatuh cinta lagi. What dont kill you, make you stronger. Semoga Allah jauhkan rasa cinta ini dari bunga-bunga dosa dan jauh dari bisikan Syaitan. Semoga ada restu dari orang tua dan redha Allah.

Sunday, 4 March 2012

Selamat Hari Lahir

Hari ni 4 Mac, hari jadi aku. Mungkin sekarang kat Selangor atau Pahang.
::Schedule entry::

Saturday, 3 March 2012

Be Strong





Dear... you have to be strong... look ahead. This is what you want...

.
.
.
.

Esok 4 Mac. Hari Lahir Aku. Doakan aku yang terbaik ye kawan-kawan :)

Friday, 2 March 2012

Cinta, Rindu, Benci

Jika kamu jatuh cinta, kamu akan sakit hati....
Jika kamu sakit hati, kamu akan membenci...
Jika kamu dah mulai benci, kamu akan cuba melupakannya..
Jika kamu tengah cuba melupakan, kamu akan mulai merinduinya..
Jika kau mulai rindu, kamu akan jatuh cinta lagi...












Kod Rahsia Google - Cinta

Ni ada satu kod, semacam kod rahsia kat Google Search, jika anda masukkan kod ini di Search Bar google dan tekan search. Satu benda akan keluar. cubalah.... Copy n Paste kod dibawah kat search bar Google, tengok apa yang muncul.



Copy Paste Kod ini kat Google Search Bar : sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(6-x^2), -sqrt(6-x^2) from -4.5 to 4.5

Thursday, 1 March 2012

Salah Faham

Telefon berbunyi pukul 1 pagi.... Ring,ring,ring.... Angkat.

"Hello?"

"Yup ada apa,?"

"Hantar mesej kat awek mana, tanya dah makan ke belum ni?"

Diam.... ???

"Siap ada sayang,sayang lagi ni?"

Diam lagi...???

"Apa mesej tu kata"?

"Bla,bla,bla,bla.."

"Hahahaha.. tu mesej saya nak hantar kat awak"

"Betul ke"?

"Betul laa.. forward mesej tu kat saya, nak cek kat sent item"

Bila mesej di hantar, rupa-rupanya, mesej yang aku hantar pada hari jumaat lepas. Hampir seminggu kat ruang udara baru masuk inbox kat Cik Aza kita, tengah-tengah malam pula tu. Boleh bergaduh benda-benda macam ni hahahaa...


Cik Salah Faham

Things People Say When a Movie Finishes in the Theaters

Damnn..!!! its true hahahaha... i do. Do you?













.

Double Meaning Pictures


First Come In, then... Go Away






First Love, then... Hate





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...