iklan. Jangan klik hahaha...

BERSIH 3.0

Isu Bersih 3.0 yang aku tulis ni mungkin dari sisi pandangan aku yang masih dangkal ilmunya tentang dunia yang tengah kita jalani kehidupan sekarang. Mahu tidak mahu, kita terheret sama dalam isu ini secara tak langsung atau secara langsung.




Tidak kiralah anda seorang pelajar, anda pekerja swasta, anda penjawat awam, anda seorang cikgu, anda seorang lecturer. Atau anda seorang pencacai najis sekalipun, anda terheret sama. Sepanjang 2,3 hari ini wall Facebook dipenuhi perkara yang berkaitan Bersih 3.0.

Tidak kira penyokong kerajaan mahu pun penyokong tegar pembangkang. Komen, luahan hati, pendapat seperti mereka betul dan dipihak yang benar. Di Wall Facebook, komen-komen diblog, komen-komen di Youtube menunjukkan siapa sebenarnya mereka. Kedangkalan mereka, kebodohan mereka. Apa yang terkeluar dari mulut, dari apa yang mereka taip adalah dari hati mereka.

Komen-komen melampau, menggunakan bahasa kesat, lucah, mengarut dan bermacam-macam ayat najis yang ditaip dan disuarakan. Tidak kira belah penyokong kerajaan, mahu pun belah pembangkang. Mereka sama.. sama. Seakan mereka bercakap dari kecil begitu, bercakap dan diajar sejak kecil dari orang tua mereka begitu. Perkataan babi, fuck, jubur, bengong, bodoh, pencacai, anjing kerajaan, penjilat bontot Anwar dan bermacam-macam perkataan sakit yang lain.

Perkataan sebegitu tidak akan keluar dari insan sihat jiwa dan raganya, melainkan dari pesakit hati dan pesakit jiwa. Orang yang hati dan rohnya sakit sahaja yang mengeluarkan perkataan sebegitu. Dan mereka yang menyokong samada PR atau BN, mereka yang mendendangkan perkataan dan ayat kurang enak begitu, anda sama. Anda bertekak dan menegakkan berdasarkan emosi. Duduk didepan komputer membantai golongan-golongan yang mereka tidak puas hati. Menunjukkan kedangkalan dan kebodohan minda masing-masing. Jangan tunjuk kebodohan kita, apatah lagi kecerdikan pun tidak digalakan untuk ditunjuk-tunjuk takut menimbulkan riak.

Hakikatnya, golongan penyokong ini, penyokong PR atau penyokong BN yang melampau batas ini ada sesuatu dalam jiwanya, ada perkara yang tidak puas hati, ada benda yang dihajati tidak kesampaian. Jiwa dan rohnya sakit. Sakit hati itu, menyebabkan hatinya rosak, hati yang rosak terdorong mengeluarkan perkataan kebenciaan yang melampui itu.

Mungkin golongan ini, banyak hutangnya, percintaan gagal, kecewa dengan pasangan, kurang duit, kurang kasih sayang, pendendam yang busuk hati, muka nampak baik tapi pendendam yang busuk hati. Kerjaya bagus, berpelajaran tinggi, tapi pendendam yang busuk hatinya. Jika graduan yang masih tamat belajar, mungkin terkial-kial mencari pekerjaan. Lantas jalan mudah untuk mengurangkan keserabutan minda, ini tempatnya. Komen dan maki hamun medan tempat meluahkan kemarahan dan ketidakpuashati. Mereka yang bergaduh laki bini, mereka yang kereta dan motornya rosak sentiasa. Mereka yang selalu dimarahi boss ditempat kerja, mereka yang mempunyai masalah tersendiri.

Andai pun, jika mereka tidak tergolong dari kalangan mereka ini, dapatkah komen-komen mereka merubah keadaan? dapatkah buah fikiran yang penuh emosi itu merubah keadaan?. Jika benar pun ingin merubah persekitaran, merubah politik tanahair, merubah iklim sosial negara. Tanya pada diri sendiri dulu, baikkah kita, sudah berubahkah kita kearah yang lebih baik. Solat awal waktu kah kita? solat tidak pernah miss kah kita? tiada dosakah kita, yang berkapel dengan dosa kecil kapelnya, yang perempuan dosa mengumpatnya, yang lelaki dosa kecil memandang wanita dengan penuh nafsu. Dosa sesekali tergelincir ke web porno sewaktu berinternet. Dosa menatap gambar seksi mugil artis-artis.

Sucikah kita dari sebarang dosa, bolehkah kita lakukan perubahan pada diri sendiri sebelum merubah ke skala yang lebih besar. Sebenarnya kitalah hierarki terpaling bawah sekali dalam masyarakat. Individu elok, akan membentuk keluarga yang elok. Keluarga yang elok pula akan membentuk masyarakat yang elok. Jika rosak individu, yakni diri kita. Masyarakat pula bagaimana? Lakukan perubahan kecil pada diri kita dahulu.

Jika jarang solat awal waktu, cuba solat awal waktu. Jika memang solat awal waktu, cuba pula solat jemaah. Ingatlah solat itu tiang agama, jika rosak solat, rosaklah agama, jika rosak agama, rosaklah individu itu, jika rosak individu, maka rosaklah masyarakat. Solat itu amat penting, Nabi Muhammad S.A.W sebelum kewafatan baginda berpesan supaya menjaga solat. Solat yang sempurna dapat mencegah perbuatan keji dan murka. Jika anda solat tapi masih melakukan perbuatan keji dan murka, ketahuilah solat anda belum sempurna.

Tahukah anda, kedua pihak yang anda sokong tidak dapat menyelamatkan anda diakhirat nanti. Malahan didunia belum tentu meraka dapat menolong. Anda dapat hidup sampai sekarang agak-agaknya sebab siapa? mereka yang membesar dan memberi anda makan?


firman Allah yang bermaksud :

"Dan jika dua puak orang yang beriman bertelagah/berperang, maka damaikanlah diantara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil".
Al-Hujaraat 49:9

Dan bila membaca terjemahan ayat ini, aku mula pening, dua golongan ini adalah sama-sama melampau. Mungkin segelintir yang melampau, sedikit yang buat taik, ramai yang terpalit. Mungkin diluar sana masih banyak yang baik-baik. Mungkin penyokong yang melampau, pemimpinnya masih ok dan waras. Kita ada akal untuk menentukan mana baik dan mana buruk.

Dan sudah ada kes sahabat FB mula meremoved friend masing lantaran berbeza pendapat pasal isu Bersih 3-0 ni. Kan dah memutuskan silaturrahim tu, walau silaturrahim tu terjalin kat FB je. Aku ada kawan-kawan yang sokong dan bantah Bersih ni. rileks la bro, macam lah isu ni memporak-perandakan hidup anda sampai emosi dan mula menghasilkan komen dan status tahap sakit jiwa.

Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan di antara manusia bergaduh dan sesiapa melaksanakan demikian adalah untuk menuntut keredaan Allah, semoga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda.” (Surah An-Nisa’, ayat 114)



Ps : Casa moga tiada sengketa antara kita lagi :)







Gideon Sundback

Suatu hari dalam bilik kuliah ( dipanggil studio untuk pelajar Perumahan Bangunan Dan Perancangan, USM). Masa tu tak ramai, ada 6,7 orang pelajar sedang menunggu lecturer datang. Aku sedang berdiri gaya seorang model sesekali bersandar pada meja lukisan.

Kemudian, datang seorang kawan berbisik pada telinga " wei..zip seluar kau terbuka" aku ingat dia melawak, tengok celah kangkang betul-betul zip terbuka, cepat-cepat berpaling dari pandangan orang tarik zip tutup.

Tak tau lah budak-budak perempuan kelas aku nampak ke tak, zip yang terbuka tu dah menampakkan seluar kecik aku. Nasib baik pakai, kalau lupa pakai? belalai gajah boleh terkeluar kot hahahaha... dan tajuk entry diatas ada kena mengena dengan cerita zip aku. Dialah pencipta zip yang boleh mendatangkan malu aku tu huhuh... ni serba sedikit pasal dia. Nak lebih lanjut sila ke Wikipedia.

Dan Doodle Google hari ni kreatif giler, ada zip boleh buka dan bila buka nampak info pasal pencipta zip ni :)


Gideon Sundback (April 24, 1880 – June 21, 1954) was a Swedish-American electrical engineer. Gideon Sundback is most commonly associated with his work in the development of the zipper.

 Otto Fredrik Gideon Sundback was born on Sonarp farm in Ödestugu Parish, in Jönköping County, Småland, Sweden. He was the son of Jonas Otto Magnusson Sundbäck, a prosperous farmer, and his wife Kristina Karolina Klasdotter. After his studies in Sweden, Sundback moved to Germany, where he studied at the polytechnic school in Bingen am Rhein. In 1903, Sundback took his engineer exam. In 1905, he emigrated to the United State





Selamat Pagi Dear :)

Untuk kamu yang membuka dan membaca blog ini diwaktu pagi :)
Moga dibawah lindungan Allah sentiasa.

Komen Facebook Paling Panjang

Tadi masa melawat Facebook kejap, terbaca komen mamat ni kat wall, punyalah panjang dia punya komen. Ada yang kutuk, ada yang like. Apa komen anda dengan komen dia ni. Macam banyak masa dia ni huhuhu...
 
Mohammad Syahmi : Kepada tuan punya status, dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda
untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. Sebenarnya saya tidak ...tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan apa yang
saya komenkan kerana secara tidak langsung komen saya ini akan memberi manafaat kepada status anda supaya status anda lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih online selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda bukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap status anda. Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen status anda
di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online, maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar. Kerana
itulah saya menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu
untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen status anda. Ya itulah kesanggupan saya mengomen status anda..Sebenarnya saya nie cukup malas hendak mengomen
post anda ini.Tapi saya selaku pelihat dan pemerhati
post-post di sini harus juga mengomen di status
anda.Mungkin anda akan berasa letih membacanya tapi
saya tetap mahu menulis sepanjang ini k......erana saya
begitu berharap anda akan membacanya.Saya merasakan bahawa saya wajib mengomennya dan itu terpulang
kepada anda jika anda tidak mahu membacanya.Saya
merasakan jika saya mengomen di status anda,saya
berasa comment sayalah yang paling bagus dari semua
comment-comment yang ada di status anda.Mungkin
ada yang mulutnya akan berbuih jika membaca comment ini.Tapi saya selaku pengoment akan tetap
menulis sepanjang mana comment yang saya dapat
tulis.Saya meminta maaf jika comment ini membuatkan
anda menyampah dan ingin memblock anda dari status
kawan saya.Tapi saya redha dengan keputusan
itu.Mungkin dalam fikiran anda,anda berfikir kenapa saya mengomen sepanjang mungkin.Kerana saya sudah
jelaskan tadi,saya selaku pengoment harus memberi
komen terbaik dari yang terbaik dari pengoment-
pengoment yang lain.Bagi saya,ini satu kepuasan bagi
saya jika saya dapat mengoment status anda sepanjang
yang mungkin dan saya harap comment sepanjang ini dapat memuaskan hati saya dan juga semua pihak.Saya
merasakan bahawa anda harus membaca comment ini
kerana ini juga salah satu ilmu dan anda harus
terokai.Jika saya menulis comment ini sepanjang-panjang
mana yang boleh.Ini dapat meningkatkan lagi kemahiran
bertulis saya terhadap komputer.Untuk pengetahuan anda,saya menghabiskan masa selama 30 minit menulis
comment ini dan saya berasa ini comment terbaik dari
yang terbaik yang pernah saya tulis.Maafkan saya sekali
lagi,tapi saya harap anda mengerti comment saya yang
begitu panjang ini.Mungkin sekarang nie sebahagian dari
pembaca sudah matanya juling kerana pening membaca comment ini.Tetapi ini ialah hakikat,saya tetap mahu
mengommentnya.Saya sangat menghargai anda kerana
anda sanggup tekan "See More" semata-mata mahu
membaca comment saya.Saya sangat terharu dan ini
juga membangkitkan semangat saya bagi terus
mengomment dan mengomment status anda sebanyak yang mampu.Bagi menulis comment ini,saya telah
membeli KFC dan juga PIZZA HUT bagi membolehkan
saya tidak keletihan bagi mengoment status anda
ini.Kerana saya merasa anda ialah seorang yang sangat
bertuah kerana telah mendapat comment saya
nie.Mungkin sebahagian dari tuan punya status ini suka dengan comment saya ini,dan mungkin juga
sebahagiannya tidak suka,tapi saya tetap berharap
supaya anda menyukai comment saya kerana saya telah
menghabiskan duit bagi membeli KFC dan PIZZA HUT
SEMATA-MATA mahu mengomment di status anda
ini.Kerja saya di MUKA BUKU ini hanyalah mengomment status orang dan ramai sekali menyampah dan ada juga
orang ketawa melihat comment saya yang begitu
panjang lebar nie.Saya berharap selama anda membaca
comment saya ini.Sedikit-sebanyak ada juga ilmu yang
akan masuk ke kepala otak anda.Sebenarnya saya
berfikir mahu menulis lagi.Tetapi saya fikir cukuplah comment saya setakat ini kerana saya berfikir,mesti ada
orang sudah masuk hospital gara-gara membaca
comment saya ini.Sekian saja di sini.Dan terima kasih
sekali lagi kerana sudah membaca comment saya
sehingga di akhirnya..hihi

Cara Untuk Urus Masa Dengan Betul

Masa itu emas, baca je profile aku cara untuk urus masa dengan betul, itu pesanan Nabi kita. Aku dah takde masa nak berblog masa ini. Adesss... :)

Proton Preve

Sebut Pray weiii... macam nak suruh member kita yang belum solat pray weiii... solat weiiii... Dan legasi Proton dikembang lagi dengan kemunculan Preve ni. Moga tiada masalah dan success dengan model ini.

Kewajipan Seorang Blogger

Blogger pun ada kewajipan ke? Ada, jika blog anda ada ramai pengunjung. Tambah-tambah yang ada pengikut beribu-ribu dan berpuluh ribu lagi banyak kewajipan dia. Ada orang kata, blogger yang kata, blog tempat dia meluah apa yang dia rasa, apa yang dia fikir.   Betul!

Tapi kalau luahan, apa yang dirasa tu dibaca oleh beribu-ribu orang disana bagaimana? aaahhh...blog aku suka hati aku lah, suka hati aku lah nak tulis apa. Aku tulis aku nak baca, dah kalau begitu kau tulis je lah kat notepad kat  Microsoft word, kau bacalah seorang diri.




Jadilah seorang penulis blog yang ada kewajipan pada pembaca, yang ada kewajipan pada masyarakat. Yang memberi sesuatu kepada masyarakat. Penulis pernah membaca satu blog yang agak terkenal, ada beribu-ribu pengikut. Dan satu entry tu, ada benda yang tak berapa betul atau tak betul langsung. Ramai komentar disitu mengutuk dan mengkritik berkenaan entry tersebut. Jika apa yang dikata itu diikuti sebilangan besar orang yang membaca apa yang dia tulis dan sampaikan, bagaimana?

Segala fakta atau sesuatu perkara mestilah betul jika nak disampaikan dalam blog, kena ada kajian dan bukti. Jangan semborono belasah tulis atau kopi pasta begitu aje. Kalau entry pasal anda tengok wayang semalam, anda kata tak best, dan movie tu betul-betul best. Anda kata tak best sebab tertidur selepas 10 minit menonton, tersedar dan tengok semula 5 minit nak habis. Fakta sebegitu tak mengapa, movie best dikata tak best, sebab setiap individu ada citarasa movie masing-masing. Fakta begini pun ada kesannya juga, orang yang berhajat nak tengok mungkin tak jadi tengok huhuhu...

Ramai blogger diluar sana, kebanyakkannya lost dengan matlamat asal blognya diwujudkan. Tiada matlamat atau target untuk apa blog diwujudkan. Sekadar meluangkan masa terluang, menghilangkan rasa bosan. Menulis dan mengepost bila bosan. Terdapat juga blogger yang menjadikan blog seperti diari hidup, dibaca oleh setiap orang. Diari konvensional yang berbentuk buku rasanya akan disimpan betul-betul ditempat yang selamat. Tidak mahu sesiapa menjumpai atau membacanya. Bolehkah blog disamakan dengan diari?

Jangan ambil serius huhuhuh... blog diwujudkan oleh Google dan diberi percuma kepada pengguna untuk diisi apa sahaja yang terlintas difikiran, melihat sesuatu perkara, diambil gambar dimuat naik ke blog. Apa-apa sahaja, kita tengok wayang, kita beli selipar baru, beg baru. Kita pergi makan dan ambil gambar kedai tu. Dan bermacam-macam cerita dalam tu. Google adalah sebuah enjin carian. Pihak Google memerlukan maklumat yang kita sampaikan dalam sebuah blog. Dan orang yang menyampaikan apa yang dia jumpa dan bukan seorang yang memasukan ke dalam blog, berjuta-juta orang diseluruh dunia melakukannya. Mungkin ada carian di google - berat sebiji tahi hidung yang digentel. Lalu, dihujung dunia sana ada orang yang membuat pencarian berkenaan berat tahi hidung yang digentel.




Orang yang menulis berkenaan berat tahi hidung yang digentel tadi mesti membuat kajian terlebih dahulu, dengan mengorek hidung dan menyelongkar segenap rongga hidung, digentel. Lalu ditimbang dialat timbangan yang sensitif dengan berat micron. Orang ini lebih baik dan mulia, dari orang yang menyampaikan benda yang tak betul tadi. Sekurang-kurang dia mengkaji tahi hidung tadi, tidak semborono menulis atau kopi pasta benda yang tak betul. Pihak google dengan sendiri dapat manfaat dari blog yang diwujudkan untuk pengguna. Dan kita pun mendapat manfaat juga. Buka Google, buat carian. Kita akan ditemukan dengan blog berkenaan maklumat yang kita cari.

Janganlah meletak artikel atau sesuatu yang sia-sia. Dan dalam satu terjemahan petikan al-Quran yang bermaksud :

"Dan apabila mereka mendengar perkataan tidak bermanfaat, mereka berpaling darinya dan mereka berkata, "Bagi kami amal-amal kami, dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil."

[Al-Qasas: 55]

Lagi bagus jika blog anda unsur-unsur dakwah kearah kebaikan kerana ada hadis nabi menyebut :


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Maka, sampaikan segala kebaikan dalam blog anda. Walaupun sepotong ayat dari Nabi kita atau dari AlQuran.

Seperti Dijangka

Huhuhuhu... seperti yang dijangka entry aku yang bertajuk blowjob (bj) mengundang sebanyak 4 hit ke blog aku. Ada yang masih berminat dan ingin mengetahui apa itu bj. Artikel tu, rasanya aku kena rujuk alim ulama dengan lebih mendalam. Tak boleh semborono tulis macam tu sahaja. Mungkin yang ingin mengetahui tu budak belasan tahun. Baru nak mengenali dunia. Dan jangan terkejut, kalau yang dah dewasa pun tak tahu. Tak penting pun...... yela, siapa kata penting pula? aku tak.

Hari ini saja, 4 hit pasal bj mengena tepat menuju ke blog ini. Lumrah manusia ingin mengetahui benda berkaitan seks, naluri semulajadi. Kalau kau takde naluri tu, kau tak normal ok huhuhu... Tapi,nafsu seks ini haruslah ke saluran yang betul. Nikah kahwin yang halalan toyyiba.

ni screen capture berkaitan


Mimpi

Malam tadi, aku bermimpi. Budak yang curi telefon bimbit aku, muncul semula dirumah. Masa aku kelam kabut pindah rumah, dengan barang bersepah merata-rata. Budak yang baru aku kenal, mungkin jiran sebelah. Offer bantuan nak tolong.

Aku dah rasa lain macam, dia siap balik rumah ambil plastik hitam lagi, nak tolong buang sampah. Masa aku dok solat, dia mundar-mandir. Selepas tu minta diri untuk pulang dari abang aku. Masa tu aku masih solat. Selesai solat, cari telefon bimbit dah tak jumpa. Kami cari seluruh isi rumah tak jumpa. Tiada orang lain masuk kecuali budak tu.

Cuba miss call, dah ditutup. Budak tu, tak muncul-muncul sejak hari tu. Aku cuba juga tinjau tempat dia selalu lepak kat bawah, tak jumpa. Rumah dia pun aku tak tahu, yang tahu aku cuma, dia tinggal aras bawah dari rumah aku. Damnn... tolong ada maknanya rupanya. Tengah malam miss call lagi, dapat. Miss call lagi terus tutup.. Aku sayang dengan no. ni aku beli tahun 2004 lagi 012 55552**, no cantik. Nanti, nak ke pusat Maxis ambil balik no.ni. Kena bayar RM10 ringgit kot.

Dan malam tadi aku bermimpi,dia muncul dimuka pintu, aku pelawa dia masuk. Aku tutup pintu dan soal selidik. Aku mula seksa dia, aku rendam kepala dia dalam baldi yang diisi air, dan bermacam-macam seksaan lagi. Nasib baik dalam mimpi, kalau diluar mimpi aku ni rasanya macam watak psyco movie mat salleh tu. Pembunuh kejam dan penyeksa orang warrrrrrrhhhhhhhahahahahaaa...

Mungkin, otak dan fikiran aku berserabut dan rasa tak puas hati dikhianati begitu. Lalu aku bermimpi yang bukan-bukan. Ada orang tak jujur seperti ini membuatkan dunia tak aman. Kita susah nak percayai orang, walaupun dalam Islam tak digalakkan berburuk sangka. Tapi, ada keperluan untuk berhati-hati dengan sesiapa sahaja.



ps: Bulan April ni banyak sangat terkena, dan yang paling besar belum sempat lagi aku ceritakan kat sini. Sebab belum setel sepenuhnya. Mungkin kena April Fool, kata polis yang aku buat report pasal kena tipu benda besar tu. Telefon bimbit tu aku tak report pun. Benda besar yang aku terkena tu, masih dalam siasatan polis. Baru je aku post pasal polis minta rasuah dari aku. Sekarang, aku perlukan bantuan mereka. Alaa.. yang tu minta rasuah, patutlah aku kritik. Tugas mereka benteras jenayah dan jaga keamanan, patutlah aku adu kat mereka. Selain aku, ada sekumpulan student USM pun terkena juga. Next story, aku cerita detail. Ni curi-curi update kat tempat kerja hohohohoho.... benda berkaitan post aku yang lalu disini

Gempa Bumi!

Petang, sedang enak aku berbaring disofa diruang tamu rumah. Dalam jam 4 petang camtu. Terasa sofa yang ditiduri bergoncang-goncang. Pada mulanya aku ingatkan angin luar sebab pintu dibiarkan buka. Tapi terasa lain macam bila pinta tak ditolak angin.

Aku bangun, tidur lagi, bergoncang lagi. Bingkas bangun lagi, tinjau luar melalui pintu, tengok jiran sebelah masing-masing dok tinjau-tinjau. Aku dah tahu satu blok dah rasa, maknanya gempa dah berlaku. Terus capai beg laptop dan beg galas, isi barang-barang penting. Tak kunci pintu terus berrlari keluar.

Penghuni aras lain pun kelam kabut berlari keluar, bila dah sampai bawah aku tengok ramai dah orang berkumpul dibawah. Blok perumahan lain pun sama. Aku bersembang dengan mereka pun, cerita yang sama terasa bergoncang. Lalu selamatkan diri. Aku masih tak berani masuk rumah takut ada gegaran susulan. Bangunan ttu dah la usang dan tua. Dan rata-rata bangunan kat malaysia ni tidak mengikut spesifikasi standard menghadapi gegaran gempa bumi, sebab negara tidak mengalami gempa. Jadi para pemaju, arkitek, juga kerajaan tidak mensyaratkan bangunan di Malaysia tahan gempa seperti di Jepun, Amerika, Eropah dan negara-negara yang mengalami gempa lain.

Akan datang, bangunan di Malaysia kena tahan gempa bumi. Kerana kita kena tempiasnya, dan mengikut kajian, lingkaran gempa mendekati Malaysia. Pusat gempa hampir mendekati Malaysia. Malaysia tidak dapat lari dari gempa bumi.

Dalam kelam kabut tu, aku menghubungi rakan yang lain, tidak tahu. Aku telefon adik dikampung tengok perkembangan terkini kat TV - tidak tahu. Aku buka Facebook di telefon bimbit. Tengok status update, rata-rata mengalami gegaran dan ada yang bagi tahu gempa bumi dekat Acheh, Utara Indonesia. Terasa kehebatan Facebook sebagai penyebar berita yang pantas - benar atau pun palsu. Yang benar baguslah, yang tak benar porak peranda jadinya.

Bila rasa keadaan dah selamat, aku naik dan masuk rumah. Plan nak tengok Movie baru The Battleship, terpaksa dilupakan. Queensbay Mall tu dekat dengan laut. Kalau Tsunami melanda, tak pasal-pasal the battleship menghentam kereta yang diparking dekat pesisir tu. Malas nak ambil risiko, delay hari lain je laa movie tu.
,

Antara Ipad Dan Sebungkus Nasi

Apa kaitan antara Ipad dan sebungkus nasi? macam tiada kaitan tapi ada falsafah disini yang ingin disuarakan, falsafah tak semestinya betul. Bergantung pada penerimaan seseorang. Biasanya falsafah betul pada orang yang berfalsafah tu, pada pegangan falsafahnya.

Lalu dikota itu, dikota besar itu, penuh dengan lumpur sesuai dengan namanya - Kuala Lumpur. Dan ditengah-tengah kota itu, ada eksekutif muda. Pertengahan 20-an, lebih tepat 25 tahun. Bergaji agak lumayan, sementelah masih muda. Tiada tanggungan, bujang dan muda. Segala benda yang dihajati ingin dibeli. Sebut sahaja gadjet-gadjet terkini, semua akan dimiliki. Walau benda dan alat itu bukan satu keperluan hidup.



Dan eksekutif muda ini, seperti mengikut trend terkini, ingin memiliki sebuah komputer tablet. Duit sudah ada, tunggu bayar dan bawa pulang. Namun, anak muda ini pening untuk memilih mana satu yang sesuai. Hendak miliki ipad atau galaxy tab. Kedua hampir sama ciri-cirinya. Keduanya hampir sama kelebihannya. Namun, demi status dan mengikut trend dia memilih ipad. Ipad terbaik dari segi penjenamaan dan tentunya jenama yang baik orang terbaik saja yang mampu miliki.

Terbayang dimata bila memiliki nanti, ingin ditunjuk pada kawan-kawan di pejabat, kalau tidak menunjuk secara langsung pun, cukup ditunjuk dengan mengoperasikan depan kawan-kawan. Terbayang dimata, ingin membawa ke kedai mamak, menggunakan wifi percuma disitu, pasti ramai menjeling. Lepak di Starbuck sambil minum segelas kopi yang berharga RM16 segelas sambil berfacebook, alangkah tingginya status. Dan, dia akan menunjuk-nunjuk pada keluarga dan saudara dikampung atau cukup memberi pada anak saudara melayan permainan yang siap dipasang. Atau dimana-mana sahaja jika berpeluang.

Tamat kisah eksekutif muda.






Dikota yang sama, namun didaerah setinggan. Kelihatan seorang tua, uzur - lemah dan tidak bermaya. Perutnya lapar lantaran dari pagi belum terjumpa sesuap nasi. Lalu mengira-ngira duit ditangan, cukup untuk sebungkus nasi dan kalo beli kuih dapat 2,3 biji. Gelisah bila mengingatkan seorang kawannya belum juga makan apa-apa. Mahu dibeli nasi dapat sebungkus, mahu beli kuih dapat 3 biji. Dalam berkira-kira itu, sampai juga dia digerai menjual nasi dan kuih.

Lalu,dibeli nasi, fikirnya nasi dapat bertahan lama kenyangnya berbanding kuih. Sebungkus nasi dikongsi bersama dapatlah menghilankan lapar sepanjang hari. Orang tua bukanlah seleranya tinggi sangat. Dua, tiga suap sudah cukup mengenyangkan. Lalu lekas dibawa menuju ke rumah atau layak dipanggil pondok akan adanya. Jalan agak sibuk macam biasa, tapi dia tidak menghiraukan semua itu. Dia hanya berjalan kaki, kesesakan lalu lintas tidak mengganggunya.

Tamat kisah orang tua.


Eksekutif muda tadi, sudah berada di pasar raya terkemuka. Kedai gadjet menjadi destinasinya. Wang dibayar, ipad bertukar tangan. Kini sah menjadi miliknya. Dibelek-belek seketika setelah berpuas hati, terus berlalu pergi. Tidak sabar rasanya ingin melayari internet di ipad yang dimiliki. Didalam kereta masih dibelek-belek lagi. Ahh, terlalu banyak aplikasi mahu dijelajahi.

Semasa memandu pun, semasa memegang stereng. Tangan masih sempat menyentuh-nyentuh paparan skrin. Hingga sampai disuatu tempat, dia terperanjat melihat seorang tua melintas jalan tiba-tiba. Sudah terlambat untuk memijak pedal brek. Terus keretanya melanggar tubuh lemah orang tua itu. Kawalannya hilang, selepas melanggar orang tua itu, dia melanggar pula pembahagi jalan. Masuk ke laluan bertentang. Bertembung dengan sebiji kereta.

Keduanya meninggal dunia, orang tua yang memilih antara kuih dan nasi tadi dan eksekutif muda yang memilih antara galaxy tab dan ipad tadi. Keduanya menemui ajal. Keduanya ada pilihan yang sudah dibuat. Keduanya sudah mendapat apa yang dihajati. Keduanya menemui ajal ketika memiliki sesuatu yang diingini.

Bezanya, orang tua itu memilih nasi kerana keperluannya, keperluannya untuk menghilangkan lapar. Untuk terus hidup. Manakala, eksekutif muda itu memilih ipad sebab kehendaknya. Keduanya memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Beza orang mampu dan tidak mampu ialah pemilihan antara kehendak dan keperluannya. Namun, disebalik pemilihan keperluan dan kehendak tadi, kita tidak boleh lari dari menemui ajal.

Nasi itu keperluan, ipad itu kehendak. Kehendak kekadang tidak membantu sangat dalam kehidupan. Mampu dan tidak mampu menyebabkan kita memilih antara keperluan dan kehendak. Orang yang mampu sudah tentu keperluan sudah cukup, cuma untuk memenuhi keperluan sahaja. Berbeza orang yang kurang mampu, memenuhi keperluan semata-mata. Ada kehendak tapi tidak mampu.

Seperti juga anda memilih bakal isteri atau suami, suami atau isteri itu satu keperluan. Namun, memilih seseorang untuk jadi suami atau isteri kita tadi adalah kehendak. Kehendak kita untuk beristerikan seorang yang cantik,muda dan gebu, kehendak kita untuk bersuamikan lelaki yang hensem dan kaya. Dan kita jangan tertukar diantara keperluan dan kehendak tadi. Keperluan kita adalah suami/isteri. Bukan seseorang individu yang kita berkehendakan ciri-ciri hebat tadi. Cukup dengan sabda nabi untuk memilih pasangan hidup.

Masalah Bertimpa - Timpa

Semalam kena Pow dengan Polis, sekarang telefon bimbit pula kena curi. Masalah bertimpa-timpa. Mungkin ada dosa yang aku buat yang aku tak sedari atau aku sedari tapi buat-buat tak endah. Kalau ada dosa dengan Allah, senang dan mudah sebab dia Maha Penyayang dan  Maha Pengasihani.

Kita bertaubat dan mohon keampunan, insyaAllah Allah ampunkan, sebab kita yakin Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Minggu ni, hati aku tak sedap, rasa lain macam. Dan masalah terus bertimpa-timpa. Dan aku yakin setiap kejadian adalah perancangan Allah.

Perancangan Allah terjadi sebab musabab atas kecuaian dan kealpaan kita. Dan sesuatu keburukan yang berlaku keatas kita adalah kifarah untuk kita menghilangkan dosa. Kehidupan aku sekitar tempat kerja. Persekitaran orang disini juga baik-baik, dan aku juga baik-baik dengan mereka. Balik kerja terus lepak rumah, tidak kemana-mana.

Lalu, aku tidak berdosa dengan orang lain, aku berdosa dengan Sang Maha Pencipta Semesta Alam, Allah. Dugaan untuk aku mengingati Nya selalu. Moga aku sentiasa jadi orang beriman. Dan bertakwa.

Nak jadi orang beriman mudah, kita percaya dengan rukun iman. Maka kita beriman, tapi nak jadi orang bertakwa susah. Orang beriman dan bertakwa susah. Contoh mudah orang beriman, tapi kurang takwanya dan orang beriman yang bertakwa. Orang yang beriman yang kurang takwanya, seperti pemandu yang percaya lampu merah itu tandanya berhenti. Tapi, dia tidak berhenti kerana tidak takut dengan kereta lain yang mungkin melanggarnya. Tapi, orang beriman dan bertakwa,, percaya lampu merah adalah berhenti dan tidak melanggarnya kerana takut ada kereta lain yang melanggarnya. itu bezanya. Situasi lampu merah ini dijalan yang lengang dan tidak sibuk.

Pemandu yang beriman dan kurang takwa tetap melanggar lampu merah kerana tidak takut akan kereta yang mungkin melanggarnya. Pemandu yang beriman dan bertakwa, berhenti kerana takut kereta akan melanggarnya.

Beriman itu percaya, Takwa itu takut pada Allah. Makanya,jika kita beriman dan bertakwa kita akan selamat didunia dan akhirat. 

Sebab itu ramai wanita islam yang tidak bertudung, beriman dan Yakin Allah itu ada, tapi tak bertakwa, tak takut dengan Allah. Ramai yang kapel tanpa segan silu, percaya Allah itu ada tapi tak takut dengan dosa. Dan bermacam-macam lagi orang beriman yang kurang bertakwa buat.



Ps : tiket itu untuk aku, makanya cancellah ia, tidak bermakna lagi.....

Polis Peminta Rasuah

Malam tadi, selesai angkut barang dari rumah lama ke rumah baru. Tapi banyak lagi nak kena kemas rentetan barang rumah lama yang terlampau banyak. Sila baca post sebelum untuk tahu sebab musabab kena kemas banyak-banyak ni.

Lepas kemas tu, aku penat dan lapar. Terus ke kedai berdekatan naik motor dengan abang aku. Tak naik kereta sebab dekat sangat. Masa tu, aku terlupa dompet - careless. Sekarang pun masih penat tak larat nak menaip. Sambung lain kali je la. 


Tapi polis yang minta rasuah tu, sempat aku ambil no.pendaftaran motorsikal yang dia naik
PGE 4672

Ni lah nombor motor polis yang minta rasuah dari aku tu. Nanti aku cerita butiran lebih lanjut, dari dia meraba kemaluan aku untuk periksa dadah konon-kononnya sembunyi dalam seponder. Dari membaca semua mesej-mesej kat telefon bimbit aku. Cuba membawa aku ke balai.
 

Aku bukannya perogol kanak-kanak, aku bukan perompak, aku bukan samseng, aku bukan along. Aku keluar makan sebab perut aku lapar lepas penat mengemas, mengangkut barang, buang sampah.

Ya tugas seorang polis begitu, memeriksa dan menyiasat. Tapi kenapa perlu minta rasuah?  anda tu, pengamal dan penguatkuasa undang-undang. Jangan merogol undang-undang yang anda dokong.



 

Penat - Kecewa - Marah - Redha

Sebulan yang lalu, aku ada survey-survey rumah untuk beli dan untuk sewa. Tengah mencari rumah tu, kebetulan ada brother satu tempat kerja aku jadi ejen beli rumah dan sewa rumah. Terus aku bertanya dia. Dan dia bawa aku kat satu Taman Perumahan yang dekat-dekat tempat aku kerja. Memang minta dia cari yang dekat-dekat je.



Ni masa nak pergi ambil kunci kat tuan rumah hari sabtu, bajet dapat. Siap update kat Facebook lagi huhuhu...


Ada dua buah rumah, satu kosong takde apa dan satu lagi rumah yang macam ada orang tergesa-gesa tinggalkan rumah tu. Semua barang tak terusik macam orang pergi kerja je, tapi berselerak macam tergesa-gesa berkemas. Orang dulu yang tinggal kat rumah tu, orang melayu.

Pasangan suami isteri yang ada 3 anak, aku agak-agak dari photo gambar yang ditinggalkan. Isteri dalam lingkungan awal 40-an. Macam selongkar rumah orang je bila aku masuk rumah yang nak aku sewa ni. Tapi aku pilih rumah ni berbanding rumah yang kosong tadi. Sebab ada kabinet dapur yang cantik dan berlantaikan mozek.

Bila dah setuju, ejen tu kata akan clearkan barang-barang dan akan masukkan elektrik dan api. Aku membayar wang deposit. walaupun bulan depan nak masuk, bulan April. 1 April 2012, hari ini lebih tepatnya.

Dua minggu selepas tu, semasa makan keluar tengah hari, aku singgah tinjau rumah tu kejap. Elektrik dan air belum dipasang lagi, tengok dari meter air dan meter elektrik masih tiada. Aku intai-intai dari lubang tingkap, barang-barang masih seperti dua minggu seperti dulu. Tak berubah dan mereka tak usik dan tak buat kerja langsung. Aku telefon ejen dan jumpa dia dan bagitau pasal ni.

Dia kata jangan risau, ada 2 minggu lagi nak pindah. Sempat lagi masih banyak masa. Ok, aku percaya. Dan lagi seminggu aku nak pindah, aku singgah dan tinjau lagi. Ada nampak sambungan paip tapi takde meter, ada nampak sambungan elektrik tapi takde meter. Damn.. ini dikira sambungan haram! dan barang-barang dalam rumah masih seperti dulu.

aku sedikit kelam kabut, aku telefon ejen tu lagi. Takde respon. Telefon bimbit dimatikan. Telefon lagi dan lagi, takde respon, takde deringan. Dalam hati aku, hanguslah wang deposit aku. sudahlah aku minta resit hari tu dia tak bagi. Telefon lagi, lagi,lagi.. tak dapat. Cari kat tempat dia kerja takde.

Dan 3 hari sebelum masuk rumah, aku semak mesej-mesej aku dengan ejen tadi. Nasib baik dulu-dulu dia ada bagi mesej nombor tuan rumah. Aku telefon dan dia janji nak bagi kunci hari ahad 31 mac. Aku bagitahu dia, 31 tu aku nak kena pindah. 1 april dah kena keluar rumah dan masuk rumah baru. Sudah sebulan tu aku bagi deposit. Tuan rumah terlupa ke aku nak sewa rumah tu?


Bila dengar aku cakap begitu, dia kata akan bagi kunci dan tunggu panggilan dia. Aku tunggu dari pagi sampai ke tengah hari. Senyap... aku mesej dia tanya. Boleh pula dia kata nak bagi malam selepas isyak. aku tunggu lagi.Tungguuuuuuuuuuuuuu.... dia mesej nak bagi pagi esok pula pukul 8.30am.

Dan tadi aku korbankan hari ahad untuk bangun awal huhuhu... pukul8.30, tiada panggilan. Sampailah pukul 9.30 baru ada panggilan telefon. Tapi bukan suara tuan rumah. Suara lelaki india. Aku bergegas ke tempat yang dijanjikan. Sampai sana, ada seorang Bangla, terjongok dok tunggu aku depan KFC Sungai Dua.

"Macha, you miskol saya satu kali"
"kenapa nak miskol?"
"itu boss suruh, dia takut bagi kunci silap orang"
tuuuttttttttttttttt.... aku miskol no. Bangla tu.
Kunci beralih tangan. Bangla tu terus berlalu pergi lesap, ghaib.

Buka je pintu rumah, aku tengok keadaan rumah macam sebulan yang lalu, tiada apa-apa perubahan. LOL! Aku telefon Bangla tu balik, komplen rumah macam dulu. Barang-barang masih banyak. Masa tu, aku dah mula nak tinggikan suara. Dia panggil lagi geng-geng yang lain, seorang bangla dan seorang budak melayu.

Aku dah tangkap situasi sekarang, dua orang bangla dan melayu tu diupah untuk membersihkan rumah yang nak aku sewa tu. Tapi mereka tak bersihkan. Mereka selongkar barang-barang berharga yang ditinggalkan penhuni lama. Sebab sebulan yanga dulu, keadaaan masih ok. Sekarang berselerak lagi teruk.

Mereka dah cuak bila aku nak adu pada tuan rumah. Akhirnya tuan rumah bagi diskaun RM100 untuk rumah yang tidak dibersihkan tu. Aku setuju je, biarlah penat sikit kemas barang-barang. Tuan rumah suruh buang barang-barang yang tak berguna dan simpan barang penting, kalau-kalau orang lama datang minta barang-barang dia.

Pening kepala aku, bangla dan rakan-rakannya tak mahu tolong sebab katanya ada kerja lain dengan boss, tapi akan datang kutip sampah yang kami buang nanti. Kalaulah deposit belum dibayar, cancel aku dok rumah ni. Sepagi sampai ke petang aku dok mengemas dengan abang aku.

Dokumen penting, baju-baju,photo-photo lama, perkakas dapur yang masih elok. Tak sampai hati aku nak buang. Dan yang paling terkejut, dalam bilik pasangan ni. Tempat tersorok sikit, aku jumpa berkeping-keping VCD lucah. Alamak, pasangan suami isteri ni layan VCD lucah ke? anak dah besar-besar pun masih layan VCD lucah. Nak mantapkan hubungan seks suami isteri kot. Kan dah kantoi!

Minggu ni, tugas aku lepas balik kerja, mengemas dan mengemop rumah tu. Orang kata, kalau rumah lama tak berpenghuni ada makhluk lain datang singgah. Ya ada, ada semut dan ada kesan air kencing tikus huhuhu.. jin pun mungkin ada. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita kot :)

Lain kali dimasa depan kena deal betul-betul bab sewa beli rumah ni. Atau apa-apa perkara sahaja, silap aku, aku dah beri deposit awal-awal. Sepatutnya hari nak pindah tu baru bagi duit deposit tu. Dan pesan aku juga, jangan buat dosa dan tinggalkan dosa sebelum kita bertaubat.

Kalau kita ibaratkan dosa umpama VCD lucah tadi, kita tinggalkan VCD macam tu jer. Orang akan melihat VCD lucah yang kita tengok tu, walau dimana kita berada. Dan ada tanggapan buruk sebab kita tak simpan dan sembunyi atau musnahkan terus. Dosa samalah, kalau kita ada dosa, tak bersihkan dosa tu dengan memohon ampun dan taubat. Dosa tu akan membeban kita bila meninggal dunia nanti. Dosa akan memalukan kita di Padang Masyar. Malu dan dapat siksaan pedih.


ps: Rasanya aku tak mengaibkan sesiapa, sebab aku tak kenal penghuni rumah dulu. Tuan rumah pun tak tahu penghuni dulu ada dimana. Dan anda lagi lah tak tahu.


Lelaki Gila Seks Pancut Air Mani Merata-rata

Adess, tajuk artikel aku macam sampah je kali ni hahahaha... ni nak cerita pasal seorang kawan FB aku seorang budak perempuan yang badannya dipancut air mani oleh seorang lelaki gila seks. Bukan pakwe dia okey.




Ceritanya suatu hari, dia sedang menunggu bas. Suasana hari tu sunyi dan tak ramai orang. Hanya dia seorang saja disitu. Bas agak lama nak sampai. Sebab bosan sangat menunggu, dia hubungi kawan lelakinya datang jemput. Tengah tunggu kawan datang tu lah, seorang lelaki datang.

Dia bajet mungkin lelaki itu pun ingin menunggu bas juga, tanpa memerhati dan tidak menghiraukan lelaki tu, tiba-tiba je lelaki tu datang dekat dan memancutkan air maninya. Habis terkena kain. Terkejut dan takut, dia larikan diri dan menjerit sekuat hati. (bila masa lelaki tu melancap ye,terus pancut macam tu je)

Menangis dan menelefon kawannya tapi tidak terjawab, mungkin tengah naik motor. Lelaki tu hilang macam tu saja. Nasib baik tiada perkara  yang lebih buruk berlaku. Lelaki yang buat begitu memang sah,sah kurang waras dan gila. Kalau orang macam ni masih bebas diluar sana. Keadaan tidak selamat buat gadis-gadis dan anak-anak perempuan kecil yang keluar bersendirian.

Kalau dibiarkan lelaki itu tadi, mungkin ke tahap merogol dan membunuh! kepada perempuan diluar sana, berhati-hati dan sentiasa keluar ditemani. Dalam Islam sendiri, sudah digariskan, perempuan jika keluar berjalan, mengembara, kemana-mana. Mesti ada muhrim yang menemani. Sebab apa Allah perintah begitu. Kejadian pancut merata adalah salah  satu sebabnya.

Ada kawan perempuan aku yang cukup berani, dari Penang ke Kuala Lumpur hanya bersendirian memandu. Perempuan sekarang reti berdikari tanpa lelaki disisi. Tapi kalau boleh, ajaklah sesiapa buat teman. Takkan nak tunggu benda berlaku baru nak menyesal. Tayar pancit ke, minyak habis ke, perompak ke, penculik ke atau pemancut mani kat lebuh raya ke.

Ps : Ayoohhh.. kita lindungi para wanita kita. Mak kita, kakak kita, adik kita, awek kita, bini kita, anak perempuan kita dari orang seperti ini. Dan jika anda perempuan jaga diri sendiri jangan bagi lelaki sesuka hati pancut mani dekat anda, walaupun pakwe anda. Suami je yang layak memancut pada anda!

Makhluk Asing Wujud Atau Tidak?

Sejak kecil kita dimomokan dengan cerita makhluk asing, samada filem, dokumentari atau melalui bacaan lain. Semuanya bersumberkan sebelah barat. Sehinggakan mereka seruis mengkaji makhluk asing. Persoalannya wujud atau tidak?

Ada sesetengah orang percaya makhluk asing ini wujud. Bayangkan ruang angkasa kita yang luas ini. Dengan keadaan yang seolah-olah tiada penghujung. Tentunya wujud satu sistem yang menyamai sistem suria kita. Sistem suria yang terdiri dari planet-planet yang mengelilingi matahari. Sebiji matahari yang dikelilingi oleh planet-planet dipanggil sistem. Bumi kita didalam Sistem Suria. Planet bumi kita mengeliling matahari.

Dan tahukah anda Sistem Suria kita ni, terletak didalam satu lagi Sistem yang besar yang dipanggil Galaksi, bukan Galaxy Tab tu, yang tu kecik je. 7.7 inci kot yang paling baru, rasa beli gak nanti. Adoii... melalut kepada Galaxy Tab pula. Kat mana tadi? yup, sistem Suria kita terletak dalam satu sistem yang besar dipanggil Galaksi. Galaksi ni dipanggil Galaksi Bima Sakti, dalam bahasa enggeris dipanggil The Milky Way.

Dalam Galaksi Bima Sakti ini terdapat beribu-ribu malah berjuta sistem yang macam Sistem Suria kita tadi. Kalau hendak diibaratkan, Sistem Suria kita kita yang ada 9 planet kesemuanya yang mengelilingi matahari dikecilkan sebesar sebiji pasir. Sistem Suria kita tadi yang sebesar pasir tadi diletakan dalam satu baldi bersama sistem-sistem yang lain. Jadi kita dapat sebaldi pasir. Baldi tadi boleh diibaratkan seperti Galaksi Bima Sakti yang mengandungi banyak pasir yakni sistem-sistem seperti Sistem Suria tadi.

Baldi tadi cukup besar untuk menampung berjuta-berjuta pasir. Dan kalau anda mendongak ke langit dimalam yang cerah, Anda akan melihat bintang. Bintang itu sebenarnya adalah sebiji matahari yang ada planet-planet mengelilinginya. Disebabkan ianya jauh, ia kelihatan kecil dan hanya nampak pada waktu malam kerana keadaan yang gelap. Bintang-bintang tadilah yang diibaratkan pasir yang diletakan dalam baldi yang besar tadi.

Betapa banyaknya bintang dilangit, ada orang pernah kata, kalau nak mengira bintang dilangit, kira aje pasir dipantai. Matahari kita dan bintang-bintang tadi membentuk Galaksi Bima Sakti. Untuk pemahaman mudah kiasan pasir tadi, matahari dan bintang-bintang diibararkan sebiji pasir dan diletakan dalam baldi.

Dan ruang angkasa kita bukan hanya ada satu baldi sahaja malah, berjuta-juta baldi yang mempunyai berjuta-juta pasir didalamnya. Kita hidup didalam sebiji pasir diantara banyak-banyak baldi tadi. Jadi dapat bayangkan betapa banyaknya matahari dan planet-planet yang ada diangkasa?

Untuk makluman juga satu baldi ni atau Galaksi kita, Galaksi bima Sakti ni cukup luas tidak dapat diukur dengan kilometer (km) kerana cukup besar. Jarak dari hujung ke hujung diantara 70 000 hingga 100 000 tahun cahaya. Apa itu Tahun Cahaya?

Tahun Cahaya ialah satu skala untuk mengira jarak seperti sentimeter, meter, kilometer... dan seterusnya sampai 1 tahun cahaya. Cahaya bergerak selaju 300000 km sesaat. Maka satu tahun cahaya ialah persamaan dengan jarak  9,460,730,472,580.8 km. Ini satu tahun cahaya, kalau jaraknya 100 000 tahun cahaya? luaskan. Ya memang ruang angkasa ciptaan ini Maha Luas dan Allah Maha Perkasa menjadikan sedemikian rupa. Subhanallah...

Itu jarak satu baldi tadi kalau Galaksi Bima Sakti diibaratkan baldi yang mengandungi berjuta-juta bintang didalamnya. Dan setiap bintang tu, ada planet mengelilingi, dan planet itu ada kita didalam menghuninya. Dari situlah para saintis dan para pengkaji percaya adanya kehidupan selain kita. Kerana terdapat banyak bintang dan banyak planet. Dan semestinya peluang untuk menjumpai planet seperti planet bumi ada diantara berjuta-juta dan billion-billion planet didalam baldi (galaksi) tadi.

Kita bukan hanya satu baldi, tapi berjuta-juta baldi yang didalam baldi tu ada berjuta-juta pasir pula. Tapi tahukah anda kita dapat menjangkau jarak yang luas itu? Dan berapakah jarak lapisan langit seperti yang didalam AlQuran dan Hadis yang mempunyai tujuh lapisan. Tidak terjangkau diakal dan kiraan manusia. Mungkinkah Galaksi Bima Sakti lapisan pertama langit?

Dan tahukah anda pahala solat kita, doa-doa kita melalui tujuh lapisan langit ini untuk sampai kepada Allah. Solat yang tidak ikhlas, tidak diawal waktu, tidak sempurna belum tentu sampai ke langit ke tujuh. Mungkin lapisan pertama pun sudah tidak lepas. Tapi kalau malas solat takut tak lepas, lagi lah teruk dari tak solat langsung. Solat ikhlas dan sempurna atas ketakwaan kepada Allah, insyaAllah akan sampai :)

Dan pasal Makhluk Asing tadi, benda mengarut tu tidak wujud walau seekor pun. walaupun terdapat berjuta-juta planet diangkasa ini. Sebab? Dalam hadis dan AlQuran hanya ada 4 makhluk sahaja yang berakal Manusia, Jin, Syaitan, dan Malaikat. Makhluk asing tu mungkin dajal atau Yakjuj dan Makjuj yang akan keluar bila hampir kiamat nanti.

Kesian Mat Salleh punyalah kaji dan kaji, buang masa dan buang duit. Yang perlu dikaji hanya Alquran sahaja. Didalamnya terkandung rahsia alam. Petunjuk untuk kita dunia dan akhirat. Tapi yang mengkaji makhluk asing ni lebih baik dari seorang muslim yang tidak mengambil endah langsung dengan ciptaan Allah.

Sekurang-kurang kajian mereka untuk mencari makhluk asing banyak menghasilkan penemuan-penemuan lain yang berguna untuk manusia sejagat.

Artikel diatas aku tulis berdasarkan pemahaman aku tentang galaksi sejak aku kecil dan masih disekolah rendah lagi. Buku-buku seperti ini, menarik perhatian aku untuk membaca, membaca dan membaca dan membaca. Masa rehat aku habiskan diperpustakaan berbanding rakan-rakan lain yang bermain bola dipadang. Sebab itu aku jadi kaki bangku, tak reti tendang bola sampai sekarang huhuhuh....


ps: Ramai-ramai orang diangkasa ni, hanya seorang sahaja yang kita jatuh cinta dan berkahwin sehidup semati dengannya. Persoalannya siapa dan dimana kamu berada?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...